Snap shoot

Snap shoot

Sunday, May 29, 2011

Untuk kamu yang telah aku pilih.....

Lelaki dijadikan untuk perempuan, dan perempuan dijadikan untuk lelaki, agar hidup dlm kecintaan dan keharmonian, saling melengkapi antara satu sama lain.


untuk kamu yang telah aku pilih bakal menjadi sayap kananku,
aku bukan perempuan semulia Siti Khadijah. aku bukan perempuan setabah Fatimah. aku bukan perempuan secekal Siti Aisyah. aku hanyalah perempuan akhir zaman. yang sering terkhilaf dalam tindak tanduk dan bahasaku. aku hanyalah perempuan akhir zaman, yang kadang kala mudah terasa jiwanya dengan tingkah laku manusia sekeliling walaupun wajah dan ekspresi diri seperti menunjukkan yang aku tak kisah. aku hanyalah perempuan akhir zaman, yang cuba dan berusaha melengkapkan diriku untuk menjadi pelengkap rusuk kirimu. 


untuk kamu yang telah aku pilih bakal menjadi sayap kananku,
sebagaimana bengkoknya rusuk kiri itu, aku mohon biarlah ia bengkok sebegitu. kerana bengkok itu mewakili rasa kasih, cinta dan sayangnya kaum Hawa kepada kaum Adam. ia jugak mewakili sifat-sifat sebagai perempuan yang dilengkapkan dengan berjuta rasa dalam dirinya. jgn diluruskan tulang rusuk itu kerana bila ianya diluruskan, itu bermakna hilang dan lenyap sudah rasa kasih, cinta dan sayang serta berjuta rasa dalam hati dan diri kaum Hawa.


untuk kamu yang telah aku pilih bakal menjadi sayap kananku,
kekhilafanku dalam tindak tanduk dan bahasaku, perlu dinasihati dan diperingati kerana aku perempuan akhir zaman yang mudah terlupa. nasihati dan peringatilah aku selayaknya manusia dan selayaknya sebagai perempuan. 


untuk kamu yang telah aku pilih bakal menjadi sayap kananku,
cintai dan sayangilah aku seadanya. begitu juga dengan diriku...mencintaimu seadanya. tegurlah aku dan ingatilah aku andai aku mahu melihat mu melebihi dirimu yang sebenar. peringatkan aku bahawa kamu adalah lelaki akhir zaman, yang bukan secekal dan setabah Rasulullah SAW.


untuk kamu yang telah aku pilih bakal menjadi sayap kananku,
maafkan diriku andai 'terasa hati' ku membuatkan kamu berkecil hati dengan ku. Sesungguhnya 'terasa hati' ku tidak membawa maksud yang bukan-bukan. hanya untuk kebaikan dirimu kerana dirimu sudah ku letakkan di tempat yang sama dengan ahli keluargaku.

3 hari tak bertegur sapa

Info untuk dikongsi bersama. 
Memutuskan Silaturrahim
Nabi sebut : ” Tidak halal bagi seorang muslim tidak bertegur sapa kepada saudaranya lebih dari tiga hari, maka jika telah berlalu tiga hari itu, hendaklah dia bertemu dengannya dan memberi salam kepadanya. Jika saudaranya menjawabsalamnya, maka kedua-duanya akan sama-sama memperoleh pahala. Jika dia tidak menjawab salamnya, nescaya dia akan menanggung dosanya sedangkan yang memberi salam itu sudah terlepas dari dosa tidak bertegur sapa itu” ( Riwayat Abu Daud , riwayat dari abu daud ini dhoif tetapi terdapat riwayat sohih dari al-bukhari )
Riwayat bukhari : ” tidak halal bagi seorang muslim tidak bertegur sapa (kerana gaduh) lebih dari tiga hari..yang lebih baik antara keduanya adalah yang memulakan salam” ( al-Bukhari)
Nabi juga sebut : ” Silaturahmi itu tergantung di arasy lalu berkata : “Sesiapa yang menyambungku (silaturahmi) maka Allah akan menyambungnya dan siapa yang memutuskan ku maka Allah akan memutuskannya” ( Al-Bukhari 4/112 )
Nabi juga sebut : Tidak masuk syurga sesiapa yang memutus silaturrahim ” ( al-Bukhari)
Al-Qaradawi menyebut bahawa tidak bertegur sapa dalam hadith di atas adalah hasil dari pertengkaran dan pergaduhan berkaitan dunia semata-mata, adapun jika bertengkar dan tidak bertegur sapa berkenaan urusan akhirat, maka hukum 3 hari sebagai maksimum adalah dikecualikan berdasarkan kpd beberapa peristiwa 3 org sahabat yg cicir di Tabuk di boikot lebih 40 hari, Nabi dan isteri baginda, dan beberapa org sahabat lagi. (rujuk al-Halal wal haram fil islam)
Ada juga hubungan renggang dan tidak bertegur sapa yang mungkin dibenarkan kerana ditakuti berlaku mudarat yang besar. Selain itu, ada juga yang renggang bukan kerana pengaruh pergaduhan tetapi kerana berpindah dan duduk berjauhan. Ini semua perlu dilihat satu demi satu bagi memberikan hukum yang sewajarnya.
Tidak Bertegur melebihi 3 hari.
Apakah hukum orang yang tidak bertegur selama 3 hari walaupun mereka hidup berjemaah bersama-sama?
Jawapannya: Nabi s.a.w bersabda maksudnya; “Siapa yang tidak bertegur sapa akan seseorang Muslim selama 3 hari, maka matinya masuk neraka.” (Muslim)

Don't bowl when your mind distracted

Unexpected performance last night...

Balingan bola bowling yang tak de semangat even most of my position dah betul. bola straight, tapi pin yang jatuh cuma 8 atau 9. then spare.

dari 3 games, game pertama je yg quite ok. lagi 2 games, cukup mkn. 

spare tak kena, balingan split tak jadi. huhuk...

2nd game je aku ada 3 split dan buang game mcm tu je.

fokus aku hilang. sob..sob...even angah pun bole kalah kan aku smlm. adik tak yah citer. dia winner selalu among 3 of us.

Persoalan Agama: Berdosa putus silaturahim keluarga isteri

Suami wajib ditaati selagi tidak menyuruh melakukan sesuatu langgar perintah agama


Soalan:
USTAZ, apakah hukum seorang suami tidak mengizinkan isterinya pulang menziarahi ibu bapa isterinya dan berniat memutuskan hubungan silaturahim antara isterinya dengan ibu bapa, adik beradik dan saudara mara sebelah isterinya? Selain itu, apakah hak dan tanggungjawab seorang anak perempuan yang berkahwin terhadap ibu bapanya?


Isteri Keliru, 
Kuala Lumpur.
 

Jawapan: 

ALHAMDULILLAH wassolatuwassalam ‘ala rasulillah. 
Allah SWT berfirman dalam surah Isra’ ayat ke-23 dan ke-24 yang bermaksud: “Dan Tuhanmu sudah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari kedua-duanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan ‘ah’ dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagai mana mereka sudah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku ketika kecil.” 

Ayat di atas menerangkan mengenai kewajipan untuk beribadat kepada Allah semata-mata dan berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Maksud berbuat baik iaitu dengan mentaati, menghormati, memelihara mereka ketika tua dengan sebaik-baiknya dan mendoakan semoga Allah memberi rahmat kepada mereka kerana merekalah yang bersusah payah memelihara dan mendidik kita ketika kecil. 

Sesungguhnya hak ibu bapa terhadap anak-anaknya amatlah besar. Banyak ayat al-Quran dan hadis nabi SAW yang menerangkan mengenainya. Bukan saja wajib membalasnya sewaktu mereka hidup, bahkan juga ketika mereka kembali ke rahmatullah, dengan memohon doa dan keampunan untuknya, menunaikan amanatnya atau pesannya, menghubungkan silaturahim serta berbuat baik dengan kaum kerabat dan sahabat handainya. 

Berbalik kepada persoalan saudari, sebagai seorang anak, tidak kiralah lelaki atau perempuan wajib berbuat baik kepada ibu bapa sekalipun sudah berkahwin. Begitu juga hendaklah dia menghubungkan silaturahim. 

Isteri wajib mentaati suami selagi mana ia tidak menyalahi syariat atau menyalahi perintah Allah. Sebagai contoh, si isteri sekiranya tidak uzur wajib memenuhi kehendak suami apabila diajak bersama seperti hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah RA. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila suami mengajak isterinya untuk tidur bersama, kemudian ia tidak mahu memenuhinya, lalu suaminya marah terhadap isterinya pada malam itu, maka isterinya akan mendapat kutukan sampai pagi hari.” 

Contoh kedua, seperti hadis juga riwayat al-Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda: “Seorang isteri tidak diperkenankan untuk berpuasa sunat apabila suaminya ada kecuali dengan izin suaminya. Dan juga tidak boleh mengizinkan orang lain masuk ke dalam rumahnya kecuali dengan izin suami.” 

Namun sekiranya suami memerintahkan kepada isteri sesuatu yang menyalahi perintah Allah SWT, maka isteri tidak wajib mentaatinya seperti memutuskan hubungan silaturahim dengan kedua-dua ibu bapa, melarang untuk solat, berpuasa pada bulan Ramadan dan seumpamanya. 

Isteri tidak dikira nusyuz sekiranya tidak mentaati suami pada perkara yang berkenaan. Suami pula berdosa sekiranya ia memerintahkan isterinya untuk memutuskan hubungan silaturahim atau perkara yang menyalahi syariat yang lain. Islam melarang memutuskan hubungan silaturahim sekalipun ibu bapanya bukan Muslim. Sebuah hadis daripada Asam’ binti Abu Bakar RA, beliau berkata: “Ibu saya yang masih musyrik pada masa Rasulullah SAW sudah datang kepada saya, maka saya mohon petunjuk Rasulullah SAW dengan berkata: “Ibu saya datang dengan mengharapkan agar saya boleh berhubung baik dengannya. Apakah boleh saya berhubung dengan ibu saya?” 

Rasulullah SAW menjawab: “Boleh, berhubunglah dengan ibumu. Sesungguhnya Islam melarang suami menzalimi isterinya seperti memukul atau menyakiti isterinya seperti nasihat Rasulullah SAW kepada kalangan sahabat: “Seorang antara kamu ada yang sengaja memarahi isterinya, bahkan sampai memukulnya seperti memukul hambanya, kemudian pada malam harinya ia tidur bersama isterinya. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim daripada Abdullah bin Zam’ah). 

Islam memerintahkan suaminya agar memperlakukan atau bergaul dengan isterinya dengan cara yang baik seperti firman Allah SWT dalam surah an-Nisa’ ayat 19 yang bermaksud: “Dan bergaullah dengan wanita dengan cara yang baik. Demikian juga sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Dan orang yang paling baik antara kamu ialah orang yang paling baik terhadap isterinya.” Wallahua’lam. 




Dijawab oleh Ustaz Zahazan

Ehsan: Berita Harian

Wednesday, May 25, 2011

Lempeng nestum in the house

Wii..huu...

sejak tak sihat ni, bukan takat badan je tak sihat. perut aku pun tak sihat. 

ASYIK NAK MAKAN JER!!!!

risau aku. 

papepun, bersyukur. perut masih boleh terima segala jenis makanan. 

petang tadi, on the way balik rumah, perut aku dah berdondang sayang. padahal tengahari tadi aku dah makan burger Mc Chicken. tau la hari ni Buy 1 Free 1 Mc Chicken tu....tak kan aku nak makan 2 ketul sekali gus. kurang sopan tau! ;p

so, sambil melayan perut aku yang dah buat okestra simfoni kebangsaan ni, aku dok fikir, apa nak makan... 

TING!

makan lempeng lah.

erm....kena cepat balik. online nk cari resepi lempeng. manalah tau ada resepi lempeng lempang yang lain ker kan...bila aku google search, terjumpa satu resepi lempeng ni. nama resepi tu

Lempeng Oats

mana pulak aku nk cari oats kat rumah aku niiiiihhhhhhhhhhhhhh............

sambil jenguk-jenguk barang kat kabinet dapur ibu, aku nampak NESTUM. hihihi..idea sudah mari...

aku decide nak buat LEMPENG NESTUM

bahan-bahannyer

 1 cawan tepung gandum
 3/4 cawan nestum - nak lebih pun ok.
 1 biji telur
 1/2 sudu teh garam

cara-caranya:

sangat mudah dan cepat. korang campurkan je semua bahan kat atas, pastu masukkan 2-3 cawan air. kacau sampai adunan tu jadi seperti batter goreng pisang.

then, tuangkan 1 - 1 1/2 senduk adunan tu ke dalam kuali dan ratakan adunan tadi.
lebih elok kalau dapat guna kuali yang non-stick untuk masak sebab penggunaan minyak dapat dikurangkan.
kuali disembunyikan. hihi...

lempeng nestum tadi:
1. agak rapuh. maybe sebab aku guna putih telur je kot. yang kuning aku tak masukkan.
2. melekat di kuali sebab, tak de kuali non-stick. sob..sob..
3. perut aku lagi kuat berdondang sayang. 
4. kalau ada sambal tumis ikan bilis pun sodap ni... 

Makan FREE..!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Wuuhuu...


hihihi...

aku dpt kupon ni dari ibu. ibu forward kat email aku. 

MAKAN FREE!!!!!!!!!!

terus aku teringat Makbed dan jiran Makbed nama Ida. hihi...
aku forwardkan kupon ni kepada mereka dan message mereka minta check email SEGERA!
kawan-kawan yang lain, kalau nak kupon ni, copy and paste yer. print sebesar saiz kertas A4. saiz kecik depa tak layan.
aku dah redeem tadi
aku makan satu jer. lagi satu aku bagi kawan sekerja. hihihi...
dari minggu lepas aku nak sangat makan burger McDonalds. macam ngidam orang ngandung pulak. ngeeeeee....
hari ni lepas dah keinginan aku nak makan burger McD. hihi...

cepat-cepat..siapa-siapa nak makan free...
tawaran SAMPAI MALAM INI SAJE...

Tuesday, May 24, 2011

Buat hal lg...!!!!!

HAIHHHHHHHHHHH !!!!!!!!!!!!!

kenapa dengan blogspot ni?????????

tak boleh log in secara direct. bila aku guna www.blogspot.com, kuar 

ERROR. NOT FOUND

ni aku guna cara bengkang bengkok. aku log in dari www.makbed.com. 

bole pun..

Monday, May 23, 2011

Susu Terakhir buat si kecil

Kisahnya perihal satu keluarga yang mengalami kemalangan ngeri. Kereta yang mereka naiki terbabas, berpusing, melanggar pembahagi jalan lalu terperosok ke dalam longkang. Dalam kejadian ini, kereta itu remuk teruk dan penumpangnya mengalami kecederaan parah. Cermin hadapan habis retak berderai. Tidak ditekankan keadaan pemandunya. Tetapi saya fikir, pemandunya menemui ajal di situ juga.

Mahu diceritakan, penumpang yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan yang sangat parah. Wajahnya habis berlumuran darah. Dahinya terkopek sehingga menonjolkan tulang tengkorak. Mungkin juga akibat terhantuk pada papan pemuka kereta ditambah dengan pecahan kaca cermin hadapan. Ajaibnya kuasa Tuhan, bayinya selamat tetapi terpelanting ke kerusi belakang. Bayi kecil yang tidak tahu apa-apa itu meraung dan menangis. Mungkin kerana kesakitan, kesedihan, terkejut dan sebagainya.

Sewaktu anggota bomba itu mengambil dan mahu menyelamatkan si kecil tadi, ibunya terketar-ketar dan menggigil sambil memberi isyarat kepada beliau. Subhanallah, rupa-rupanya si ibu tadi mahukan bayinya bagi disusukan. Diselak bajunya dengan sedaya upaya dan disusukan si kecil itu dengan penuh rasa sayu, pilu dan kasih sayang.

Si kecil senyap di dalam dakapan ibunya. Betapa nyamannya dakapan ibu itu sehingga mampu menenangkan si kecil yang ketakutan. Dengan kuasa dan izin Allah, ibu itu tiba-tiba tercungap-cungap mencari nafas, tanda ajalnya yang semakin hampir. Lalu terkapailah si ibu dalam keadaan yang penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang itu. Ya Allah, betapa pilunya situasi itu sehingga merenggut ketenangan anggota bomba tadi.

Itu lah dia kasih sayang seorang ibu. Walau dalam keadaan bertarung nyawa dan menahan kesakitan, masih tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang ibu...menyusukan anak di saat-saat akhir hidup nya. Subhanallah...

**Sedih sangat nie…sampai rasa sebak yg amat sangat dalam dada…betapa besarnya kasih sayang seorang ibu tadi walaupon ketika berada di hujung nyawa tetapi masih sempat menyusukan si kecil sebagai ingatan terakhir buat dirinya sebelum mengucapkan "selamat tinggal anak ku...ibu pergi dulu ye sayang".


Ehsan: FB

Tak sabar tunggu pukul 5.00 petang

Uhuk..uhuk...

rasa nak tanggalkan je hidung aku ni..pastu cuci bersih-bersih, then letak balik kat tempat asal hidung tu...buat macam spongebob buat.
bulih dak? huhuk...

dah 4 ari tak sihat. mula-mula sakit tekak dan bdn panas jer. segera aku telan panadol 2 biji. kebah la kejap. ari sabtu lepas, ada fire safety course. layankan je walaupun badan tak sihat. aku kira aku ni sihat jugaklah kan sebab berjaya angkat fire extinguisher tu. hihihi...

ari ahad, aku lepak je kt rumah. on9 pun mcm tak on9. BW pun tak mcm BW. time ni batuk dah datang, selsema pun sudah mari. adoyai...

arini, serius aku dh tak tahan dengan hidung aku yg tersumbat ni. ckp dgn org pun asyik bersin jer. kalo aku ckp aku berjaya bersin lebih 20kali arini, korang percaya tak? tapi, itu la yang aku alami. bersin jer. dengan running nose and blocked nose lagi. 

complete package. 

aku BW kt blog Makbed jer. yang lain sat g malam aku BW ek..

Friday, May 20, 2011

Turun 10sen

Sugarless drinks should cost 10 sen or 10% less, says minister

KUALA LUMPUR: Food operators should charge customers 10% or 10 sen less for ordering beverages without sugar, said Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.Currently, such consumers pay the same price as beverages with sugar.“Reducing the price for drinks with less sugar will encourage consumers to ask for less sugar and this is not only good for health but also reduce their spending,” he said after launching the Less Sugar, Less Spendingcampaign yesterday.Ismail hoped consumers would also reduce sugar consumption at home and further add to their savings.On Monday, the ministry announced that the price of coarse and fine sugar would be increased by 20 sen to RM2.30 per kilo.He said he has not received reports informing him of any food operators increasing prices due to the increase.Ismail said 70% of sugar were imported based on long-term contracts with producers and the contracts would expire at the end of this year.The other 30% sugar were purchased based on current market price.Without subsidy, sugar cost RM2.50 per kilo on average, he added.He said although the Government had reduced subsidy on sugar, it would still pay RM283.4mil a year, adding that the Government would review the price of sugar every six months.The retail price of sugar in Malaysia was still low compared with Indonesia (RM3.80), Singapore (RM3.61), Thailand (RM2.31) and the Philippines (RM4.50), said Ismail.Asked when the Government would reduce the subsidy for RON95 fuel, he said no deadline was set.
Ehsan: The Star, 14th May 2011

erm...kalau sehari minum air kurang manis sebanyak 3 kali, dah jimat 30sen. kalau sebulan dan jimat rm9.00. kalau setahun, jimat rm108. ok gak tu... itu kalau kurang manis.

kalau tak de gula, agak-agak kurang berapa sen ek? 50sen boleh? hihihi..lagi jimat plus membantu menjaga berat badan.

Nota kaki: peniaga pandang pelik kat aku bila aku minta air, tak de gula. lalalalala...

Tuesday, May 17, 2011

Peristiwa di waktu senja

Adik kepada pesakit: kakak, kakak ni doktor ek? doktor apa?
Perawat: haaaaaa....agak-agak kakak keje ape?
Ibu kepada pesakit: (senyum sambil geleng kepala)
Adik kepada pesakit: (senyum jer........)

Adik kepada pesakit: umur kakak berapa tahun?
Perawat: agak-agak umur kakak berapa tahun?
Ibu kepada pesakit: aik! tanya umur kakak kenapa? nak ngorat kakak ker? (sambil senyum)
Perawat: (senyum jer.....gelak besar sat lagi, kesian kat adik kepada pesakit)
Pesakit: haaaaaaa...ko nak ngorat kakak ek....
Adik kepada pesakit: (senyum shy-shy cat sambil nyorokkan muka)

Adehhhh...

Thursday, May 12, 2011

Kenapa dgn kamu?

Hadoyai...

Blogspot tak boleh masuk!!!!!

KENAPA KAH????????/

jenuh aku try byk kali. kendian, aku cuba guna cara lain.

caranyer:
  • aku pegi kat blog Makbed ~ bole view.
  • aku log in dari situ
BARU BOLEH MASUK.

7 Sikap yang MELEMAHKAN diri anda

Share the knowledge with kamu-kamu semua...



1. Tidak berfikir (erkk...pasal apa tu?malass arr mo fikir!)
2. Tidak mengambil tahu (lantak ar situ..bukan hal aku pun!)
3. Tidak ambil peduli (apa nak jadi, jadilah...bukan masalah aku)
4. Menganggap diri terlalu sibuk (aku busy la, nantila...bla bla..) -hek eleh, sume org pon busy-
5. Mengandaikan boleh hidup sendiri (tak payah bantuan org lain pun)
6. Tidak punya masa untuk membaca dan mencari ilmu (klu buku tebal2 sy xnak baca...or: buku apa tu? malass arr nak beli..)
7. Tidak berminat. (not my interest, sorry)
- dipetik daripada Dr HM Tuah Iskandar al-Haj

Ehsan: Note from a friend named Balqis Shafey

Tuesday, May 10, 2011

2nd Giveaway Makbed's Journal ~ Kisah Ibu


Mula-mula baca entry Makbed ni, aku rasa macam aku tak layak nak join. hihi... nak-nak lepas baca pengalaman kawan-kawan Makbed. lagi aku rasa tak layak langsung sebab mereka ada pengalaman mengandung dan bersalin. aku?  belum lg. hihihi...gatai. tapi, hati berkobar-kobar nak join. chaiyok..chaiyok!!!

Tetiba aku terbaca satu brief entry yg ditulis oleh LULU CALDINA mengenai pengalaman aunty dia. 

LULU CALDINA pun join gak!!
Bila sampai hari due, tanda-tanda kelahiran masih belum ada...  Kaki, tangan dah bengkak habis, tapi untie Nan masih gagah seperti wanita hamil lain... Hari due tu, Untie Nan diberi seminggu lagi untuk datang semula ke klinik... Nampaknya, kalau sampai minggu depan tu, usia kehamilan Untie Nan dah mencecah 41 minggu..

ooo...dia tulis pengalaman org lain. good..good...

dengan berbekalkan semangat juang yang tinggi untuk masuk GA Makbed, aku tengok balik syarat-syarat nk join GA Makbed....

Buat satu entri tentang pengalaman korang berhadapan dengan hal-hal kehamilan.
Tak kisah la, masa hamil, masa bersalin, masa pantang... 
Aku just nak share experience di samping dapat menambahramaikan lagi blogger-blogger dalam kategori berkahwin dan beranak-pinak dalam bloglist aku. 

Bagi yang bujang-bujang atau belum ada anak lagi, korang pun buleh join. 
Korang buleh je nak share pape pengalaman pasal pregnancy ataupun share pengalaman orang lain dalam entri tu. 
Misalnya, korang penah jaga mak dalam pantang ke, ataupun korang ada pengalaman tolong orang lain yang pregnant ke.

MAKA, dengan syarat berkenaan, aku ambil keputusan nak join GA Makbed. 

Dan

Kisah ini, tentang Ibu kami, ibu yang telah melahir dan membesarkan kami....dan diceritakan sendiri oleh ibu kami

Aku anak sulung
Masa mengandungkan aku, ibu ckp, ibu alah teruk. morning sickness everyday *anak sulung, hihihi... dan masa ngandungkan aku, ibu tak boleh makan mee kari. bukan takat mee kari, mee sup ker..mee jawa ker..mee bandung ker...asal yang ada mee, memang ibu tak boleh makan langsung. lepas makan, confirm muntah balik. masa ngandungkan aku jugak, ibu selalu cramp kat kaki belah kiri. dari paras punggung ke bawah. *ibu aku tak cukup kalsium ker?

dan

bila aku dah besar gini, memang aku tak suka dengan mee..melainkan mee goreng mamak. aku lebih suka mee hoon lagi. hihi..

Angah yang kedua,
masa ibu ngandungkan angah, setiap pagi, ibu mesti makan roti krim cicah kopi. MESTI! padahal, ibu bukan penggemar kopi sebab ibu akan migrain bila minum kopi. kadang-kadang, bau kopi je pun, dah buat ibu pening kepala. cuma, masa ngandungkan angah, ibu dengan kopi TAK DAPAT DIPISAHKAN.

dan

angah lebih suka makan roti daripada makan nasi. 
kopi????? aku kena tengok lagi. hahah..tak sure angah suka minum air ape.

Adik yg ketiga dan terakhir
masa ngandungkan adik, ibu suka memasak. asal balik keje jer...letak beg, buka tudung, ibu terus ke dapur dan memasak. buat minum petang. ada je resepi baru yang ibu akan coba jaya.

dan

adik aku bukan keje sebagai chef. hahahah...

Masa berpantang

ibu ckp, masa ibu berpantang dulu, ibu ikut pantang org Jawa *even nenek dan arwah atok bukan Jawa

sbb?

masa kat kampung dulu, jiran-jiran keliling rumah arwah atok dan nenek orang Jawa. so, terikut.

Berbengkung, berurut, minum air akar kayu, bertungku, tangsi, pakai param, mandi air daun sehari sekali, tak boleh tidur waktu siang...itu antara pantang yg ibu jalani dengan jayanya.

lagi best.... PANTANG 100 hari.

ibu ckp, memang rasa susah mula-mula pantang tu. makan berjaga. tak boleh minum dan makan sebarangan. tapi, hasilnya sekarang, bila aku jalan dengan ibu, orang ckp macam adik-beradik.

waaaaaaaaa......memang harus ikut pantang ini.




Friday, May 6, 2011

Harap Maaf, Sudah Habis

Fuhhhh...!!!

Gara-gara kenaikan harga minyak Ron 97, stok minyak Ron 95 habis kat stesen minyak.

pagi td, masa on the way ke tempat kerja sambil dengar Hot FM (PM kan ada kt Hot FM pagi ni), tergerak nak pergi isi minyak kete. tinggal satu kotak je lagi. petang nanti, travel lg. so, ingat nk isi minyak kete pagi-pagi. senang tak kelam kabut nanti *erk! apasal aku rasa mcm bunyi gurindam lak ni? hahaha...

Sampai kat stesen minyak, aku tengok dekat pam Ron 95, ada bertampal kertas. tertulis

Harap Maaf, 
Sudah Habis

ingatkan satu pam jer. bila pusing satu stesen, semua pam Ron 95 bertampal kertas dengan ayat seperti di atas.

ayoyo...

semua stesen minyak begitukah?

Thursday, May 5, 2011

Naik dan naik lg...

Uih!

Padanlah semalam masa bawak ibu g stesen minyak sebab ibu nak beli roti, aku tengok semua pam minyak di tampal dengan kertas dan kt kertas tu pulak ditulis

ROSAK

rupa-rupanya
*
*
*
*
*

KUALA LUMPUR: Harga petrol RON97 naik 20sen ke RM2.90 seliter berkuatkuasa tengah malam Rabu, demikian menurut Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM).
Naib presiden PDAM Datuk Zulkifli Mokti berkata, peningkatan ini disebabkan kenaikan harga minyak mentah.
"Namun harga RON95 dan diesel kekal seperti sekarang," katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.
Pada 2 April, harga RON97, yang diapungkan mengikut harga pasaran minyak semasa, naik 20 sen ke RM2.70 seliter ekoran krisis Timur Tengah.
Petrol RON95 kekal RM1.90 seliter.

Owner station tggu harga naik dulu agaknyer, baru dia cabut balik kertas yg tulis pam rosak tu. padahal ada je minyak kt dlm simpanan tong besar dia tu. ish..ish...

Lagi satu, dia tak nak station minyak dia sesak dgn kete yg nk isi full tank la tu. kalo dia tak tulis pam rosak semalam, sah-sah dah berderet kereta beratur semalam.

SOLAT SELEPAS HAID - KESILAPAN WANITA!!

Ilmu untuk dikongsi bersama kamu semua....

SOLAT SELEPAS HAID : PERKARA YG DIPANDANG RINGAN..
Pengetahuan Islam kepada sesiapa yang bernama wanita ISLAM!!!

Kebanyakkan perempuan/wanita/ muslimah (wanita Islam) tak berapa perasan ATAU lebih malang lagi jika memang tak tahu menahu akan perkara ini... Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakkan wanita Islam...kenapa hal ini boleh terjadi?? Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah/ ...yang betul-betul pakar dalam bab 'Orang-orang Perempuan ini' kecuali terpaksa@mesti dirujuk kepada lelaki/ustaz- ustaz yang bernama LELAKI jugak...(saya rasa ramai yang bersetuju dengan pandangan saya )

Contohnya yang paling simple ; bila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam ; "adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?" pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan: "alaa...itu soalan mudah jee..bila 'datang period' maka solat tuu tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee..itulah yang kami belajar sejak mula-mula 'bergelar wanita' dulu"

Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita jumpa... Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun. Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang mashur.

Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yang luas, inilah bukti kehebatan ulama' terdahulu..

Dalam BAB TIGA :
" Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..." perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut : PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID: Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :

1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar.
2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'. " Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali)
HURAIAN MASALAH :
1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?
- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar, maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)
2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama?
- Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.
- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat ( menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.
3. Dalam perkara solat subuh pun sama : -perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh, kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'.
-Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.
-Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)
-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu di qadha juga solat maghribnya.

Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2) cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.
Diharapkan tulisan ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelar Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu 'Fiqhul Nisa' ini yang berkaitan dengan diri mereka sendiri!!!

TOLONG SEBARKAN KEPADA ORANG LAIN DEMI SAHAM AKHIRAT ANDA !!!

Tuesday, May 3, 2011

PETUA MENGASIHI SUAMI

Ehem..ehem...


jumpa petua ni kt facebook kwn aku. sesuai aku rasa utk dikongsi bersama tak kira tua atau muda, bujang atau dah berkahwin.


jom...tambah ilmu



1. Bagi seorang isteri, anda perlulah menjamu mata suami anda. Lelaki mudah terangsang oleh penglihatan matanya. Pakailah pakaian yang menarik perhatiannya. Lemparkan senyuman yang bermakna. Berdandanlah dengan sempurna.. selitkan jelingan-jelingan manja.

2. Sambutlah kepulangan suami anda dengan gembira dan hantarlah pemergiannya dengan hati yang sedih dan mengharapkan kesetiaan. Jangan lupa untuk bersalaman dan berciuman apabila dia pulang dan apabila dia mahu meninggalkan rumah. Uruskan perihal suami anda dari segi makanan dan pakaiannya. Isteri yang bijak menjaga suami akan mengambil berat mengenai dua perkara penting, pertama zakar suaminya dan kedua perut suaminya.

3. Banyak membantu suami anda. Terutamanya apabila suami anda bermasaalah. Jangan banyak meminta-minta kerana ini akan menyebabkan suami anda berdukacita. Walaupun anda bekerja, usah boros dalam berbelanja, sama-samalah merancang masa depan bersama suami anda. Rujuklah kepada suami anda dalam hal-hal yang mana anda sendiri kurang yakin atau perkara yang melibatkan kesan terhadap ekonomi rumahtangga.

4. Nyatakan sayang anda kepada suami anda. Ia patut dilakukan setiap hari, walaupun setelah anda beranak cucu. Jangan anggap diri anda terlalu tua untuk itu semua.

5. Apabila berkesempatan, sentuh dan belailah suami anda selalu. Anda boleh mencuri-curi menciumnya ketika tidak
dilihat oleh orang lain. Anda boleh memegang tangannya atau bahunya bila berjalan-jalan.

6. Jadikan amalan untuk menidurkan anak-anak anda lebih awal dari masa anda hendak masuk tidur. Amalkan juga masuk tidur bersama suami anda. Inilah antara masa yang paling manis dalam kehidupan berumahtangga.

7. Jika anda meminta pertolongan dari suami anda dan suami anda membantu tetapi tidak sempuna perbuatannya, jauhilah dari berleter atau marah kepadanya. Ini akan hanya menyebabkannya berjauh hati dan merajuk.

8. Jagalah anak-anak anda dengan baik dari segala segi. Elakkan dari sentiasa memarahi anak-anak anda, gunakan strategi memujuk dan mendorong. Jika anda selalu marahkan anak-anak anda di depan suami anda, suami anda mungkin merasa kurang senang, lagipun anak anda adalah anaknya yang disayanginnya.

9. Selalulah memicit-micit dan mengurut suami anda. Amalkan mandi bersamanya dan menggosok-gosok badannya. Jangan sekali mengatakan, busuk pengotor,selekeh atau kata2 yg tidak sepatutnya dilemparkan, kerana hati suami akan tersentuh apabila isteri berkata2 demikian.

10. Apabila anda masuk tidur bersama suami anda, bukalah segala pakaian anda dan berselimut bersama suami anda. Ciumlah dengan ciuman yang hangat, iaitu ciuman yang memberikan pengertian bahawa "hanya kaulah satu-satunya kekasihku".

11. Bila anda tidur, sentiasalah mengadap suami anda. Jika pun anda hendak membelakanginya minta izin darinya atau anda berpusing sambil menyentuhnya. Cubalah tidur berbantalkan bahu suami anda, anda akan merasakan kenikmatannya.

12. Elakkan bercerita mengenai suami anda kepada orang lain, terutama sekali perkara yg boleh menjatuhkan air muka suami anda. Jika perlu pun, ceritalah perkara-perkara yang baik sahaja. Itulah tanda anda benar-benar mengasihi suami anda.

13. Sekiranya suami anda berhajat untuk "bersama" anda, layanilah ia dengan baik walau bagaimanapun kesibukan dan keletihan anda. Banyak perceraian atau kes poligami berpunca dari isteri yang kurang faham dengan keperluan suaminya di sudut seks. Kurangnya layanan dan banyaknya alasan menyebabkan suami berasa bosan terhadap anda.

14. Sesekali, ajaklah pula suami anda berjima'. Jika anda merasa malu untuk menyatakannya, lakukan godaan dengan halus. Biasanya seorang lelaki akan memahami tanda-tanda anda memerlukan jima'. Ini akan membuatkan suami anda merasa bahawa dia diperlukan.

15. Apabila anda bersetubuh dengan suami anda, janganlah biarkan dia bersendirian melayarkan bahtera, sedangkan anda cuma menyuakan tubuh anda untuk disetubuhi dalam keadaan mahu tidak mahu. Hal ini akan sungguh mengecewakan suami anda. Dia akan merasa bahawa dirinya tidak dihargai, sedangkan pada fikirannya persetubuhan itu ialah jalinan kasih dua jiwa yang memanisfitasikan cintanya.

16. Ketika suami anda sakit, tunjukkanlah kesungguhan anda untuk merawatnya dan membangkitkan semula semangatnya, melahirkan kesedihan anda dan harapan anda agar dia lekas sembuh. Dia akan ingat kepada anda dan begitu mengasihi anda kerana dia tahu bahawa anda bukan saja mengasihinya sewaktu dia sihat. Ingat wahai isteri jgn biarkan suami anda kesakitan sendiri, sesungguhnya dalam keadaannya sakit dan anda pula tidak sikit pun menghiraukannya, hati lelaki mudah berkata' inginkanseseorang yang dapat membantu', jangan la hanya ingin senang bersama, bila susah tidak hiraukan. Pemikiran lelaki tak dapat di baca apabila umurnya 40 an.

17.Selalu la memasak untuk suami terutama bagi wanita yg berkerjaya. Elakkan suami anda dari selalu makan di luar, kerana air tangan seorang isteri juga dapat mengeratkan kasih sayang terhadap sesebuah keluarga.

18. Apabila suami anda meninggal dunia, jagalah anak-anak anda dengan baik serta berterusanlah menjaga silaturrahim bersama keluarga suami anda. Mudah-mudahan nanti, anda akan menemui suami anda disyurga. Kepada isteri, jika anda berlakukan demikian, teruskan la, kepada yang tidak melakukan salah satu darinya, cuba la baiki diri anda. Sesungguhnya yg paling penting, hormat la suami anda, jangan sekali di caci.

Yg baik datangnya dari Allah s.w.t, yg buruk datangnya dari diri kita sendiri...ubahlah sebelum terlambat.

Ehsan ~ facebook My Baby Store