Snap shoot

Snap shoot

Thursday, October 28, 2010

Tribute to Preggy Mummy 2

salam,
sambungan Nutrition During Pregnancy....
sorry..lmbt menghapdet blog. sensaja agak busy.
okes...aritu dh citer psl berat badan dn BMI.
kali ni nk tulih pasal...
eh..eh..xabis lg la psl berat bdn tu...
xpe..xpe..kita samb psl berat badan


Q: ok, kenapa pentingnya berat bdn semasa mengandung?
A: pertambahan berat badan penting semasa mengandung kerana, kalo pertambahan berat badan berlebihan, ibu akan mengalami sakit belakang, sakit kaki, letih dan kembang urat. kalo berat badan ibu tu xbertambah langsung atau naik sikit je (mayb ibu jaga mkn sgt), kesannya lbh kepada bayi. masa lahir, bayi akan mengalami low birth weight, jangkitan pd salur pernafasan dan telinga, asma, pertumbuhan yg terbantut dan IQ yg rendah.


Q: kenapa pentingnya pertambahan berat badan yg bersesuaian?
A: ianya penting sbb, memudahkan proses kelahiran (kalo xcukup berat badan, camner nk push kn...kn...) dan menambahkan pengeluaran susu.


Q: kalo mengandung kembar...camner?
A: haaaa..mesti ada yg ingat, kalo ngandung kembar, kena doublekn penambahan berat badan tu kn? ooo..TIDAK..!!!bukan double ek..kalo pregnant twins, cuma tmbh (3.5-4)kg je drp penambahan berat bdn yg kita dh bincang dulu (Tribute to Preggy Mummy)

okes, dh abis psl berat badan. skrg kita masuk new chapter lak. 
tajuk chapter ni adalah Chapter Folic Acid...


Q: ape itu folic acid?
A: kalo korg xbiasa dgr nama folic acid, cuba korg ingat, kot2 prnh dgr nama2 ni ~ folate, Vitamin B9. nama2 itu adalah seangkatan dan sewaktu dgn folic acid.


Q: kat mana nk dpt folic acid?
A: kt kedai farmasi la. biasanya, doktor akan prescribe ubat ni dn korg bole amik kt farmasi hospital atau p je kt kaunter klinik. nnti kakak / adik kt kaunter tu bg.


Q: apa pentingnya folic acid ni?
A: uih..!!!penting...amat penting. kalo org yg planning nk ngandung, sebulan dia kena mkn folic acid ni tau. kalo dh ngandung, lg la kena mkn sbb? untuk perkembangan saraf tunjang dn sistem saraf bayi. 2ndly, untuk pembentukan sel darah merah. 3rd, utk mengurangkan risiko kecacatan saraf tunjang bayi atau lbh dikenali sbg Spina Bifida (tgk gmbr bwh ni)


kesian kn...huhuk.jd, pastikan korg amik folic acid ni. jgn skip2. kalo plan nk preggy, leh cuba amik folic acid selama sebulan.


Q: makanan ape yg mengandungi folic acid?
A: tgk gmbr kt sebelah.




kalo yg internal organs tu, mkn biar berpada2. sat g kolesterol pulak yg naik. ;)


okes, chapter akan bersambung di lain hari. 




Wednesday, October 27, 2010

Tribute to Preggy Mummy

salam,
semalam, sorg sahabat bertanya 'tgh tulih blog ker?' sewaktu kami pause chatting ym. haha..
jwpn aku 'x..xde idea.' heheh...masa iron baju td, berdezup idea dtg. hihi...kali ni nk share psl Preggy Mummy.

bila seorg perempuan tu disahkan mengandung (xkiralah anak yg ke-berapa pun), few things come across their mind, especially for the 1st timer. macam-macam yg diorg akan fikir. 

antara perkara yang diorg akan fikir ~
  • ape nk mkn ek kalo muntah2?
  • eerrr..kalo bulu2 kucing ni, mdtgkn kesan x pd baby?
  • supplement ape nk mkn ek?
  • alamak! rumah tgh renovate..!!!aduh..habuk!
  • baby cukup mkn ke tidak?
  • bila la nk rasa baby gerak2?
tu antara soalan yg bermain di fikiran. byk lg soalan2 yg akan berdezuppp, timbul difikiran.
so, entree ini khas utk ibu2 yg mengandung (yg blum mgandung lg, kalo nk baca pun bulih ja...ilmu maaa)


tajuk utama entree ini adalah ~ Nutrition During Pregnancy
Q ~ kenapa pentingnya pemakanan yang sihat dn seimbang semasa mengandung?
A ~ untuk memastikan perkembangan bayi yg sihat, untuk memastikan ibu sihat sentiasa (kalo xsihat, cpt2 jumpa doktor) & untuk memenuhi keperluan nutrisi dan memastikan peningkatan berat badan yg bersesuaian sepanjang tempoh mengandung.


Q ~ apakah komponen utama utk memastikan ibu mengamalkan pemakanan yg sihat dan seimbang semasa mengandung?
A ~ peningkatan berat badan yg bersesuaian, mkn berpandukan kepada Piramid Makanan Malaysia (jgn pulak ikut Piramid Makanan overseas), pengambilan vitamin dan supplement spt yg diarahkan oleh doktor anda, elakkan perkara2 yg memudaratkan bayi dan diri anda spt minuman keras, rokok serta benda2 yg merbahaya & pengendalian makanan yg selamat.


Q ~ berapakah peningkatan berat badan yang bersesuaian semasa mengandung?
A ~ peningkatan berat badan semasa mengandung, bergantung kepada Body Mass Index (BMI) sebelum mengandung (sape xtau kira BMI, angkat tgn...) kalo ~
  • Underwieght: naik berat bdn sbyk 13-18kg / 9 bulan
  • Normal: naik berat bdn sbyk 11-16kg / 9 bulan
  • overweight: naik berat bdn sbyk 7-11kg / 9 bulan
  • Obese: naik berat bdn sbyk 5-9kg / 9 bulan
Q ~ camner nk kira BMI?
A ~ ni formula BMI


    
ok...dh tau formula BMI...ada lg soalan?
oo..pengkelasan BMI lk kn...sat2

ok..dh tau BMI classifiaction kn..kn..kn..
so, bole la agak2 berapa berat bdn yg dibenarkan spjg tempoh mgandung.
to be continue...(sudah ngantuk. huhu)

Tuesday, October 26, 2010

Penawar Hati

Salam,
Ada msg kt inbox facebook.
Click pd ikon msg n tgk ada msg dr group Ingat Mati.
Bila dh baca, perkara ini perlu dikongsi bersama ~

Hassan al-Basri r.a. berkata: "Ketika saya berkeliling di jalan-jalan kota Bashrah dan di pasarnya dengan seorang pemuda ahli ibadah, tiba-tiba saya melihat seorang tabib yang sedang duduk di atas kerusi."

Dia dikelilingi oleh laki-laki, perempuan dan anak-anak.

Di tangan mereka masing-masing terdapat gelas yang berisi air. Mereka meminta petua dan ubat untuk penyakitnya.

Kemudian, pemuda yang bersamaku maju ke depan tabib, lalu dia berkata:

"Wahai tabib, apakah kamu punya ubat yang mampu membersihkan dosa dan menyembuhkan penyakit hati? "

Kemudian, si tabib itu menjelaskan:

"Ambillah sepuluh macam ramuan:

1. Ambillah akar pohon fakir bersama akar-akar pohon tawaddhu' (kerendahan hati),
2. Campurkanlah padanya tumbuhan taubat,
3. Taruhlah ke dalam bekas keredhaan,
4. Tumbuklah dengan penumbuk qana'ah,
5. Masukkan dalam kuali taqwa,
6. Lalu tuangkanlah padanya air malu,
7. Didihkanlah dengan api mahabbah,
8. Tuangkanlah ke dalam gelas syukur,
9. Kemudian kipaslah dengan kipas harapan,
10. Lalu minum dengan sudu pujian.

Sesungguhnya jika kamu mengerjakan hal itu, maka akan menjadi ubat bagimu dari semua penyakit dan bencana di dunia dan di akhirat." - Dipetik daripada Kitab Nashaihul 'Ibad, Imam Nawawi

Sunday, October 24, 2010

Sebarkan lah ;)

salam,
dpt msg ni kat fb. ayat2 yg best n perlu dikongsi bersama ~ 

Jika isteri menangis dihadapanmu….
“hargai lah ia sblm terlewat…”
Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.
Wahai suami2, jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …
Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.
Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?
Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..
SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .
PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.
Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal…
Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…
Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg soleha dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mrk begitu berHARGA… Dan sangat berHARGA. 

credit to CE 

Saturday, October 23, 2010

ZINA AKAN BERTERUSAN WALAU PUN DAH DI IJABKABUL..

salam
sambil-sambil check email, terjumpa email spt yg bertajuk di atas. 
renung-renungkan...dan selamat beramal (pinjam tagged line yer Ustaz yg selalu ckp kt HOT FM.)


BACA UNTUK PENGETAHUAN SENDIRI DAN PEDOMAN SEMUA...HIDUP
SEBAGAI SEORG BERNAMA ISLAM JGN TERUSAN DLM KEJAHILAN.


Sesungguhnya, permasalahan ini berat. Perhatikan soalan 1 - 5.


Perkahwinan  seumpama ini Hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga biasanya  memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat tahu anak
pregnant luar nikah, cepat-cepat kahwinkan.


Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak hidup dalam zina sampai bila-bila....

Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak persoalan lain timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya kongsikan bersama anda di  sini kerana ianya amat penting:

Soalan 1 : Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah?

Jawapan 1 : Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia  mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?
Jawapan 2 : Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.
Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?
Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakana ayah kepada bayi yang dikandung itu.
Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk memperbetulkan keadaan?
Jawapan 4 : Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.   
Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?
Jawapan 5 : Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan itu tidak sah!!!   
Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah?
Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.
 
Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya sendiri?
Jawapan 7 : Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.


Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim dan seorang wanita Muslim (atau bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang sewajarnya?

Jawapan 8 : Mereka mesti tinggal berasingan segera dan menunggu sehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.>


Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri?
Jawapan 9 : Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.

Kesimpulannya: Ibubapa, saudaramara, org2 kampung, tok2 imam, tok2 kadi Dan saksi-saksi yang tahu akan keadaan tersebut tetapi mendiamkan, membiarkan atau membenarkan pernikahan tersebut diteruskan maka mereka juga tidak terlepas daripada menanggung azab Dan seksaan samada didunia atau pun diakhirat....
 Tolong jangan abaikan email ini. Ini merupakan satu perkara yang serious jadi, fahami Dan dalami betul-betul Dan bincanglah dengan Imam/ustaz sekiranya perlu.   Mafhumnya:

Katakanlah: 'Sesungguhnya sembahyangku Dan ibadatku, hidupku Dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara Dan mentadbirkan sekalian  alam'.


WAHAI PARA SAHABATKU. .. .INSAFI LAH DIRI.


USTAZ ROSLI ALHAFIZ.

Friday, October 22, 2010

breast cancer awareness

salam,
mungkin ramai di antara kita yg tau bahawa bulan oktober adalah bulan utk 'Breast Cancer Awareness'. kalo korg pergi shopping complex, ada booth yg akan bg riben kaler pink. 

mari kita sama2 baca berkenaan breast cancer ni ~ 
antara soalan2 lazim yg bermain di fikiran ~

Is breast cancer the most common cause of death for women? 

No. Although many women get breast cancer, it is not a common cause of death. Heart disease is the number one cause of death among women age 40 and above, followed by stroke, lung cancer, and lung diseases. Breast cancer is the fifth leading cause of death. In 2006 (the latest year for which statistics are available), 191,410 women were diagnosed with breast cancer, and 40,820 women died from the disease.

(walaupun bukan yg pertama, ia tetap perlu diambil berat.)

What are the symptoms of breast cancer?

When breast cancer starts out, it is too small to feel and does not cause signs and symptoms. As it grows, however, breast cancer can cause changes in how the breast looks or feels. Symptoms may include—
  • New lump in the breast or underarm (armpit).
  • Thickening or swelling of part of the breast.
  • Irritation or dimpling of breast skin.
  • Redness or flaky skin in the nipple area or the breast.
  • Pulling in of the nipple or pain in the nipple area.
  • Nipple discharge other than breast milk, including blood.
  • Any change in the size or the shape of the breast.
  • Pain in any area of the breast.
(bole buat sendiri sebelum g check kt doktor. kalo ada tanda2 ni, segera berjumpa doktor. jgn tangguh2)

What is a mammogram?

A mammogram is an X-ray of the breast. Doctors use a mammogram to look for early signs of breast cancer. Having regular mammograms can lower the risk of dying from breast cancer. If you are age 50 to 74 years, be sure to have a screening mammogram every two years. If you are age 40–49 years, talk to your doctor about when and how often you should have a screening mammogram.

(ada setengah org ckp, sakit. ada setengah org ckp xsakit. depends) 

Why should I have a mammogram?

Regular mammograms are the best tests doctors have to find breast cancer early, sometimes up to three years before it can be felt. When their breast cancer is found early, many women go on to live long and healthy lives.

Where can I go to get screened?

Most likely, you can get screened for breast cancer at a clinic, hospital, or doctor's office. If you want to be screened for breast cancer, call your doctor's office. They can help you schedule an appointment. Most health insurance companies pay for the cost of breast cancer screening tests.

How can I lower my risk of breast cancer?

  • Control your weight and exercise.
  • Know your family history of breast cancer. If you have a mother, sister, or daughter with breast cancer, ask your doctor what is your risk of getting breast cancer and how you can lower your risk.
  • Find out the risks and benefits of hormone replacement therapy.
  • Limit the amount of alcohol you drink.

Can men get breast cancer?

Men can also get breast cancer, but it is not very common. For every 100 cases of breast cancer, less than 1 is in men.
(penyakit x mengenal jantina. org lelaki pun kena g check jugak)

Thursday, October 21, 2010

Orange Dream

salam,
mesti korang pelikkn dgn tajuk entree ni. hehehe...
kalo translate ke BM, jd Mimpi Oren pulak. ngeeee...

oklah, sebenarnya, Orange Dream ni adalah salah satu minuman yg sedap dn best utk dicuba. ala-ala ice blended gitu...
mari kita lihat cencara nk buat minuman ini.

Bahan-bahan:
- 1 1/2 cwn jus oren yg disejukkan (ikut suka korg lh nk boh kt chiller or freezer. ;) )
- 1 cwn air soya (bukan perasa strawberry atau oren atau yg sewaktu dengannya)
- 1/3 cwn soft tofu (alamak! mesti korg dok bayangkan tofu jepun yg bila pegang, gerak gedik2 tu kn. hihi...itulah bhnnya.)
- 1 sudu makan madu (lbh elok madu asli)
- 2-3 ulas oren (bukan biji tau. oren yg korg dh kupas, pastu pecahkn ikut line putih oren tu)
- 1/2 sudu teh yogurt (plain yogurt. bukan minuman yogurt)
- kiub ais secukup sejuk.

Cencara nk buat:
Oh....sgt senang
1. Amik pengisar (xtau pengisar? blender tau x? huah3x. make sure bukan blender kisar cili), masukkan oren jus yg sejuk, air soya, tofu, madu, ulas oren, yogurt dan kuib ais.
2. tekan butang kisar selama 30 saat.
3. pastu, tuang dlm gelas

pastu boleh la minum...

Selamat Mencuba

kesan blog walking

salam,
hahaha..
setelah sekian lama asyik dok blog walking jer...akhirnyer terjebak jugak dgn blog. ;)
kepada blogger2 yg dh lama ber blog...
sila menjadi sifu saya. 
terima kasih.