Snap shoot

Snap shoot

Tuesday, June 14, 2011

Low amniotic fluid (oligohydramnios)

Entry untuk Makbed

Bersempena menghitung hari. hihi..

Semalam baca latest entry yg Makbed tulis. huhu..Makbed admitted sebab air ketuban kurang. moga-moga semuanya selamat.

hari ni, datang idea nak tulis berkenaan kekurangan air ketuban semasa mengandung. dapat maklumat kat SINI


Apa itu air ketuban?
Air ketuban adalah cecair yang terdapat di sekeliling bayi anda yang sedang membesar dan memainkan beberapa peranan penting semasa tempoh mengandung:
  • bertindak seperti kusyen yang melindungi bayi anda daripada trauma (cth: ibu jatuh terduduk. air ketuban ni menyerap hentakan tersebut. maka bayi dalam kandungan dilindungi dan insyaAllah selamat. kalau lepas jatuh bleeding, terus pergi hospital. jangan tunggu lama-lama)
  • menghalang tali pusat memberi tekanan dan seterusnya mengurangkan bekalan oksigen pada bayi anda.
  • memastikan suhu yang bersesuai dalam rahim untuk bayi anda.
  • melindungi bayi daripada jangkitan.
  • memberi ruang kepada bayi anda untuk bergerak dengan aktifnya dan membantu membina tulang dan otot bayi.
  • membantu perkembangan sistem penghadaman dan pernafasan bayi kerana bayi menghadamkan dan bernafas daripada paru-parunya.

Daripada mana datangnya air ketuban?

pada peringkat awal trimester kedua, bayi anda akan mula minum cecair dan akan dikumuh pada buah pinggang bayi dan akan dikeluarkan, di mana urin tersebut akan diminum semula oleh bayi. proses tersebut akan berkitar untuk beberapa jam. (Yes, this means that most of the fluid is eventually your baby's urine!)
Bagaimana nak tahu sekiranya air ketuban berkurangan?
Ultrasound akan dilakukan untuk mengukur saiz air ketuban ibu. saiz yang normal untuk ibu yang berada pada trimester ketiga adalah antara 5 dan 25 sentimeter. saiz yang kurang daripada 5 sentimeter dikira rendah atau kurang. 
Selain daripada itu,ibu akan disyaki mengalami kekurangan air ketuban sekiranya pergerakan bayi berkurangan atau tidak aktif. Doktor jugak akan bertanya mengenai sejarah ibu sekiranya bayi yang sebelum ini mengalami pertumbuhan yang terbantut, ibu pernah mengalami tekanan darah tinggi, diabetes, preeclampsia atau pun due date sudah lebih. 

Apakah punca kepada masalah ini?

kebanyakan pakar tidak tahu punca kepada kekurangan air ketuban. ia biasanya berlaku pada trimester ketiga terutamanya jika tarikh due date sudah lebih. ada beberapa punca biasa yang menyebabkan kurang air ketuban:


Koyakan pada dinding air ketuban
koyakan kecil pada dinding air ketuban menyebabkab cecair ketuban keluar. Ia boleh berlaku pada mana-mana trimester, tetapi kebanyakannya terjadi apabila menghampiri tempoh bersalin.


koyakan ini meningkatkan risiko jangkitan pada ibu dan bayi kerana koyakan ini memberi laluan kepada bakteria untuk masuk ke kawasan air ketuban. Kebiasaannya, koyakan ini ada sembuh sendiri dan paras air ketuban akan kembali normal.


Masalah placenta
masalah pada placenta seperti partial abruption, menyebabkan bekalan darah dan nutrien berkurangan pada bayi anda dan menyebabkan bayi berhenti mengitar semula cecair.


Keadaan kesihatan
Seperti yang dinyatakan, beberapa keadaan seperti tekanan darah tinggi, preeclampsia, diabetes dan lupus boleh menyebabakan kekurangan air ketuban.


Mengandung kembar dua atau lebih
ibu mempunyai risiko yang tinggi untuk kekurangan air ketuban jika mengandung kembar dua atau lebih. keadaan ini berlaku akibat sindrom peralihan cecair kembar kepada kembar di mana, seorang kembar membentuk air ketuban yang kurang dan seorang lagi membentuk air ketuban yang banyak


Ketidaknormalam fetus
Sekiranya ibu didapati mempunyai air ketuban yang kurang semasa trimester pertama dan kedua, berkemungkinan bayi ada mengalami masalah. sekiranya buah pinggang bayi tiada atau tidak terbentuk dengan sempurna(Potter's syndrome) atau saluran urin bayi tersumbat, bayi tidak dapat membentu urin yang cukup untuk memastikan air ketuban berada pada paras yang normal. kegagalan jantung juga bole menyebabkan masalah ini. 

Apa yang akan berlaku sekiranya ibu didiagnos dengan kekurangan air ketuban?

Sekiranya ibu mengalami kekurangan air ketuban, doktor akan memeriksa bayi dengan lebih berkala untuk memastikan perkembangan bayi yang sempurna.


Sekiranya ibu menghampiri tempoh bersalin, ibu akan di induce. dalam sesetengah kes, ibu akan dinasihatkan untuk bersalin awal - cthnya jika ibu mengalami preeclampsia


bayi anda akan diperiksa lebih teliti dengan melakukan ultrasound yang lebih kerap. ibu akan diminta untuk minum air yg banyak, melakukan pengiraan tendangan bayi dan segera maklumkan kepada doktor sekiranya ibu mengesan pergerakan bayi semakin kurang aktif.


kekurangan air ketuban meningkatkan risiko komplikasi semasa bersalin. apabila paras air ketuban rendah, pergerakan bayi ataupun contraction ibu menekan tali pusat.


Pembedahan akan dilakukan sekiranya doktor atau bidan mendapati proses kelahiran yang normal membahayakan bayi anda. 

makbed, start counting tendangan bayi. hihihi....

2 comments:

  1. Yer sya bersalin awal sbb kes olligo neh, tp sya xbrsalin normal coz dpt pilihan untuk ceaser..hihihi... tp baby sya skrg alhamdulillah, chat dan mmbesar dgn baik...

    ReplyDelete
  2. AST ~ Alhamdulillah..moga baby AST sihat sentiasa dan menjadi anak yang baik..

    ReplyDelete