Snap shoot

Snap shoot

Wednesday, September 7, 2011

Aku dah kata....

Pagi-pagi lagi ada sorang mamat sengal ni dh spoiled kan mood aku. geram betul. dah la jalan jammed tadi. aku dah cuak tgk jam. takut tak sempat sampai ofis even aku keluar awal tadi. perjalanan dari rumah ke ofis cuma 10-15 minit jer. tp, kalau dah jammed, mau jadi 30-45 minit. huh!

Sampai je kat ofis, aku belek paper dulu. harus belek dan baca dengan pantas sebab, time tu je ada masa dan time tu surat khabar tu ada kat ruangan menunggu. lepas pukul 8.30 pagi, surat khabar tu ghaib.

Lepas baca surat khabar, baru aku buka pintu bilik ofis dan time ni lah mamat sengal ni buat hal dengan aku...cuba korang bayangkan, mana aku tak bengang tahap dewa arini even korang rasa 'ala...benda kecik je pun.' tapi, cuba korang baca dulu dialog kt bawah ni. pastu korang nilai sndr

Situasi: tengah buka pintu bilik ofis dan mamat sengal tu baru sampai.

mamat sengal: haa...ni peringatan ni. pada sape-sape yg suka main laptop kat kedai mamak...hati-hati lepas ni. ada kes kecurian laptop kat kedai mamak masa tgh main laptop kt kedai mamak (sambil pandang muka aku). haa...nih..nih...(sambil tuding jari telunjuk dia kat aku) suka main laptop

terus berangin aku satu badan dan aku terus cakap camni ~

aku: eh! ko jgn nak tuduh-tuduh, nak fitnah orang pulak (mmg time ni suara aku dh high pitch dah)
mamat sengal: yela...ko kan suka main laptop. kat ofis pun ko main laptop (time ni aku rasa nak maki je mamat ni)
aku: eh! ko pernah nmpk ke aku buka laptop kat kedai mamak? (lagi high pitch volume suara aku)
mamat sengal: xdela...aku ingatkan jer (pandai pulak ko slow downkn volume ko tu..gggrrrr)

Kenapa aku bengang?

1. time nampak muka aku, dan-dan terus cakap benda tu. nmpk sangat mcm nak tuju kat aku. nyampah!!!!

2. aku hanya switch on laptop di ofis dan di rumah SAHAJA! ingat aku ni bengap sangat ke nak g buka laptop kat kedai mamak. orang skrg ni dh pakai BB, IPad, Galaxy Tab hokeyyyyy...tak yah nak bawak laptop bagai gi kedai mamak nk online.

3. dia dah langgar prinsip aku! aku tak kacau pun hidup dia..alih-alih dia tuding jari kat aku! MEMANG NAK KENA LAH KAN!!!!

Aku dah kata....jangan suka-suka hati tuding jari kat orang. satu jari jer tuding kat orang, 4 jari lagi, tuding kat diri sendiri!

2 comments:

  1. aku rasa mamat sengal tu saje nak attention ko. dia siok kat ko kott....hehehee...

    ReplyDelete
  2. makbed ~ uih! suami org dan bapak budak tu...pagi td pun dia sengal lagi dgn aku. geram btol! nmpk muka aku, ckp psl kes laptop tu. dia ckp 'ha...kes yg aku ckp smlm tu, dah kuar paper..'

    aku bls balik, 'so, apa mslhnyer?'

    tau pulak diam...

    haih...sbr..sbr...

    ReplyDelete