Snap shoot

Snap shoot

Thursday, June 30, 2011

Pertama kali....

Entri khas untuk CEO Celcom.

Tuan CEO,

Selamat sejahtera buat Tuan CEO. Saya merupakan salah seorang pengguna post-paid Celcom sejak 1 tahun lebih yang lalu. tujuan saya menulis surat ini adalah untuk memberitahu Tuan sekaligus membuat aduan berkenaan dengan perkhidmatan yang pihak Tuan tawarkan.

Begini ceritanya....

Saya memdapat bil post-paid Celcom saya untuk bulan Jun pada 30/6/11. bila saya buka surat tersebut dan saya tengok pada total amount due, ianya berjumlah RM100++. Saya agak terkejut kerana saya tidak pernah lupa untuk membayar bil Celcom saya. (kalau saya tak bayar nanti, kena bar. susahlah nak berhubung dengan  Encik Tunang)

Sebelum saya terlupa, saya dan Encik Tunang menggunakan pakej 1+5 Celcom dan saya disenaraikan sebagai subline.

Apabila saya buat semakan dengan Encik Tunang, beliau mengatakan penyata bil saya yang berada dalam simpanannya benilai RM -80++. bermakna, saya sudah terlebih bayar kepada pihak Tuan. Dan bila Encik Tunang buat pengesahan dengan pihak Celcom, pihak Celcom kata, saya tak perlu bayar sebab dah bayar lebih.

Kemudian, saya telefon pihak customer service Tuan dan saya bertanyakan mengenai bil saya yg bernilai RM100++ tersebut. Jawapan yang diberikan kepada saya ialah 'Cik tak bayar 2 bil iaitu bulan April & May'. DAN SESUNGGUHNYA, SAYA AMAT TERKEJUT KERANA SAYA TELAH MEMBUAT PEMBAYARAN BIL UNTUK BULAN MAY PADA 10 MAY 2011(untuk bil April) DAN 6 JUN 2011 (utk bil May)!!!...saya buat pembayaran di mesin kiosk TM. Saya berikan sekali nombor transaksi tersebut. Staff Tuan kata 'tiada pembayaran dibuat' dan staff Tuan kata, 'kalau cik dah bayar, cik fax kan bukti pembayaran ke nombor XXXXXXXX. Esok juga saya akan fax kan bukti pembayaran saya ke pihak Tuan.

Tuan CEO,

Sebagai salah seorang pengguna Celcom, saya amat berharap pihak Tuan dapat meningkatkan sistem perkhidmatan Celcom. Kemaskinikan data secepat mungkin. Lihatlah apa yg telah berlaku. saya dah bayar bil pada 10 May 2011 dan 6 Jun 2011. Sehingga tarikh 30 Jun 2011, pembayaran saya tidak ada dalam senarai di pihak Tuan. System down or system error ni Tuan? bukan setakat Celcom jer...Maxis dan Digi pun sama juga.

Sekian.

Wednesday, June 15, 2011

[Segmen] ~ Bahagiakah aku?

Lama tak join segmen. ni segmen kedua yang aku join. nampak kat blog makbed. hihi...

Segmennya berbunyi ~

BAHAGIAKAH aku?


sebelum aku teruskan tulisan aku ni, nak minta maaf awal-awal kalau patah perkataan aku ni tak sampai 200 patah perkataan. hihi...tuan punya segmen nak 200 patah perkataan. aku tak reti nak tulis panjang-panjang. masa sekolah dulu sampai la jugak 200 patah perkataan. sekarang ni dah jadi tak reti pulak. hihihi...kerja pun ayat straight forward jer. tak de ayat-ayat bengkak bengkok ni. AMPUN yer...

oklah...back to the story. since tuan punya segmen minta tulis BAHAGIA dalam erti kata AKU dan disebabkan aku ni tak reti nak tulis panjang-panjang, aku bagi yang simple je la yer...

BAHAGIAKAH aku? = SUBJEKTIF

SUBJEKTIF camner?

pernah tak korang tanya kawan-kawan atau sesape jela, apa maksud BAHAGIA pada mereka? kalau ada, jawapan yang diberi mesti banyakkan? ada yang jawab ~

BAHAGIA = banyak duit
BAHAGIA = sihat selalu
BAHAGIA = bila orang sayang kita
BAHAGIA = kita dapat apa yang kita nak..
dan sebagainya

BANYAKKAN..... (aku senaraikan 4 je. lebih dari satu..kira banyaklah tu. hihihi...)

 haaaa...tu sebab aku ckp BAHAGIA = SUBJEKTIF.

sama jugak macam CANTIK dan SEKSI. itu pun SUBJEKTIF jugak. jawapan boleh jadi macam-macam. ada yang kata ~

CANTIK = hidung mancung
CANTIK = brutal
CANTIK = pakai baju kurung
dan sebagainya

SEKSI = bertudung
SEKSI = pakai baju ketat
SEKSI = cara jalan
SEKSI = cara makan
dan sebagainya

terpulang pada individu, macam mana penilaian mereka tentang BAHAGIA.

alamak! banyaklah pulak aku tulis. hihihi...idea datang mencurah-curah

p/s: tuan segmen, sampai tak 200 patah perkataan? ;)

Tuesday, June 14, 2011

PUNCA & PENYEBAB.....RENUNG2KAN LAH....

Dapat kat email and nak share dengan kawan-kawan semua


Ikhlas berzina

Seorang remaja yang menamakan dirinya Yang Ikhlas telah menghantar satu surat kepada Dr Danial Zainal Abidin baru-baru ini. Antara isi surat itu ialah:
Dr. Danial yang dihormati.
Saya telah bercinta dengan seorang wanita. Demi cinta kami telah berzina. Tetapi saya tidak rasa bersalah sebab saya ikhlas dengannya. Saya hendak mengambilnya sebagai isteri saya. Saya tidak bertujuan untuk mempermainkannya. Rakan-rakan saya mengatakan tindakan saya adalah gentleman. Tetapi saya telah dimarahi oleh orang-orang tua saya. Saya rasa mereka berotak kolot. Apakah pandangan dan nasihat tuan.
Jawapan Dr. Danial Zainal Abidin: 
Yang Ikhlas yang dihormati. Saya bersyukur tentang keikhlasan saudara dan saya berharap itulah asas perbincangan kita. Dengan keikhlasan itu jugalah saya menulis jawapan ini kepada saudara.
Dunia pada hari ini sedang dilanda krisis. Satu di antaranya ialah krisis nilai. Krisis nilai inilah yang menjadi sebab keruntuhan Empayar Rom. Edward Gibbon dalam bukunya The History of Decline and Fall of the Roman Empire telah menulis bahawa: Segala dasar-dasar akhlak dan moral di Rom telah runtuh sehingga ramai orang memilih jalan untuk hidup bebas.....Di akhir abad keenam, Kerajaan Romawi Timur sedang berada di ambang keruntuhan yang paling dahsyat sekali!
Nabi datang untuk selamatkan kita dari kehancuran yang seperti itu. Nabi bersabda, Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. (Hadis riwayat Ahmad & Baihaqi) 
Nilai akhlak inilah yang merupakan landasan dan kayu pengukur yang penting bagi kita. Akhlak tidak menghalang kehendak-kehendak fitrah. Ia mencantikkannya. Sebagai contoh, Islam tidak pernah menyuruh kita menutup nafsu seks, sebaliknya menyalurkannya kepada suatu yang murni, selamat dan mendamaikan. Perkahwinan adalah salurannya.
Alangkah indahnya firman Allah yang bermaksud:
Isterimu adalah ladang bagimu maka datangilah isterimu dengan cara mana yang kamu mahu! (Surah Al-Baqarah ayat 223) Dalam bahasa mudah, selepas berkahwin, puaskanlah nafsumu dengan isterimu sesuka hatimu, melainkan dengan cara yang jelas telah diharamkan kerana kemudaratannya.
Saya harus mengatakan bahawa nilai pada hari ini banyak diasaskan kepada konsep Machiavellianisme yang dipopularkan oleh seorang pemikir dari Florence, Italy yang bernama Niccolo Machiavelli. Machiavelli, dalam bukunya The Prince telah menekankan konsep the end justifies the means ataupun niat membersihkan cara. Asalkan niat kita baik, berzinalah, menipulah, khianatilah, menyamunlah dan begitulah seterusnya. Semua adalah halal bagi Machiavelli.
Laporan akhbar 6 Ogos 1999 juga ada perkaitan dengan krisis nilai ini apabila seorang tokoh koporat berpangkat Datuk, telah menceritakan di mahkamah tentang hubungan seksnya dengan seorang pembaca berita RTM. Beliau mengatakan bahawa niatnya adalah suci kerana bertujuan untuk mengahwininya. Itulah nilai yang sedang melanda dunia sekarang: Seks adalah suci walaupun tanpa perkahwinan!
Memang ada yang mengatakan bahawa pergaulan dan seks bebas ini adalah lambang kemajuan dan kemodenan. Nilai agama dan akhlak adalah kolot. Jika demikian, mari kita perhatikan hasil dan sumbangan seks bebas kepada dunia.
Seks bebas telah berjaya merebakkan penyakit AIDS, contohnya di Thailand, sehinggakan akhbar Der Spiegel pernah menjadikan tajuk AIDS in Asia - Killer Epidemic in Sex Paradise (AIDS di Asia - Wabak Pembunuh di Syurga Seks), sebagai tajuk muka depannya.
Di California, hampir 61,000 bayi luar nikah dilahirkan pada tahun 1997. Kajian oleh Jabatan Perkhidmatan Kesihatan dan Kemanusiaan Amerika mendapati bahawa anak-anak luar nikah ini mempunyai lebih daripada dua kali ganda kemungkinan diserangi masalah emosi di dalam hidup mereka, berbanding dengan anak-anak lain (Rujukan: California Teenage Pregnancy Statistics).
Kita di Malaysia juga telah dimalukan dengan penonjolan kes pembuangan bayi luar nikah di kalangan remaja-remaja kita. Semua ini bukanlah sumbangan yang membanggakan bagi dunia moden.
Islam menekankan bahawa niat dan cara perlu betul. Niat kena ikhlas, cara kena mengikut syariat. Syariat mengharamkan zina. Nabi kita bersabda, Selepas dosa syirik kepada Allah, tidak ada dosa yang lebih besar daripada seseorang meletakkan air maninya ke faraj yang tidak halal baginya! (Hadis riwayat Ahmad & Thabrani) 
Saya berharap saudara Yang Ikhlas akan kembali ke jalan yang murni berdasarkan agama. Seks bebas dan keruntuhan moral bukannya lambang kemajuan sebaliknya lambang kemunduran dan kehancuran.
Kaum Lut hancur kerananya. Kota Pompei hancur kerananya. Empayar Rom juga hancur kerananya. Justeru, kembalilah ke pangkal jalan. 
DIRIWAYATKAN OLEH IBNUL JAUZI BAHAWA :"SESUNGGUHNYA NERAKA JAHANAM MEMILIKI TUJUH BUAH PINTU. YANG PALING MENAKUTKAN, PALING PANAS DAN PALING BUSUK BAUNYA ADALAH PINTU YANG DIPERUNTUKKAN KEPADA PARA PENZINA YANG MELAKUKAN PERBUATAN TERSEBUT SETELAH MENGETAHUI HUKUMNYA." 
By: Muhammad Syaiful Azlan & Mahabbah Saputra

Ya Allah, ampunkan dosa-dosaku, dosa ibu dan ayahku, dosa adik-adikku dan dosa saudara-saudara seislamku. kekalkan kami dalam imanMu, matikan kami dalam imanMu...

Low amniotic fluid (oligohydramnios)

Entry untuk Makbed

Bersempena menghitung hari. hihi..

Semalam baca latest entry yg Makbed tulis. huhu..Makbed admitted sebab air ketuban kurang. moga-moga semuanya selamat.

hari ni, datang idea nak tulis berkenaan kekurangan air ketuban semasa mengandung. dapat maklumat kat SINI


Apa itu air ketuban?
Air ketuban adalah cecair yang terdapat di sekeliling bayi anda yang sedang membesar dan memainkan beberapa peranan penting semasa tempoh mengandung:
  • bertindak seperti kusyen yang melindungi bayi anda daripada trauma (cth: ibu jatuh terduduk. air ketuban ni menyerap hentakan tersebut. maka bayi dalam kandungan dilindungi dan insyaAllah selamat. kalau lepas jatuh bleeding, terus pergi hospital. jangan tunggu lama-lama)
  • menghalang tali pusat memberi tekanan dan seterusnya mengurangkan bekalan oksigen pada bayi anda.
  • memastikan suhu yang bersesuai dalam rahim untuk bayi anda.
  • melindungi bayi daripada jangkitan.
  • memberi ruang kepada bayi anda untuk bergerak dengan aktifnya dan membantu membina tulang dan otot bayi.
  • membantu perkembangan sistem penghadaman dan pernafasan bayi kerana bayi menghadamkan dan bernafas daripada paru-parunya.

Daripada mana datangnya air ketuban?

pada peringkat awal trimester kedua, bayi anda akan mula minum cecair dan akan dikumuh pada buah pinggang bayi dan akan dikeluarkan, di mana urin tersebut akan diminum semula oleh bayi. proses tersebut akan berkitar untuk beberapa jam. (Yes, this means that most of the fluid is eventually your baby's urine!)
Bagaimana nak tahu sekiranya air ketuban berkurangan?
Ultrasound akan dilakukan untuk mengukur saiz air ketuban ibu. saiz yang normal untuk ibu yang berada pada trimester ketiga adalah antara 5 dan 25 sentimeter. saiz yang kurang daripada 5 sentimeter dikira rendah atau kurang. 
Selain daripada itu,ibu akan disyaki mengalami kekurangan air ketuban sekiranya pergerakan bayi berkurangan atau tidak aktif. Doktor jugak akan bertanya mengenai sejarah ibu sekiranya bayi yang sebelum ini mengalami pertumbuhan yang terbantut, ibu pernah mengalami tekanan darah tinggi, diabetes, preeclampsia atau pun due date sudah lebih. 

Apakah punca kepada masalah ini?

kebanyakan pakar tidak tahu punca kepada kekurangan air ketuban. ia biasanya berlaku pada trimester ketiga terutamanya jika tarikh due date sudah lebih. ada beberapa punca biasa yang menyebabkan kurang air ketuban:


Koyakan pada dinding air ketuban
koyakan kecil pada dinding air ketuban menyebabkab cecair ketuban keluar. Ia boleh berlaku pada mana-mana trimester, tetapi kebanyakannya terjadi apabila menghampiri tempoh bersalin.


koyakan ini meningkatkan risiko jangkitan pada ibu dan bayi kerana koyakan ini memberi laluan kepada bakteria untuk masuk ke kawasan air ketuban. Kebiasaannya, koyakan ini ada sembuh sendiri dan paras air ketuban akan kembali normal.


Masalah placenta
masalah pada placenta seperti partial abruption, menyebabkan bekalan darah dan nutrien berkurangan pada bayi anda dan menyebabkan bayi berhenti mengitar semula cecair.


Keadaan kesihatan
Seperti yang dinyatakan, beberapa keadaan seperti tekanan darah tinggi, preeclampsia, diabetes dan lupus boleh menyebabakan kekurangan air ketuban.


Mengandung kembar dua atau lebih
ibu mempunyai risiko yang tinggi untuk kekurangan air ketuban jika mengandung kembar dua atau lebih. keadaan ini berlaku akibat sindrom peralihan cecair kembar kepada kembar di mana, seorang kembar membentuk air ketuban yang kurang dan seorang lagi membentuk air ketuban yang banyak


Ketidaknormalam fetus
Sekiranya ibu didapati mempunyai air ketuban yang kurang semasa trimester pertama dan kedua, berkemungkinan bayi ada mengalami masalah. sekiranya buah pinggang bayi tiada atau tidak terbentuk dengan sempurna(Potter's syndrome) atau saluran urin bayi tersumbat, bayi tidak dapat membentu urin yang cukup untuk memastikan air ketuban berada pada paras yang normal. kegagalan jantung juga bole menyebabkan masalah ini. 

Apa yang akan berlaku sekiranya ibu didiagnos dengan kekurangan air ketuban?

Sekiranya ibu mengalami kekurangan air ketuban, doktor akan memeriksa bayi dengan lebih berkala untuk memastikan perkembangan bayi yang sempurna.


Sekiranya ibu menghampiri tempoh bersalin, ibu akan di induce. dalam sesetengah kes, ibu akan dinasihatkan untuk bersalin awal - cthnya jika ibu mengalami preeclampsia


bayi anda akan diperiksa lebih teliti dengan melakukan ultrasound yang lebih kerap. ibu akan diminta untuk minum air yg banyak, melakukan pengiraan tendangan bayi dan segera maklumkan kepada doktor sekiranya ibu mengesan pergerakan bayi semakin kurang aktif.


kekurangan air ketuban meningkatkan risiko komplikasi semasa bersalin. apabila paras air ketuban rendah, pergerakan bayi ataupun contraction ibu menekan tali pusat.


Pembedahan akan dilakukan sekiranya doktor atau bidan mendapati proses kelahiran yang normal membahayakan bayi anda. 

makbed, start counting tendangan bayi. hihihi....

Sunday, June 12, 2011

Gigi oh gigi

Assalamualaikum...

Huhuk...

kesakitan kegigian kemelandaan...

dah 2 hari aku sakit gigi. lepas makan nasi goreng yang ibu masak, tetiba gigi aku sakit. ingatkan sebab ada cebisan or tulang ikan bilis melekat kat gigi geraham yang bongsu tu. bergelas-gelas air aku telan...berliter-liter air aku kumur, tak jugak hilang sakitnyer.

bila tengok kat cermin, hadoiiiiiiiiiiiiiiii.............gusi sudah bengkak. gigi geraham bongsu tu macam tertolak ke tepi. SAKIT!!! sampai sakit kepala.....

before sakit gigi ni, seminggu lebih kawasan mulut belah kiri ni sakit. asal aku buka mulut and nak kunyah makanan, sakit kat area pipi tu. aku ingatkan sebab muscle pipi penat *adokah ayat begitu? hahahah...
rupa-rupanya nak dapat sakit gigi. huhuk...terima jela..gigi geraham bongsu tu nak meningkatkan dirinya...

bila sakit macam ni, aku cari minyak geliga. petua ni, nenek yang ajar. nenek cakap, bila sakit gigi, sapu minyak geliga kat tempat yang sakit tu. insyaAllah surut sikit rasa sakitnya.

dah sapu minyak geliga kat tempat yang sakit dan sakit pun dah berkurangan. sakit kepala pun dah kurang jugak...

Friday, June 10, 2011

Makan dan buang....

Assalamualaikum....

hohoho...tajuk tak hingat! macam tajuk lagu Stacy jer...Pakai Buang.

ok!

back to the real story.

dalam sehari, korang mesti ada terfikirkan berapa banyak dah korang makan dalam sehari. tapi, pernah tak korang terfikir, berapa banyak pulak makanan yang telah dibuang? *ni bukan bahan buangan yer. ngeeee

makanan yang dibuang ni bermaksud, makanan yang tak habis dimakan atau makanan yang langsung tak dimakan atau yang telah basi. pernah tak korang terfikir berapa banyak makanan yang telah kita buangkan dalam sehari? mesti tak pernahkan....

baca artikel ni pulak.


930 tonnes of food being thrown away every day

KUALA LUMPUR: Malaysians can afford to eat less because they are either overeating or wasting food, throwing away up to 930 tonnes of unconsumed food daily, say experts.This is equivalent to us throwing away 93,000 10kg bags of rice each day.The experts warn that people must change or adapt their eating habits in the light of rising prices and a looming food shortage, adding that the country was already experiencing a food crisis.Universiti Malaya Prof Dr P. Agamuthu said wastage was a growing trend, adding that almost 50% of the 31,000 tonnes of waste produced daily by Malaysians comprised organic kitchen waste such as leftover food.“Malaysians discard about 930 tonnes of unconsumed food daily. Wastage of unconsumed food alone in Malaysia has doubled over the past three years. This does not even include leftover food,” he said, adding that the unconsumed waste mostly consisted of expired bread, eggs and old or rotten fruit.Dr Agamuthu, who specialises in solid and hazardous waste management, said Malaysia was close to developed country status in terms of waste generated compared to developing nations like India and Bangladesh, which had almost zero unconsumed food.He said food wastage was higher in urban areas due to the difference in income levels over rural areas.Nutrition Society of Malaysia president Dr Tee Ee Siong said many Malaysians tended to overeat, usually taking more food than they should.He said it was a common sight to see Malaysians pile too much food on their plates, especially during meals at restaurants and buffets.“It could be because they don't want the hassle of going back for a second helping or they are worried that the food will finish before they can return.“When we have too much food on our plates, we tend to overeat,” he said, adding that overeating was also the main reason for obesity among Malaysians.According to Health Ministry statistics, 30% of Malaysians are obese while another 30% are overweight.Dr Tee said those preparing food in households should be more accurate in their estimations on how much they needed to cook to avoid wastage.“Parents need to be more sensitive about the wastage of food and teach their children by example,” he said.Marditech Corporation Sdn Bhd group CEO Anas Ahmad Nasarudin said non-alcoholic foodstuff had registered an average of 4.7% increase in prices from last year.He said an investigation by the body showed that the price of meat had increased by 7.6%, milk and eggs by 7.9%, vegetables by 11.4%, jam and sweetened products by 10.9%, fruits by 6.8% and fish by 3.8%.Marditech consultant Ahmad Zamzam Mohamed said the country was already in a food crisis and Malaysians would have to change their eating habits to lessen its impact.“The Government has been shielding Malaysians from the real impact of the crisis with various subsidies,” he said, adding that they would soon face reality as subsidies were slowly removed.“We should learn to eat accordingly and not over-indulge,” he said during a press conference on the 7th Malaysia International Agro-Bio Business Conference here yesterday.
The two-day conference, which will gather experts to discuss the challenges of the emerging global food crisis, begins on July 13.

Sumber: The Star 


Malaysians can afford to eat less because they are either overeating or wasting food, throwing away up to 930 tonnes of unconsumed food dailyequivalent to us throwing away 93,000 10kg bags of rice each day. 
betapa banyaknyer kita buang makanan sehari. kita mewah dengan makanan. cuba fikirkan tentang mereka yang tidak dapat makan dengan secukupnya.

many Malaysians tended to overeat, usually taking more food than they should, overeating was also the main reason for obesity among Malaysians.
overeating = overweight / obese. sekaligus meningkatkan risiko mendapat penyakit yang merbahaya.

Makanan boleh membawa kebaikan dan jugak boleh membawa keburukan. makanan dalam kuantiti yang sederhana dan bersenam. makan memberi tenaga kepada kita. namun, kalau kita tidak aktif, makanan tersebut akan bertukar menjadi lemak dan terkumpul dalam badan sekaligus meningkatkan berat badan.


Wednesday, June 1, 2011

Wuduk

Assalamualaikum...

Dari petang semalam, idea nak tulis pasal wuduk ni sudah mari. ingat nak post malam semalam. tapi, Vitamin M lebih sangat-sangat malam tadi. last-last terbiar jer idea macam tu. pagi ni, Vitamin R baru datang. hihihi...

Kenapa aku nak tulis pasal wuduk ni? aku teringat masa aku kerja kat tempat lama dulu, ada sorang kawan aku ni (aku panggil A) tegur sorang lagi kawan aku (yang ni B) pasal wuduk sebab B ni tidur ngiring sementara nak tunggu solat asar. kebetulan turun ke surau awal, dia ambil wuduk dulu. sambil-sambil tu, dia baring ngiring dan tidur. bila dan azan tu, A kejutkan la B. A pesan gini

azan dah masuk, g amik wuduk. wuduk ko dah batal tadi.

B ni, muka dah kerut-kerut. A dah faham kenapa B kerut-kerut muka. tak puas hati la tu..hihi..A cakap lg

ko tido ngiring tadi. punggung ko dah tak tetap kedudukan.

aku yang dengar ni, dalam hati terus istighfar...istighfar sebab apa? sebab terlupa pasal perkara yang membatalkan wuduk. bukan setakat keluar angin jer..ada lagi beberapa perkara yang boleh membatalkan wuduk.

so, aku nak kongsi dengan kamu-kamu semua berkenaan wuduk





Wuduk @ Uduk (Mengambil air sembahyang)







Untuk menunaikan sembahyang, diwajibkan kita berwuduk (mengambil air sembahyang atau mengangkat hadas kecil) terlebih dahulu.








Hadis riwayat Abu Hurairah ra.:
Dari Rasulullah saw. beliau bersabda: "Sembahyang salah seorang di antara kalian tidak akan diterima apabila ia berhadas hingga ia berwuduk".








Jika kita tidak berwuduk adalah haram hukumnya, begitu juga jika kita ingin melakukan:-







  • 1. Sembahyang-sembahyang sunat.
  • 2. Thawaf di Baitullah.
  • 3. Menyembahyangkan mayat.
  • 4. Sujud tilawah atau sujud syukur.
  • 5. Memegang (menyentuh/membawa) Al-Quran, tetapi dibolehkan, diharuskan menyentuh/membawa/memegang jika kandungan isi Al-Quran itu lebih banyak tafsiran dari isi ayat Al-Quran.


Syarat-syarat Wuduk







Syarat sah Wuduk itu ada enam:-
  • 1. Orang Islam (orang bukan Islam tidak wajib berwuduk)
  • 2. Mumayiz, iaitu telah dapat membezakan yang baik dengan yang buruk sesuatu pekerjaan, yakni yang telah berusia 9 tahun.
  • 3. Air mutlak (air yang suci lagi menyucikan).
  • 4. Bersih dari Haidh, Nifas dan Junub atau dalam Hadas Besar.
  • 5. Jangan ada pada anggota kita sesuatu benda yang dengannya, sebabnya tidak sampai air ke kulit/rambut/kuku seperti cat, lilin, getah, tatoo di kulit, pewarna rambut, pewarna kuku, gincu bibir, eyeshadow dsb.
  • 6. Mengetahui dan dapat membezakan mana yang fardhu dan sunat.





Rukun-rukun Wuduk







Rukun wuduk itu ada enam perkara:-



BERSIHKAN KEDUA-DUA BELAH TANGAN
BERKUMUR & BERSIHKAN HIDUNG




 
1. NIAT, iaitu diniatkan di dalam hati untuk mengerjakan wuduk, bacalah diwaktu mula hendak membasuh muka:-
"Nawaitu rafa'al hadathil asghari Lillahi Ta'ala" ertinya "Sahaja Aku mengangkat hadath kecil kerana Allah Ta'ala" atau "Nawaitu Udu'a Lillahi Ta'ala" bermaksud "Sahaja aku mengangkat wuduk fardu kerana Allah Ta'ala". Sebelum berniat berkumur dan bersihkanlah hidung tangan dan kaki serta mulakanlah dengan membaca "Bismillah hirrahman nirrahim" dan niat.




 
2. MEMBASUH MUKA, mengalikan air serta meratakannya keseluruh muka yang dibasuh itu, dari dahi sampai ke dagu (jika ada janggut hendaklah diratakan seluruhnya) dan dari telinga kanan hingga ke telinga kiri - 3 Kali.
 
3. MEMBASUH KEDUA TANGAN HINGGA DUA SIKU, dimulai dari siku hingga sampai kedua hujung jari. Mulakan dari tangan kanan dahulu diikuti tangan kiri, lakukan sebanyak - 3 Kali.
 
4. MENYAPU AIR KE KEPALA, merata menyapu kepala dengan air sekurang-kurangnya tiga helai rambut dan yang lebih baik ialah menyapu seluruh kepala. - 3 Kali.
 
5. MEMBASUH KEDUA KAKI, mengalir dan ratakan air kepada dua kaki serta celah-celah jari kaki tumit hingga bukulali atau matakaki, mulakan sebelah kanan dahulu. - 3 Kali.
 
6. TERTIB, mengikut urutan atau turutan yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan.
 
Selesai mangangkat Wuduk hendaklah membaca Doa Selepas Wuduk





Sunat-sunat Wuduk







Perkara-perkara yang disunatkan ketika berwuduk:-
  • 1. Menghadap ke arah Kiblat.
  • 2. Menbaca "Auuzubillah himinasyaitonirrajim" dan "Bismillah hirrahman nirrahim".
  • 3. Membasuh kedua telapak tangan hingga kepergelangan tangan sebelum berwuduk.
  • 4. Berkumur atau bersugi.
  • 5. Memasukkan sedikit air ke dalam hidung untuk membersihkannya dan mengeluarkannya kembali.
  • 6. Menyapu air ke kepala.
  • 7. Memusing-musingkan cincin jika ada di jari.
  • 8. Menjelai-jelai janggut atau misai dengan air sehingga rata.
  • 9. Menjelai jari-jari tangan dan kaki.
  • 10. Mendahulukan basuhan anggota kanan daripada yang kiri.
  • 11. Mengulang 3 Kali setiap basuhan.
  • 12. Jangan meminta bantuan orang lain seperti tolong menuangkan air sewaktu berwuduk.
  • 13. Jangan mengelap atau mengeringkan anggota wuduk dengan kain atau sebagainya.
  • 14. Elakkan percikkan air jangan sampai jatuh semula ke bekas atau ketimba.
  • 15. Berjimat ketika menggunakan air.
  • 16. Jangan berkata-kata atau bersembang ketika mengerjakan wuduk.
  • 17. Membaca Doa Selepas Wuduksetelah selesai berwuduk.





Perkara yang membatalkan wuduk.







Enam perkara membatalkan wuduk:-
  • 1. Keluar sesuatu dari salah satu dua jalan (kubul atau dubur)seperti kencing, najis, angin, mazi, nanah, darah atau mani dan sebagainya.
  • 2. Tidur yang tidak tetap, kecuali terlena sebentar ketika sedang duduk.
  • 3. Hilang akal disebabkan mabuk, pengsan, gila, sawan, pitam dan sebagainya.
  • 4. Menyentuh kemaluan manusia atau dubur dengan telapak tangan atau perut jari kecil atau besar hidup ataupun mati.
  • 5. Bersentuh kulit antara lelaki dengan perempuan dengan tidak berlapik kecuali muhrimnya (keluarga yang tidak boleh dikahwini antara keduanya seperti Ayah, Ibu, anak, nenek, cucu, saudara sesusu, mertua, menantu dan lain-lainnya).
  • 6. Murtad.





Perkara yang sunat untuk berwuduk.
  • 1. Sehabis keluar darah dari hidung.
  • 2. Sesudah mengantuk.
  • 3. Hendak berjalan jauh.
  • 4. Sehabis ketawa berbahak-bahak.
  • 5. Ragu-ragu dalam berwuduk.
  • 6. Sehabis berkelahi, mengumpat, memaki, mencaci,mengadu domba, marah atau mengeluarkan kata-kata kotor.
  • 7. Kerana hendak tidur siang ataupun malam.
  • 8. Kerana hendak membaca ayat-ayat Al-Quran, Hadith atau Zikrullah.
  • 9. Kerana hendak Iktikaf di dalam masjid.
  • 10. Hendak bertabligh, pidato atau mengajarkan ilmu agama.
  • 11. Ziarah ke kubur.
  • 12. Memegang atau memikul mayat.
  • 13. Jika dalam keadaan marah.
kalau ada kawan-kawan yang lebih arif pasal ni, boleh share maklumat. Ilmu tak kan pernah habis untuk dituntut bersama