Snap shoot

Snap shoot

Friday, January 20, 2012

Budak kecik Brownny a.k.a Bonnie

Alhamdulillah...

Budak kecik getting better yesterday
but, at times she still rasa takut-takut jugak

Semalam petang, lepas balik and solat, keluarkan dia dari cage and she ran around the house almost 30 minutes. buat aksi akrobatik sikit..lari-lari..gigit-gigit dinding *mmg kena beli kayu yg untuk kucing cakar tu, bagi dia gigit benda tu jer..

but

bila dia penat, dia nyorok belakang tv and jenuh aku main-mainkan lidi dengan dia nak bagi dia keluar dari tempat dia nyorok tu..gigih nak main cak cak pulak..

bila masuk cage balik, baring..*tau pun kamu penat...

still monitoring her attitude and gerak geri. so far semalam Bonnie menunjukkan perkembangan yang agak memuaskan. arini nak tengok lagi dia macam mana..

suka betul kena usap. 

kalau nak keluar cage, Bonnie akan gigit-gigit pintu cage and letak tgn kt pintu. sometimes dia tolak pintu tu..hahaha..and tak boleh lambat sikit! kalau lambat, merajuk. macam abang dia jugak..haiyooo...

She's getting herself back but still need to be monitor

Alhamdulillah

Thursday, January 19, 2012

Ilmu untuk dikongsi bersama

Panduan ini dikirim oleh rakan-rakan dan saya sekadar ingin berkongsi dengan teman-teman sekelian. Semuga ianya memberi kemanfaatan pada kita semua……amiiin
Dikatakan :-
۞                       Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
۞                       Surah Yasin dapat menghi lan gkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
۞                       Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
۞                       Surah Al-Waqi’ah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
۞                       Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
۞                       Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
۞                       Surah Al-Kafirun dapat mengha lan g kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
۞                       Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
۞                       Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
۞                       Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.
Seterusnya, bagi menangani Syaitan Durjana, dikatakan juga:-
۞ Ketika anda membawa AL-QURAN, respon syaitan ialah biasa saja, tengok je...
۞ Ketika anda membukanya, syaitan mula curiga.
۞ Ketika anda membacanya, syaitan mula gelisah.
۞ Ketika anda memahaminya, dia mula kejang.
۞ Ketika anda mengamalkan AL-QURAN, dalam kehidupan setiap hari, dia stroke....
Teruskan membaca AL-QURAN dan mengamalkannya agar syaitan terus stroke.
۞ Ketika anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya.
۞ Syaitan kata, 'JANGAN SEBARKANNYA, KERANA IA TIDAK PENTING LANGSUNG!'
Sebar-sebarkan info ini Wahai SaudaraKu~
Jangan kita malas dan mengalah….ini mungkin menjadi setitik amal jariah yang bakal terhimpun menjadi telaga di akhirat nanti….

Fadhilat Ayatul Kursi

Ayat Kursi:
1) Baca pada saat keluar rumah, 70000 malaikat akan menjagamu dari semua sisi
2) Baca saat masuk rumah, kemiskinan tdk akan memasuki rumahmu
3) Baca setelah berwudhu, darjatmu akan dinaikkan 70 tingkat
4) Baca pada saat tidur, malaikat akan menjagamu sepanjang malam ...
5) Baca setelah solat, maka jarak antara kamu dan syurga hanyalah kematian. Sampaikan kepada orang lain, maka ini adalah sedekah jariah.
 Dan pada setiap orang yg mengamalkan, kamu akan ikut mendapat pahalanya sampai hari kiamat....

Brownny a.k.a Bonnie.. si budak kecik

Ingat lagi tak, aku pernah tulis entry pasal seekor arnab?
kalau tak ingat, klik SINIl

Bonnie dah 4 hari berada di rumah selepas adik hantar balik ari isnin aritu. TAPI....

- Bonnie dah tak macam sebelum dia balik Klang (tempat adik aku bertugas)

- Bonnie tak aktif. Main dalam rumah pun, dia tak lari-lari macam dulu.

- Nampak orang macam takut-takut. Dulu,pantang letak tangan kat cage dia..bergegas dia dtg sambil cium-cium tangan. sekarang ni...letak tangan kat cage dia, lambat je dia dtg. kalau datang pun, bila dah diusap.

- Suka nyorokkan diri. Sekarang ni, dia suka main belakang kerusi, belakang rak tv. tempat yang orang tak mudah jumpa dia.

- Mudah terkejut *aku sangat notice yang ini sebab, aku letak baju untuk basuh kat lantai pun dia dah terkejut..

- Naik tangga dah tak berdesup macam dulu. dia naik satu-satu.

Kenapa dengan Bonnie???

Semalam petang, aku pegang badan Bonnie. nak check kot-kot ada lebam. bila aku pegang perut dia..menggelintin macam orang kesakitan. kenapa pulak dah ni..?

Masa dia balik ari isnin aritu, air kencing dia tak banyak. kuar sikit jer. Ari selasa, aku balik keje petang, surat khabar yg dilapik pada dulang kencing dan berak Bonnie kering. setitik air kencing pun nan ado. risau...ibu lagi la risau. angah pun risau. 

Bila Bonnie dengar suara ibu dan bau badan ibu, baru aku nampak Bonnie ligat and aktif and seems that she felt save when ibu ada dengan dia..

Malam ni WAJIB bawak g vet...

meh tengok gambar budak kecik ni..

Masa umur sebulan lebih

Makan daun tebu, lepas tu Bonnie pening. hahahah...

Minum yakult untuk sistem penghadaman. Seminggu sekali


Resting

Sleeping time..geram je tgk. rasa nk letak bantal kat kepala dia. Umur dah 3bulan lebih. badan makin panjang.

Minum air yang dicampur Scoot Emulsion. yang ni everyday dia minum

Gaya time dia nak nakal
Hopefully Bonnie getting better arini. Risau tengok dia tak lincah n notty mcm biasa.

Wednesday, January 18, 2012

Amalkan 88888 - nombor banyak ong...ngeh ngeh ngeh

PUTRAJAYA: Pengambilan lebihan kalori bagi seorang individu sebanyak 500 kilokalori (kcal) sehari dalam masa seminggu akan menyebabkan peningkatan berat badan antara 500 gram hingga satu kilogram, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.Beliau berkata, untuk membakar 500 kcal itu, seorang lelaki dewasa perlu berbasikal hampir satu jam atau perlu berjalan kaki selama dua jam setengah."Adalah lebih mudah untuk mengurangkan kalori dengan mengurangkan pengambilan makanan daripada membakar kalori selepas memakannya," katanya pada sidang akhbar Makan Secara Sihat sempena Tahun Baru Cina di sini hari ini.Beliau berkata, bagi kaum Cina, sambutan Tahun Baru Cina biasanya bermula dengan 'makan besar' atau makan malam bersama keluarga dengan hidangan seperti ikan, ayam, daging itik, bak kwa, limau Mandarin, manakala hidangan pada waktu siang adalah yee sang, kuih muih dan snek manis."Pengambilan pelbagai jenis makanan ini akan mengakibatkan penambahan berat badan serta risiko menghidap penyakit tidak berjangkit seperti diabetes, obesiti dan tekanan darah tinggi," katanya.Sehubungan itu sempena Tahun Baru Cina, beliau menasihatkan orang ramai supaya mengamalkan pemakanan sihat serta menjalankan aktiviti fizikal yang mencukupi dengan mengamalkan lima lapan atau '88888.'Katanya, amalan itu adalah
1.  berhenti makan sebelum kenyang iaitu lebih kurang 80 peratus kenyang, 
2. mengamalkan makan malam sebelum jam lapan malam, 
3. minum lapan gelas air kosong, 
4. tidur lapan jam sehari  
5. berjalan sekurang-kurangnya 8,000 langkah.
"Berjalan 10,000 langkah adalah lebih bagus. Ingat dan amalkannya bukan semasa Tahun Baru Cina sahaja, tetapi setiap hari," katanya.Beliau berkata, masyarakat juga boleh merujuk buku bertajuk 'Makan Secara Sihat di Tahun Baru Cina' yang diterbitkan kementerian sebagai rujukan. Buku itu boleh dimuat turun daripada laman web kementerian.Antara panduan yang diberikan ialah makan dengan saiz hidangan atau kuantiti kecil, pilih makanan rendah kalori dan berserat tinggi, hadkan pengambilan makanan manis, pilih air kosong berbanding air manis serta hadkan pengambilan minuman beralkohol.Selain itu orang ramai boleh mendapat makluman tambahan mengenai pemakanan sihat di Pusat Maklumat Pemakanan yang terdapat di seluruh negara termasuk pusat maklumat di Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan di Putrajaya. - BERNAMA

Sumber: Berita Harian

Monday, January 16, 2012

Sepuluh tabiat mudah menabung

1. BERHENTI MEROKOK!!!! 
*kena bagi galakkan lebih pada Incik Hubby ni...fuh..fuh..
Berjaya menjimatkan RM20 seminggu. Usia lebih panjang dan dapat menjimatkan RM1,040 setahun hokeyyy...

2. Bawa bekalan ke tempat kerja
Bawa bekalan makan tengahari dari rumah 3 kali seminggu, dapat berjimat kira-kira RM30 seminggu dan anda boleh menyimpan RM1,560 di bank tahun depan.

3. Cuci kereta sendiri
Pengusaha tempat cuci kereta mengenakan bayaran RM9 sekali cuci - ini bermakna anda boleh menjimatkan RM36 sebulan dengan mencuci kereta sendiri. Ia juga merupakan satu riadah dan untuk senaman yang lebih baik, cubalah kilatkan kereta anda sendiri. Mengilat dan mencuci kereta anda sendiri membolehkan anda menabung RM1,872 setahun yang lama kelamaan menjadi lebih banyak.

4. Beriadah di rumah
Yuran keahlian untuk kelab kesihatan lebih kurang RM180 sebulan. (harga minima kot...xpasti sebab tak join pun..sebab? dilarang bersenam kerana nak naikkan berat badan. boleh? huahahahha). Untuk setahun, anda berjimat sebanyak RM2,160.

5. Bayar bil kredit kad pada masanya.
Sentiasa bayar kad kredit anda pada masanya untuk mengelakkan membayar denda RM5 kerana pembayaran lewat. Membayar bil pada masanya dapat menjimatkan kos RM60 setahun.

6. Ajar anak anda sendiri
Yuran tuisyen untuk seorang anak ~ RM120 sebulan. kalau 3 orang anak pergi kelas tuisyen, yuran sebulan adalah sebanyak RM360. sambil menyelam minum air. Ajar anak anda sambil habiskan masa berkualiti bersama mereka dan anda dapat mebaung RM4,320 setahun untuk perbelanjaan mereka di kolej nanti. *eerrr...bab ni, rasanya kalau ibu bapa tak boleh nak ajar anak, tuisyen itu perlu. terutamanya bila silibus pelajaran sekarang semakin berubah.*

7. Lepak di gerai teh daripada di restoran mahal
Lepak di restoran mahal, anda menghabiskan hampir rm50 setiap minggu. Lepak di gerai teh tarik, anda menghabiskan RM10 seminggu. Anda berjimat RM2,080 setahun. *ramailah yang ngopi, ngeteh lepas ni...hihi...YANG PENTING...KURANGKAN GULA DALAM MINUMAN, TAMBAHKAN MANIS DALAM SENYUMAN..

8. Kurangkan penggunaan elektrik
Gunakan jangka masa untuk alat hawa dingin dan matikan lampu dan barangan elektrik jika tidak digunakan. Anda berjaya mengurangkan bil elektrik daripada RM230 (paling minima) kepada RM120 sebulan. Gunakan bahan tenaga dengan lebih cekap dan tambah simpanan anda kepada RM1,320 setahun.

9. Rancang pembelian barangan dapur.
Senaraikan barangan dapur yang perlu dibeli. Sebagai contoh, jika anda membeli ikut suka hati, kos perbelanjaan anda untuk bulan tersebut adalah RM300. bila anda senaraikan barangan yang perlu anda beli, kos perbelanjaan ada untuk bulan tersebut adalah RM220. Anda berjaya menjimatkan RM80 sebulan. Ikut senarai beli-belah yang anda buat dan jimatkan RM960 setahun.

10. Jelaskan bil anda menggunakan kemudahan dalam talian.
Anda dapat menjimatkan RM5 duit pos, RM65 bayaran letak kereta dan minyak sebulan. Gunakan kemudahan membayar bil dalam talian dan jimatkan RM840 setahun. TETAPI berhati-hati ketika menggunakan internet.

Mengurangkan perbelanjaan boleh membantu meningkatkan tabungan anda. Mulakan berdikit-dikit da bersabarlah. Berikan masa selama 12 bulan dan lihatlah hasilnya. Ketika itu nanti, anda akan memiliki simpanan yang cukup untuk pelaburan masa depan.

Sumber: Berita Harian, Pelabur Malaysia (www.min.com.my)

Monday, January 9, 2012

Pinjam vs Minta

Masa sekolah dulu, ada 2 orang kawan (si A dan si B) tengah salin nota subjek ape ntah. biasalah, copy and paste. hihihi... sambil-sambil menyalin tu, mereka borak-borak. masa tengah sibuk menyalin nota tu, si A ckp kat si B:

A: pinjam pembaris.
B: nah...

tak lama lepas tu, si A pulangkan pembaris si B. sambung salin nota lg. tak lama lepas tu....

A: pinjam pen hijau kau...
B: nah...nanti kau pulang balik pen aku dengan dakwat sekali.
A: erk?

si A pandang si B garu kepala. kemudian si A cakap ~

A: eh! ko ni...main-main ek?
B: ape pulak aku main-main. betul la wei...dah ko kata nak pinjam, aku bagi ler..pastu ko kena la pulakkan balik beserta dakwatnyer yg dah ko pakai td.
A: kurang jelas di sini...
B: hihihi...yela..yela...aku terangkan. bila ko pinjam barang orang, contoh duit. ko ckp, ko nk pinjam 50sen. ko pulangkan balik berapa? 50sen kan?
A: ha ah...
B: so, bila ko guna pen aku, ko guna dakwat pen aku. maknanyer..ko kena pulangkan balik berapa banyak dakwat yang ko dah gunakan tu..faham?
A: ooo...faham..faham. eh! tapi, camner aku nk pulangkan balik dakwat hijau tu..aku guna sikit jer..kat kedai mana ada jual dakwat sikit-sikit..
B: kalo barang atau benda yang ko nk pinjam..tapi, memang sah-sah la barang tu ko tak dapat nak pulangkan  semula dengan jumlah yang ko dah guna..ko ckp 'aku minta dakwat pen ko sikit'. jelas?
A: haaaa...jelas dh...eerrr..kenapa kena minta?
B: bila minta, ko nk pulangkan balik ker..tak nak pulangkan ker..bergantung pada ko. kalo ko takut salah, ko ckp jer camni..'sedekah sikit dakwat pen ko.' orang yang bagi sedekah, ada tak dia suruh orang yang minta sedekah tu pulangkan balik duit dia? tak de kan?
A: ha ah...
B: so, penggunaan bahasa kena betul. silap guna sat lagi, tak pasal-pasal dosa.