Assalamualaikum....
Sudah lama tak update blog. Bukan tak nak update. tak de idea nak tulis. log in blog jer...aku BW blog blogger lain. bila tengok blog orang lain, aku dok fikir, apa nak tulis ni....fikir punya fikir...last-last satu hape pun aku tak tulis. hihi....
sekarang ni dah masuk hari ke-12 Ramadhan. walaupun dah terlambat, rasanya tak salah kalau aku nak ucapkan
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK
sebut pasal ramadhan, banyak blog yg aku BW, citer pasal menu bersahur, menu berbuka...tak kurang jugak dengan tempat-tempat yang menyajikan buffet berbuka.
oklah. back to the real story.
kalau korang tgk tajuk kat atas tu...mesti terfikir, apasal la aku tulis tarikh sebagai tajuk blog. cerita sebenarnya...pada tarikh berkenaaan, aku telah menghadirkan diri ke Kuching, Sarawak. ada kursus...
OK!
mula-mula memang aku sangat-sangat teruja dengan kursus tu. sebab? permohonan aku nak pergi kursus di Sarawak tahun lepas telah ditolak mentah-mentah oleh bos aku yang..... (malas aku nak sebut)
so, bila tahun ni, ada lagi kursus kat sana, aku terus isi form untuk menghadirkan diri ke kursus tersebut dan telah diluluskan. tapi..yang langsung tak best tu....BOS HAKU PERGI SEKALI. adoiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...!!! stress! tension!
satu lagi sebab yang menyebabkan aku tension kerana, pada tarikh yang sama...ada company sports carnival berlangsung. Serius aku ckp, sepanjang tempoh aku kursus kat Kuching, badan aku jer kat Kuching...otak dengan hati aku semuanya kat Penang.
Sob..sob....nak g Penang...dah la ada game dragon boat. huhuk....
Yang buat aku bertambah stress, bos pergi booked hotel yang agak jauh dari bandar Kuching! maksudnya, kalau nak pergi bandar, sah-sah kena tahan teksi. nape la tak booked hotel yg kat tengah bandar tu. haishhhhh....sungguh aku geram. bila kawan-kawan ofis yg sememangnya asal dari Sarawak tanya,
~duk mana masa pergi kursus haritu?
bila aku ckp duk kat hotel sekian-sekian, diorg semua pelik dan siap tanya lagi
~la...nape tak booked kat hotel yang kat tengah bandar tu? kan senang...mudah nak makan, mudah nak beli souvenier
pastu aku ckp...
~korang g la tanya bos haku tu...
Plus, masa nk check in flight, aku kena bayar rm45 sbb berat beg aku lebih 7kg. ggggrrrrr...geram tau! masa balik tu...aku ckp dgn customer service kat kaunter tu...berat beg aku 7kg jer...even berat sebenarnya 10kg. tak sanggup dah nak bayar lagi rm45.
last tu jela yang aku rasa ok sikit. sbb? last day kat Kuching tu, kitorg g jalan-jalan. even pergi 2 tempat jer..dan bos pun ada sekali...aku layan kan jela. tak nak stress dah.
Jom..layan gambar-gambar yang sempat di snap semasa di sana
|
Opening ceremony... |
|
1st place yang dilawati |
|
Sebelum masuk ke dalam. sampai kt point ni semua orang kena senyap |
|
tak sure nama orang utan ni sape |
|
alamak! xjelas la pulak |
|
Delima's family |
|
BEWARE! that's why disuruh senyap |
|
Gua pari-pari |
|
Banyak sungguh anak tangga. lupa nak kira |
|
Pesanan penaja. tapi ada jugak yang buang |
|
Kat dalam ni pun ada tangga juga |
Sebenarnya....aku enjoy pergi Sarawak. tapi terbantut enjoy tu bila bos ada sekali. oleh itu...
JANGAN PERGI KURSUS SEKALI DENGAN BOS...HOKEH!!!