Snap shoot

Snap shoot

Wednesday, February 2, 2011

Tolong ingatkan aku

Salam,,,,

Arini jalan raya lancar. xsesak mcm selalu. Yela..ramai dh cuti utk Tahun Baru Cina kn..
office pun dh agak lengang.
yg Chinese, of course dh mula cuti. mlm ni mkn besar maa...harus msk yg sedap2. hihi..
kwn2 Melayu dan India pun amik peluang utk bercuti pjg.
4 hari cuti...best btol.. *aku cuti 3 hari jer...sabtu keje sbb company ni keje 5 setgh hari dlm seminggu.

Anyway, wishing all my Chinese friends

HAPPY CHINESE NEW YEAR...
*ang paw plsss...i single lg. hihih..(but not available. hahaha..)

utk rakan2 yg lain

JOM CUTI-CUTI Malaysia.
yeayyyy...

haaa....ni ada tips utk mereka yg akan berumah tangga dan yang dh berumah tangga. aku baca kt surat kbr arini.

awal2 pg dh ada tips...

ngeeee...

jom..

PETUA MEMBINA RUMAH TANGGA BAHAGIA:

Tips: Berbicara dengan lemah lembut, memanggil dengan panggilan kesayangan serta memandang dengan penuh kasih sayang antara suami dan isteri.
Komen: setuju. bak kata org, ckp itu adalah doa. kalo suami pggl isteri 'sayang' ker..atau pun panggilan manja korang...insyaAllah, smpi bila2 rasa sayang tu melekat kt bibir dan hati. kn..kn..sbb tiap2 hari ckp syg. ckp itu kn doa. hihi..

Tips: Membersihkan diri, penampilan rapi dan bersih, berhias dan memakai wangi-wangian terhadap pasangannya.
Komen: aaaa...mmmm...no words to write. yg ini terpulang pada cita rasa masing2. ada isteri yg suka suami berjambang, ada isteri yg suka suami pakai t-shirt pagoda dgn kain pelikat je kt umah, ada suami yg suka isteri pakai bedak baby johnson jer, xyh pakai minyak wangi, xthn bau. pape pun terpulang pada individu dn psgn..

Tips: Jujur dan amanah, jangan memandang rendah pasangan, saling mengalah dan memaafkan dan paling penting perhatikan kelebihan pasangan malah sekiranya ada kekurangan segera tutupi ia daripada pengetahuan orang lain.
Komen: btol..btol..btol..(gaya upin dan ipin. hihi..) give and take. cuma, jgn sebelah pihak jer yg selalu megalah, sebelah pihak lg ego. hargai pasangan. masing2 ada kelebihan dan kekurangan. sebab itu Allah cipta lelaki dan perempuan utk saling berpasangan dan saling melengkapi.

Tips: Jangan mencela masakan isteri, berusaha meringankan beban kerja pasangan, tidak membandingkannya dengan orang lain serta menjauhi hal-hal yang menimbulkan kecemburuan pasangan.
Komen: Kata org2 lama, laluan ke hati suami adalah melalui perut. PRACTISE MAKE PERFECT. chaiyok! wahai kaum Hawa. sila buat latihan praktikal di dapur rumah masing-masing. ;)

Tips: Selalu berpegangan tangan, bergurau senda, saling membelai kerana dengan cara ini pasangan akan merasai dirinya sentiasa diperlukan.
Komen: Dalam ceramah seorang ustaz, beliau berkata ' suami yang memegang tangan isteri, luruh, jatuh dosa2nya'...maka...peganglah tangan psgn. Utk yg belum berkahwin, kena dpt lesen dulu yer...hihi..

Tips: Jadikan kamar tidur tempat peribadi, bersih harum dan masa yang menyenangkan pasangan.
Komen: letak aromaterapi atau pewangi bilik tidur.

Tips: Saling menasihati dan cuba meringankan beban yang ditanggung pasangan.
Komen: bak kata Tun Dr Mahathir...manusia mudah lupa. jadi ingat mengingati dgn kata2 yg elok dan baik.

Tips: Peruntukkan waktu khusus bersama pasangan seperti makan bersama, solat berjemaah pada waktu tertentu seperti maghrib dan isyak, bersiar-siar bersama dengan anak di taman.
Komen: Honeymoon & Family Day.

Tips: Saling mendoakan dan merindui bila berjauhan.
Komen: kalo ada button 'like' kt tepi tips tu..dh click 'like' byk kali dh...

ehsan: surat khabar Berita Harian...

No comments:

Post a Comment