Snap shoot

Snap shoot

Wednesday, September 14, 2011

Betulkan Ucapanmu


JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM" ketika SMS
• JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM"
بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَم...ُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??
Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".
Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (Surah az-Zukhruf ayat 89)

baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH WABARAKATUH...
Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.
Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz“Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”
dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”
Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,
saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.
Jawab salam yang betul ialah ;
WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;
“WAALAI KUM SALAM”
Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata
Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…
Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”
Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.
Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!
Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan“A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.
Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform“A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.
Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.
Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

* Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”
* Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.
* Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan “ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.”

ehsan: email

Tuesday, September 13, 2011

Ter addicted


Addicted dengan lagu ni...gara-gara ter tengok P.Ramlee The Musical kat Astro *alamak!lupa lak Astro Prima or Ceria. masa tengok tu, Liza Hanim yang nyanyi. yg ni, Dato' Siti yang nyanyi. Suka dengan lirik lagu yang sangat mendalam maksudnya...

Istana Cinta

Dalam cinta ku bina istana
Kau sentuh runtuh jadi pusara
Cahya hidupku jadi gerhana
Bisa jiwa menanggung derita

Ku semai benih kasih sejati
Ku pupuk dengan baja nan asli
Kenapa kau siram racun yang pedih
Ku tuai kini hanya rasa nan sedih

Ku impikan istana janjimu
Ku hias cantik dalam angan-angan
Sebab bencana datang menganggu
Kini hancur musnah istana impian

Sunday, September 11, 2011

Selamat Tinggal

Sob..sob....

sedey..sedey....

sayu..sayu...

Huhuk...

Dia banyak berjasa pada diri aku sejak tahun 2002 lagi. sampai sekarang. 9 tahun aku dengan dia. sayunyer hati bila dia tinggalkan aku.

Banyak kenangan yang kami cipta bersama. mana aku pergi, dia mesti ada. Rantau Panjang...Bukit kayu Hitam, Terengganu, Taiping..sebut jela mana pun. dalam tempoh 9 tahun tu...aku dan dia sentiasa bersama.

Kini, kami membawa haluan masing-masing. Bukan aku tak sayang. tapi aku dah tak mampu nak jaga dia.

Selamat Tinggal kereta kancil ku....WFY 3764...semoga kamu sihat-sihat selalu...huhuk

Mode: sayu

Wednesday, September 7, 2011

Aku dah kata....

Pagi-pagi lagi ada sorang mamat sengal ni dh spoiled kan mood aku. geram betul. dah la jalan jammed tadi. aku dah cuak tgk jam. takut tak sempat sampai ofis even aku keluar awal tadi. perjalanan dari rumah ke ofis cuma 10-15 minit jer. tp, kalau dah jammed, mau jadi 30-45 minit. huh!

Sampai je kat ofis, aku belek paper dulu. harus belek dan baca dengan pantas sebab, time tu je ada masa dan time tu surat khabar tu ada kat ruangan menunggu. lepas pukul 8.30 pagi, surat khabar tu ghaib.

Lepas baca surat khabar, baru aku buka pintu bilik ofis dan time ni lah mamat sengal ni buat hal dengan aku...cuba korang bayangkan, mana aku tak bengang tahap dewa arini even korang rasa 'ala...benda kecik je pun.' tapi, cuba korang baca dulu dialog kt bawah ni. pastu korang nilai sndr

Situasi: tengah buka pintu bilik ofis dan mamat sengal tu baru sampai.

mamat sengal: haa...ni peringatan ni. pada sape-sape yg suka main laptop kat kedai mamak...hati-hati lepas ni. ada kes kecurian laptop kat kedai mamak masa tgh main laptop kt kedai mamak (sambil pandang muka aku). haa...nih..nih...(sambil tuding jari telunjuk dia kat aku) suka main laptop

terus berangin aku satu badan dan aku terus cakap camni ~

aku: eh! ko jgn nak tuduh-tuduh, nak fitnah orang pulak (mmg time ni suara aku dh high pitch dah)
mamat sengal: yela...ko kan suka main laptop. kat ofis pun ko main laptop (time ni aku rasa nak maki je mamat ni)
aku: eh! ko pernah nmpk ke aku buka laptop kat kedai mamak? (lagi high pitch volume suara aku)
mamat sengal: xdela...aku ingatkan jer (pandai pulak ko slow downkn volume ko tu..gggrrrr)

Kenapa aku bengang?

1. time nampak muka aku, dan-dan terus cakap benda tu. nmpk sangat mcm nak tuju kat aku. nyampah!!!!

2. aku hanya switch on laptop di ofis dan di rumah SAHAJA! ingat aku ni bengap sangat ke nak g buka laptop kat kedai mamak. orang skrg ni dh pakai BB, IPad, Galaxy Tab hokeyyyyy...tak yah nak bawak laptop bagai gi kedai mamak nk online.

3. dia dah langgar prinsip aku! aku tak kacau pun hidup dia..alih-alih dia tuding jari kat aku! MEMANG NAK KENA LAH KAN!!!!

Aku dah kata....jangan suka-suka hati tuding jari kat orang. satu jari jer tuding kat orang, 4 jari lagi, tuding kat diri sendiri!

Tuesday, September 6, 2011

Topik menarik

Pagi-pagi lagi dah BW kat blog org lain dan terjumpa satu blog dengan topik yg menarik untuk dikongsikan bersama.

Jom klik sini

Klik Klik Klik

nota kaki: credit to my FB friend yg postkan topik ni kat wall dia

Monday, September 5, 2011

Kuih muih

Selamat Hari Raya...

dah masuk raya ke - 7 dh...
selamat menunaikan puasa sunat 6 ye kawan-kawan.

1st day kerja lepas cuti 6 hari. dh cuti lama-lama ni, mood kerja pun tak berapa nak mari. huhuk...sebut pasal raya ni...antara perkara yg harus ada di rumah adalah kuih raya kan..kan..jom, aku nak share dengan korang nama-nama kuih ni..unik jugak lah..hihi....

selamat membaca...


Kuih paling gangster= Lompat Tikam

Kuih paling sexy= Puteri Mandi


Kuih paling keji= Taik Itik


Kuih bajet cute= Cek Mek Molek

 
Kuih untuk awet muda= Seri Muka


Kuih paling alim= Kuih Ketayap


Kuih penyakit lelaki kronik= Batang Buruk

 
Kuih suka pukul= Kuih Lomp...ang

 
Kuih dalam zoo= Badak Berendam


Kuih untuk Sam Polis Trafik= Kuih Sampreeeeettttt


Kuih yg bangun sendiri= Kuih Bangkit

 
Kuih org x mandi= Kuih Bau-lu

 
Kuih paling tenteram= Kuih Makmur


Kuih paling lembap= Kuih Siput

sungguh kreatif orang yang bagi nama pada setiap jenis kuih-muih ni...gelak aku baca sorang-sorang td...dh la ngantuk ni. 

anyway...layan kan jerrrr....