Snap shoot

Snap shoot

Wednesday, December 26, 2012

100 hari

Almost 1am in the morning.
Mata segar selepas tidur dengan little prince tadi. tidur dengan contact lense *dush! bahaya hokey!

arini ari ke 97. *xde ari pertama, terus-terus 97. ngeh ngeh ngeh
lagi 3 hari, akan genap pantang 100 hari.

nak citer dari hari pertama berpantang sampai 100 hari, sangat panjang yer..
so, aku summary kan sumenya dalam 1 post. hihihi..

Lepas bersalin, masa masih dalam hospital lg, ibu dah mula pantangkan makan aku. 
yela, duk hospital seminggu...pantang makan jela yang bole. tak kan nak bertungku bertanggas sume pulakkan..hari kedua aku dah mula pakai barut. lepas minyak panas kat perut, pastu ikat barut ketat-ketat. *tugas rasmi Incik Hubby sepanjang aku pantang bila dia balik rumah. kamikan PJJ.. ;p serius sangat selesa even jalan macam wanita jepun terakhir... ;p

even keje aku berkaitan dengan makanan dan khasiat serta kebaikan makanan tu aku tau..bila time gini, aku dengan rela hati turun takhta. ngeh ngeh ngeh...ibu aku lak naik takhta. *nak baik luar dan dalam..kena dengar cakap orang-orang lama..

dari hari pertama hingga hari ke 40, makan ruji aku adalah nasi putih panas bertemankan lauk ikan bilis or ikan sepat masin bakar or ikan haruan, sayur sawi dan buah oren. itu sahaja. air tak boleh minum banyak dalam satu masa. minum sikit tapi kerap kali. so, every 1 or 2 hours aku akan minum air yang tak lebih dari 2 ruas jari banyaknyer. agak-agak kalau dalam masa tu aku haus sangat, aku berkumur jer. sepanjang 40 hari, air yang wajib aku minum waktu pagi adalah air asam jawa dan waktu petang adalah air halia. (serius sedap). 

lepas balik dari hospital, aku berurut 3 hari berturut. sedapnyer badan....masa berurut tu, kakak yang urut aku tu pun pesan...jaga makan, ikut cakap ibu. biar seksa sekarang dari seksa kemudian...borak-borak jugak dengan kakak urut tu, nape pantang ni penting? kakak tu jawab senang jer. 'kamu nak ke umur belum 40 dah sakit lutut sakit sendi sume?' terus aku geleng kepala laju-laju. masa hari ke 40 tu, aku berurut lagi. berurut, scrub badan dan mandi bunga.

lepas 40 hari, barulah aku makan daging sikit. ibu masak daging masak kicap boh lada hitam banyak-banyak. makanan ruji sepanjang 40 hari tetap makan lagi. hari ke 43, follow up dengan doktor, ibu bagi aku makan ikan selar goreng (beli kat cafe hospital). ibu cakap dah bole makan sikit-sikit yang lain tu. cuma, ayam, ikan kembung, ikan tongkol dan makanan yang gatal jangan makan. time ni aku rasa biarlah aku continue dengan lauk rasmi 40 hari tu sampai 100 hari. tapi ibu cakap tak boleh! kena makan yang lain-lain..nnti perut tolak. so, aku makan sikit-sikit sekadar rasa untuk pastikan perut tak terkejut bila dah bole makan nnti.

arini, ari ke 97, aku dah makan ayam. ikan kembung dan tongkol, aku masih elak lagi. even air pun aku masih bercatu. sayur pulak, sawi dan ulam-ulaman. 

so far, Alhamdulillah...

Saturday, December 1, 2012

mai..mai...

Mengumumkan ketibaan gambar Muhammad Uqail Faiq b Mohd Fais...

dh 2 bulan lebih baru berkesempatan boh gambo hero ni...

Segar dari ladang..dalam inkubator.monitor 24hours..tp, 2 jam jer.pastudh kuar
Kakak-kakak nurse buat rambut saya mcm ni...ngeh ngeh ngeh
after 24hours observation at nursery...
room in with umi and babah
2nd day of jaundice
oh! umi xtau bila babah amik gmbr saya posing camni..hihihi...
day 16th
tidooooo....
after bath...
like aunty like nephew..