Weekends di rumah sahaja...korang ada g mana? selamat berhujung minggu la ye...
dapat ikan siakap. besar jugak. angah ckp, ikan siakap gemuk. hahahaha....
sekilo lebih berat ikan siakap ni |
sementara ibu meneruskn keje siang-menyiang ikan, aku pulak tlg
disebabkan ikan ni gemuk (bak kata angah), ibu pun potong la 2 ikan ni, n bg jiran separuh. mkn sekor pun bukan habis. silap2 dua tiga hari dok panaskan lauk ni je nnti. hilang manis ikan siakap tu pulak. rezeki jiran arini, dpt ikan siakap.
lepas siang-menyiang ikan selesai, ikan tersebut digoreng dahulu.
untuk masak kuah 3 rasa tu pulak, ini bahan-bahannya:
10 biji cili padi (ikut suka korg, kalo nk lg pedas, boh cili padi byk2, kalau tak nak pedas sgt, kurangkan la cili padi tu)
2-3 biji cili merah
2-3 biji cili hijau
1 biji bawang besar
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
halia
bahan-bahan ni tadi, dikisar sehingga halus
1 biji capsicum hijau
1 biji capsicum merah
1 biji tomato
1 batang seleri
1/2 biji nenas
bahan-bahan ini pulak, dipotong sederhana kecil atau saiz dadu or ikut korg mcm mana nk potong.
1 sudu makan madu
garam sebagai perasa
cencaranya:
bahan-bahan yg dikisar td, ditumis sehingga naik bau. masukkan madu.
kemudian, masukkan sayur-mayur yg dah dipotong kecil2 td, kacau
kemudian, masukkan garam
didihkan kuah sebentar
dan....dah siap...
lepas tu, tuangkan kuah kt atas ikan yg dh digoreng td...
Tadaaaaaa.....Ikan siakap berasa-rasa
lepas makan td, aku rasa bukan ikan siakap 3 rasa,
Ikan siakap berasa-rasa. manis ada, masam pun ada, pedas tok sah ckp...MARBELES!
ala-ala masak lamprik pun ada gak ni. hihihi...
pape pun..air tgn ibu mmg sedap. bertambah aku mkn td. hihi...
mu kena tag
ReplyDeletehttp://www.makbed.com/2011/02/mata-cantik-giveaway.html