Snap shoot

Snap shoot

Monday, February 28, 2011

End of Feb 2011

Hola,,,,,

Good Afternoon my dear friends....
korang dh lunch? 
selamat menjamu selera yer...
lunch kt luar lg arini. 
mkn kerabu mangga...best..best...siap ada cili padi lg. marbeles. hihi...

esok dh masuk bulan Mac
apa yg best bulan Mac?

cuti sekolah 1st term. 
yeayyyy...
jln x jem (mostly morning)
apa lagi yg best?
haaa....
kenduri kawen.. ~ every weekend

hahahah...

penuh weekend bulan ni dgn jemputan. 

1st week, kursus..

2nd week, wedding Chrysalis Estrella dgn Khuzaimi ~ insyaAllah datang

3rd week, wedding Nora dgn Sukri ~ nora, minta ampun, xdpt dtg. my uncle nikah on the same date. huhuk

4th week, balik kampung, wedding pakcik pulak ~ sambut menantu

apa yg best lg?

haaa....every weekend tutup dapur. mkn nasi kenduri. yeayyyy...

kepada bakal-bakal pengantin baru...

SELAMAT MENGHITUNG HARI DAN SELAMAT PENGANTIN BARU....

DAN..SELAMAT BERDEBAR. *haahaha....ngeeee....

Friday, February 25, 2011

1st GA participate

Hola...

1st GA participate

wanna join, kindly click here
 

Terima kasih kepada makbed kerana telah mempelawa diri ini utk join GA yg dianjurkan oleh mama najlaa

MEKACIH...

mempertaruhkan gmbr ini...


zaman kanak-kanak berusia ampat (4) tahun laaa...

makbed terima kasih kerana mempelawa diri ini.

Tuesday, February 22, 2011

Kuih Gandus

Hola,,,,,

hari yang agak busy. xdan nk buka lappy td. la ni baru ada masa skit sebelum meneruskan kerja2 yang di bawa balik ke rumah..

tghari td, habis idea nk mkn kt mana. jemu dh agaknyer mkn kt kafe dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya. kebetulan officemate nak g makan kt luar td, aku join sekali. kitorang g mkn kt Pasar Dato' Keramat. mkn ikan bakar. *sori ler, xdan nk snap gambo. lapo sgt dh time tu. terus mkn jer. dh nk abis baru teringat pasal gambo.hihik...

MMG BEST! HARGA BERPATUTAN.... *leh g lagi ni....hihi..

kebetulan makan kt situ, aku teringat masa aku praktikal tahun 2004, time tu bulan puasa. aku diperkenalkan dengan sejenis kuih yang dipanggil KUIH GANDUS. mula-mula tu, aku pelik gak dgr nama kuih ni. xprnh dgr pun. lepat pisang, seri muka, kuih lapis, kuih lopes..prnh le aku dgr. bila pakcik yg bwk aku g Pasar Dato' Keramat tu ckp, kuih ni mmg sedap...kalo bulan posa, beratur org beli kuih ni, so aku decide nk try rasa kuih ni. 

Kuih Gandus, aku rasa kuih ni kuih tradisional. jarang jumpa. mmg aku salute kat pakcik yang meniaga kuih ni. beliau masih mempertahankan kuih tradisional kita. 

korang pernah dgr x kuih ni? prnh tgk kuih nyer camner ghopa? hihi...

moh sini aku nk kongsi dgn korg.


rupa bentuk kuih gandus

the best part, is the filling....inti nenas. waaaaa...


sorry....a bit blurr

masa mula-mula aku sebut nama kuih ni, officemates aku pndg aku pelik jer. siap tanya 'kuih ape tu?'
rezeki betul arini bila pakcik yang menjual kuih gandus ni buka kedai dia. ~suka...
sebiji pakcik tu jual RM0.40. bagi aku harga tu ok la. besar pun besar. mkn pun dua tiga kali ngap baru abis...hihi...

salah sorg officemate aku beli kuih ni, nak rasa sebab tgk gaya aku ckp agaknya. beria ckp kuih ni sedap. ngeee... *mmg sedap pun.....

sampai ofis, diorg pakat-pakat mkn reramai.
nmpk je muka aku...diorg ckp

'SEDAP la wei..kuih td...'

hahahaha....mmg sedap. tak tipu...

kalo korg nk rasa, bole g Pasar Dato' Keramat. ada jual kt situ *bagi sesape yg duk area kl.
kalo yg duk jauh dr kl, kalo dtg kl, jgn lupa singgah Pasar Dato' Keramat. rasa kuih ni. *cewahhhh...dh mcm promoter pulak. hihi...

Nota kaki: teringat waktu meneman kwn membuat projek tentang kuih tradisional terengganu. adventure betul sbb xramai yg alert psl kuih tradisional.

Sunday, February 20, 2011

Ikan siakap berasa-rasa.

Salam,,,,

Weekends di rumah sahaja...korang ada g mana? selamat berhujung minggu la ye...

semalam adik aku g memancing dgn kwn2 boling nyer. mimpi jumpa ape ntah. x pernah2 keluar dr mulut dia nk g memancing..semalam, g memancing pulak. adik pergi lepas kitorg abis main boling kt Wangsa Walk. balik dr Wangsa Walk, g amik kwn adik dulu, then baru balik umah. lepas solat isyak, adik dgn kwn adik pun gerak g amik lg sorg kwn diorg. diorg gerak g memancing dalam kul 12.30 pagi, then adik sampai umah kul 6 pagi td.

dapat ikan siakap. besar jugak. angah ckp, ikan siakap gemuk. hahahaha....



sekilo lebih berat ikan siakap ni
ikan dah ada depan mata...adik request nk mkn ikan 3 rasa. ibu dengan berbesar hati menunaikan hajat anak bujangnya...hihihi... *even tetiba air xde.hohoho..tadah air kt pili garaj nk masak arini.
sementara ibu meneruskn keje siang-menyiang ikan, aku pulak tlg tgk je potong rumput-rampai sayur-mayur yg nk dimasukkan ke dalam lauk 3 rasa ibu arini. resepi ibu? ibu main campak2 jer. hahahah...tp sempat jugak aku jeling-jeling apa yg ibu masukkan utk dijadikan bahan-bahan memasak.

disebabkan ikan ni gemuk (bak kata angah), ibu pun potong la 2 ikan ni, n bg jiran separuh. mkn sekor pun bukan habis. silap2 dua tiga hari dok panaskan lauk ni je nnti. hilang manis ikan siakap tu pulak. rezeki jiran arini, dpt ikan siakap.
lepas siang-menyiang ikan selesai, ikan tersebut digoreng dahulu.



untuk masak kuah 3 rasa tu pulak, ini bahan-bahannya:

10 biji cili padi (ikut suka korg, kalo nk lg pedas, boh cili padi byk2, kalau tak nak pedas sgt, kurangkan la cili padi tu)
2-3 biji cili merah
2-3 biji cili hijau
1 biji bawang besar
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
halia

bahan-bahan ni tadi, dikisar sehingga halus

1 biji capsicum hijau
1 biji capsicum merah
1 biji tomato
1 batang seleri
1/2 biji nenas
bahan-bahan ini pulak, dipotong sederhana kecil atau saiz dadu or ikut korg mcm mana nk potong.





1 sudu makan madu
garam sebagai perasa

cencaranya:
bahan-bahan yg dikisar td, ditumis sehingga naik bau. masukkan madu.
kemudian, masukkan sayur-mayur yg dah dipotong kecil2 td, kacau
kemudian, masukkan garam
didihkan kuah sebentar


 

dan....dah siap...

lepas tu, tuangkan kuah kt atas ikan yg dh digoreng td...


Tadaaaaaa.....Ikan siakap berasa-rasa

lepas makan td, aku rasa bukan ikan siakap 3 rasa,

Ikan siakap berasa-rasa. manis ada, masam pun ada, pedas tok sah ckp...MARBELES!

ala-ala masak lamprik pun ada gak ni. hihihi...

pape pun..air tgn ibu mmg sedap. bertambah aku mkn td. hihi...

Thursday, February 17, 2011

Ka..cing....

Salam,,,

macam lagu Shania Twain dh tajuk entry kali ni. hihi...
mula-mula aku nk tulih tajuk entry ni, dengan ayat lain. fikir-fikir balik..mcm biasa. so..tukar lh. hihi...

bila sebut 'ka...cing'
mesti pelikkn...
hape la budak ni nk ckp sbnrnya.hihi..

kalo ada sound system kt sini *ada kot, aku je xtau camno nk buat. hahaha
aku rasa bole la kot korg nk agak kaitan sbnr ayat 'ka..cing' ni... *bukan kencing tau.huah..huah..huah...

few days ago, aku BW kt one blog ni *blog dirahsiakn. harap maklum. tuan tanah dh privatekan blog. aku baca time dia x privatekn lg. hihi...
when i browse through the blog...i found out one of the post *lupo tajuk la...sorry...
n dlm post tu dia tulih about hantaran dia.
that's why aku tulih tajuk entry ni 'ka..cing'.
bunyi duit. hihi...wang besar...wang besar..

so..ok...negara demokrasi, ikut suka bloggers la nk tulih apa pun kn.
dia tulih nilai hantaran dia n the best part, hantaran tu pun dh di up kn regenyer...

hihihi...

untuk sesapa blogger yg x kawen lg or yg nk menuju ke alam kawen, kalo jumpa kwn2 anda yg tulih rege hantaran kt blog depa, leh amik idea kn..kn..kn...
how much to deal on the hantaran

skrg ni pulak, ada yg tgk kelulusan.
lg tinggi kelulusan perempuan tu..lg tinggi la hantaran kawen nyer..

cuma satu

dalam rukun nikah, ada sebut hantaran ker?

seingat otak aku yg masih stabil lg ni, xde pulak.

so, kt situ bole fikir.

ada seorang teman, berkongsi ilmu, pendapat dan cerita dgn aku berkenaan hantaran. ini ilmu yg dikongsi ~

JGN MINTA HANTARAN.
rukun nikah ada 5.
perempuan yakni bakal isteri
lelaki yakni bakal suami
wali
ijab
kabul
ITU YG UTAMA

dan, aku masih ingat lg, ustazah aku ckp (masa sekolah dulu),

~ hantaran bukan nilai diri kamu. mas kahwin itu adalah nilai diri kamu. kalo nk harga diri tinggi, letak pada mas kahwin. bukan hantaran ~

1. masa baca tu ~ aku impress wei..tgk rege hantaran tu...hihii...serius impress
2. masa baca tu jugak ~ apakah, adakah, perlukah, mengapakah bermain2 dlm otak aku
3. apakah yg cuba ko tunjukkan dgn sebut rege tender hantaran tu..
4. adakah mmg ko nk tunjuk?
5. perlukah ko tulis rege asal dgn rege di up kn tu?
6. mengapakah kamu begitu yer...

sape nk jwb...angkat jari, ketuk ketuk ramadhan keypad, tulih kt komen yer..

adios

haaa....eerrrr....hhuuummm....

Salam,,,,

entri kali ini xde tajuk. tajuk seperti di atas. puas aku pusing2 otak ayat, tambah situ, tolak sini..last2 xde gak ayat yg sesuai dgn entri ini.

.........

haih..tetiba mati idea. xtau camno lak nk mulakn entri ni. apakah????

*
*
*
*
*
*
*

eemmm....

*
*
*
*
*
*

serius xleh pk ayat nk tulih. huhuk...titun la...

Tuesday, February 15, 2011

~25 perkara untuk wanita faham lelaki (suami)~

25 Perkara yang tidak disukai suami

1. Memperkecil suami dihadapan orang lain antara sedar dan tidak. Walaupun ianya benar ie. "hubby i tu kan kan.. siang ikan pun dia tak tau.. bla bla bla "

2. Menggangu suami dengan menelefon dia terlampau selalu sangat dan selalu dimasa yang salah. ie. "hello abang ada meeting ker tu, sorry la cuma nak cakap.. malam nih kita masak sardine jer .. ok tak "

3. Terlalu suka mengemas rumah / mengalihkan barang sampai suami tak jumpa barang-barang yang disimpan beliau.. ie. "kita dah simpan screw drebar tu kat dalam stor, entah la kat atas shelf mana satu.."

4. Mengambil muka surat atau bahagian tertentu dari surat khabar dan menyusun surat khabar dengan cara yang amat salah.. sampai tidak dijumpa mana-mana seksyen yang hendak dibaca. ie. "bang, sport section tu ayang dah buat bungkus belacan.."

5. Memotong mana-mana bahagian majalah dan juga suratkhabar atau apa-apa bahagian dari mana-mana printed matter sampai berlubang sana sini dan sisuami tak sempat baca/tengok ie. "eh.. kita suka la news pasal new peti ais tu.. kita dah potong simpan ..."

6. Menyuruh suami agar membeli itu dan ini dalam perjalanan balik dari opis, sedangkan nak pergi pasar/supermarket cuma esok sahaja atau baru semalam telah ke pasar. ie. "bang.. semalam kita lupa beli garam, gula beras dan susu budak .... boleh singgah tak mana mana .. pleaze "

7. Tidak memberi arahan/instruction yang jelas kepada suami bila menyuruh dia membeli sesuatu dan kemudian memarahkan/menyalahkan suami. ie. "saya kata beli susu cair dan gula melaka, apsal awak beli susu pekat dan gula pasir ... kan lain tu"

8. Membuat temujanji dan aktiviti sosial tanpa mendapat persetujuan suami terlebih dahulu ie. "i dah confirm malam Jumaat nih nak dinner kat rumah cik minah, you tak ada program tahlil kat mana mana kan ?? "

9. Mengubah barang, tempat buku atau tools atau apa-apa setting di PC tanpa memberitahu suami. ie. "screensaver u tentang gambar 1500cc harley tu i dah tertukar jadi gambar bunga ros..."

10. Bercakap/bersembang di telefon dengan kawan-kawan sewaktu malam selepas
10 pm bilamana nak beristirehat dan ber... ber.... ie. " pot pet pot pet pot pet pot pet pot pet pot .."

11. Menjemput tetamu atau sesiapa sahaja datang kerumah tanpa izin suami. ie. "malam nih i jemput lina dan anum datang dinner rumah sebab hubby dia orang outstation, ok kan kan kan "

12. Berpakaian kusut masai dengan t-shirt terkoyak dan kain batik lusuh dan rambut tak terurus serupa langsuyar dan muka tak bermekap serupa mayat dirumah... tapi cukup segak dan cun bila nak keluar rumah. ie. ".. oh baju-baju cantik tu cuma untuk ke kenduri kawin dan dinner jer, kat rumah pakai jeans koyak pun ok kan bang .."

13. Mengambil masa yang cukup lama bila bersiap macam pengantin bila nak keluar kemana-mana dan membuatkan suami tertunggu dan terus tertidur. ie. " sorry la i tak tau baju kurung mana nak pakai la so kena pilih betul betul .."

14. Dengan sengaja atau tidak sengaja terlupa menyuruh maid atau diri sendiri membasuh atau mensterika baju atau seluar yang telah dipilih untuk dipakai dihari berkenaan. ie. " eh baju tu masih berendam dalam besen lagi.. nak pakai jugak ke baju basah tu.."

15. Dengan sengaja atau tidak sengaja menyebelahi anak anak bila suami sedang hot dengan budak budak tu.. ie. ".. eh biarlah budak budak tu pergi slumber party, bukan nak tinggal rumah kawan dia tu seminggu.."

16. Tidak suka mandi dan bersiap awal pada hari cuti dan hanya bersiap bila nak dekat asar sahaja. ie. ",, nak mandi buat apa awal awal bukan nak pergi jalan jalan mana pun.."

17. Suka melengah lengah kan masa bila nak bersolat berjemaah atau beribadat dengan melencong ke dapur, bilik budak budak atau buat benda benda lain. ie. ".. awak solatlah dulu, saya nak abiskan memasak nih.."

18. Mengganggu suami yang sedang tengah tengok tv. ie. "pasukan manchester tu sampai mati tak akan dapatkan kalahkan liverpool, mari tolong saya potong ayam nih.."

19. Asyik bercerita tentang diri sendiri tanpa memberi peluang pada suami untuk bercerita jugak. ie. " u tau tak kat opis tadi, i rasa nak tembak client tu u tau tak.. then lagi, waktu balik tadi nasib baik tak langgar .. then lagi u tak tak ... then today.. then tadi.. u tau tak... semalam u nak tau.... bla bla bla bla."

20. Membebel dan berleter tak renti-renti tentang hal-hal yang amat kecil dan di ulang tayang semula tiap tiap hari. ie. " i dah kata jangan kasi budak budak tu handphone, kan sekarang dah ... bill bla bla bla bergayut bla bla bla bla... ini semua salah you "

21. Memfitnah dan menuduh suami tanpa usul periksa. ie. " eh cik abang, awak nih ada affair ke apsal sms beep beep beep tak henti henti nih... betina mana pulak awak nak nih..."

22. Menceritakan hal rumah tangga pada orang lain. ie. ".. eee u tau tak hubby i tu..."

23. Dengan sengaja atau tidak, gagal memasak masakan yang suami nak makan. ie. ".. apsal u tak cakap tadi kata u nak makan gulai kari dan rojak pasembor... i dah masak gulai asam pedas dan rojak singapore .."

24. Meminjamkan harta-benda suami pada orang lain tanpa kebenaran. ie. ".. adik u datang tadi nak pinjam mouse, sebab dia punya dah rosak.."

DAN AKHIR SEKALI

25. Sengaja melengahkan untuk masuk tidur tanpa sebab-sebab yang munasabah. ie. ".. you tidurlah dulu, i nak habiskan tengok drama nih dulu then nak kacau tepung siap siap untuk breakfast dan nak masukkan pakain dalam laundry then kemudian nak tanam padi belakang rumah then nak menuai sekali....."

Kepada semua isteri2 dan bakal isteri tu pandai2 la ambik hati suami, jangan bagi chance langsung untuk diorang cari alasan...

Pukul 3 pagi

Salam,,,,

Waaaaa....mcm lagu P.Ramlee pulak. pukul 3 pagi. hahahaha

bersiaran dr rumah nenda. spontaneous planned. alang2 aku MC arini, just tunggu angah balik keje, pack kain baju, cabutsss balik umah nenda. hihihi...

Ermm...

Ari ahad malam, aku g A&E utk jumpa doktor. mcm biasa, nurse amik blood pressure & body temperature. aiyooo...39.6 degree...dalam hati...kena masuk drip ke...x ni? sekali lepas check doktor, kena cucuk jer.

doktor dh suspek apendiks bila aku ckp aku sakit perut n muntah2. food poisoning plus gastrik jer..(lamo dh xkena gastrik ni. hihihi..) after check up tu..dpt la MC sehari.

setakat waktu ini, demam dh kebah...perut je masih meragam skit.

la ni tgh lyn channel AXN

bila mau tido ini....

Sunday, February 13, 2011

Food Poisoning, Piantball n gift in advance.

Salam,,,,

hari minggu yg x berapa nk best.

kena food poisoning. huhuk....aiyooo..camno la leh kena ni...smlm mkn xdok rasa peliks pun. dr kul 2pg smpi 4 pg, xlena tido. kul 4 pagi, mkn ubat limotil. lega skit. tp, sakit perut tu masih ada.
disebabkn keadaan xsihat, aku sms kwn aku kul 5 pg td, mengatakan bhw aku minta maaf, xdpt nk join dia main paintball. HUAAAAAAA....

sadis xdpt main paintball.

ooo...smlm dpt birthday gift in advance. hahahaa.... *suka..suka..suka...
angah yg bg. hihihi...
aku dpt ni

dpt gelang je...model adalah hak company. hahahah...

aku punya warna putih n pink.
menurut kata adik aku yg bongsu, bracelet n rantai (aku xdpt rantai) ni bole kurangan rasa lenguh n sengal2 sendi. even sakit kepala pun berkurangan.

anyway, mekacih pd adik2 aku.

Saturday, February 12, 2011

Cuba Skuba uji kanak-kanak


AKTIVITI skuba mendisiplin, melatih dan meningkatkan keyakinan diri seseorang kanak-kanak.



KANAK-KANAK seringkali ditinggalkan ketika ibu, ayah, kakak atau abang mereka menyertai percutian selam skuba di pulau-pulau peranginan sekitar Malaysia dan di luar negara.
Alasannya, mereka masih kanak-kanak dan belum boleh menyertai aktiviti skuba yang mula dikenali ramai sejak tahun 1940-an ini.
Mengikut prasyarat untuk aktiviti itu, kursus selam skuba hanya dikhususkan untuk mereka yang berumur 13 tahun ke atas sahaja.
Selain itu, kurangnya pembabitan kanak-kanak menyertai hobi berkenaan kerana peralatan yang digunakan lebih untuk penyelam dewasa sahaja.
Hari ini, kekangan tersebut bukan lagi halangan. Agensi selam skuba antarabangsa, Scuba Schools International (SSI), berjaya mewujudkan satu program selam skuba untuk kanak-kanak yang berumur antara lapan hingga 12 tahun yang dikenali sebagai SSI Scuba Rangers.
Menariknya, program skuba SSI Scuba Rangers itu dikendalikan oleh jurulatih bertauliah khusus untuk melatih kanak-kanak melalui perjalanan program yang hampir sama dengan kursus dewasa.
Kuasai skuba
Cuma, program skuba SSI Scuba Ranger dipermudahkan dengan menyuntik nilai-nilai keriangan tanpa berkompromi soal keselamatan ketika pengendalian dan pengajaran program berkenaan.
Malah, program itu juga ditambah dengan beberapa aspek kepimpinan dan jati diri selain penguasaan persekitaran air yang baik.
Apapun, tidak semua kanak-kanak mampu untuk terus menyertai program berkenaan. Sehubungan itu, Kelab Skuba Water Kids akan mengadakan program Cuba Skuba bagi melihat kemampuan kanak-kanak menguasai persekitaran kolam dan skuba.
Melalui Cuba Skuba, kanak-kanak akan diberi penerangan asas mengenai alam sekitar dan selam skuba selain penggunaan peralatan selam sebenar.
Menurut jurulatih Water Kids, Faizal Jamat, 32, selepas selepas sesi penerangan berkenaan, mereka akan dibawa ke kolam dan berpeluang menikmati penggunaan sebenar peralatan selam skuba di dalam kolam.
"Mereka akan berada di kawasan cetek sebagai aspek keselamatan. Jika serasi, mereka akan dibawa ke kawasan sedalam empat meter.
"Empat meter itu masih dikira kawasan selamat selam skuba yang tidak melibatkan risiko kemalangan jika kanak-kanak itu membuat keputusan untuk naik ke permukaan secara mendadak," katanya ketika dihubungi baru -baru ini.
Bagi ibu bapa yang ingin membawa anak-anak mereka menceburi hobi baru selam skuba, mereka boleh membuat tempahan untuk menyertai program Cuba Skuba bermula esok atau setiap hari Ahad di kolam renang PJ Palms, Petaling Jaya.
Program di kolam renang yang dahulunya dikenali sebagai Kelab Syabas ini yang terletak berhampiran A&W PJ bermula pukul 10 pagi dan berakhir pukul 2 petang.
Sila hubungi talian 013-252 0109 atau e-mel buzzme@waterkids.info untuk tempahan menyertai program Cuba Skuba.
Maklumat terkini berkenaan program itu boleh dilihat di laman web www.waterkids.info atau menyertai mereka di facebook melalui http://on.fb.me/waterkidsgroup.

School holiday 2nd term nnti, dh tau dh nk how to fullfill your children time. mahal skit xpe. yg penting masa anak2 terisi, drpd mereka duduk melepak kt tmpt lain yg kita xtau kn....

Nota kaki: sgt menyesal sbb x amik lesen diving masa ada peluang dulu. sob..sob..

Tanggung sendiri tiket ke Mesir

KUALA LUMPUR – Pelajar yang ingin kembali ke Mesir untuk menyambung pengajian perlu bersedia menanggung sendiri kos tiket penerbangan tanpa diskaun.
Timbalan Menteri Luar, Senator A. Kohilan Pillay berkata, perkara itu adalah amalan biasa termasuk ketika melibatkan pelajar Malaysia yang dibawa pulang dari Padang dan Solo, Indonesia akibat letusan gunung berapi baru-baru ini.
“Kerajaan hanya menanggung kos perjalanan pada waktu kecemasan sahaja.
“Kita tidak pernah bincang untuk memberikan diskaun dan sebagainya. Tetapi jika ada syarikat penerbangan yang hendak bagi diskaun, itu terserah pada budi bicara mereka,” jelasnya ketika dihubungi di sini semalam.

Kepada CEO-CEO syarikat penerbangan yg beroperasi di Malaysia, kalo bole...bg ler diskaun. hihi..xsemua keluarga pelajar2 kita di sana yg berpendapatan besar. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing..


Sekian...

Kau pergi jua....

KAHERAH - CAIRO (AP) - Presiden Mesir, Hosni Mubarak meletakkan jawatan semalam selepas beliau meninggalkan Istana Presiden di sini.
Pengumuman beliau meletakkan jawatan diumumkan oleh Naib Presiden, Omar Suleiman menerusi televisyen semalam.
"Dalam situasi yang sukar ini, Presiden Hosni Mubarak memutuskan untuk meninggalkan kedudukannya sebagai presiden," kata Omar.
Omar turut mengumumkan bahawa satu majlis ketenteraan akan mengendalikan hal ehwal negara tersebut.
Hosni telah memerintah Mesir hampir 30 tahun. Sebelum ini, stesen televisyen Al-Arabiya semalam melaporkan Hosni Mubarak, 82, dan semua ahli keluarganya telah meninggalkan Istana Presiden di sini ketika beliau masih memegang jawatan sebagai Presiden.
Hosni dan keluarganya itu menuju ke pusat peranginan Sharm el-Sheikh di Laut Merah.
Menurut saksi-saksi, sekurang-kurangnya dua buah helikopter dilihat berlepas dari istana tersebut.
Stesen televisyen Al-Arabiya mengesahkan ketibaan keluarga tersebut di Sharm el-Sheikh.
Berita itu timbul ketika penunjuk perasaan bergerak ke istana tersebut yang terletak di kawasan pinggir bandar Kaherah, Heliopolis.
Pergerakan penunjuk perasaan itu dibuat pertama kali sejak tunjuk perasaan berlangsung pada 25 Januari lalu.
Penunjuk perasaan berkumpul di tepi kawat duri yang mengelilingi istana.

Penunjuk perasaan bersorak sebaik sahaja mengetahui Hosni Mubarak meletak jawatan sebagai Presiden Mesir di Kaherah semalam.



Sementara itu, kereta-kereta kebal dan tentera elit yang bertanggungjawab ke atas keselamatan presiden berkawal di sekeliling istana.
"Tentera Penjaga Republik mengawal Istana Presiden," jelas satu sumber pasukan bersenjata.
Hosni sering menghabiskan masa di Sharm el-Sheikh yang merupakan destinasi pelancongan terkenal di Laut Merah dan bertemu dengan tetamu-tetamunya di sana.
Kelmarin, para penunjuk perasaan di Dataran Tahrir kecewa dan marah terhadap Hosni kerana beliau masih enggan meletakkan jawatan.
- Agensi

Friday, February 11, 2011

Perlukah..???

Salam,,,

hari ke 11 bulan februari. hari jumaat. hari penuh berkat.

pagi td, masa aku tgh siap2 nk g keje, dr bilik dh terdgr suara org menjerit2 kt umah jiran aku.

haih...

bulan ni pulak dh berapa kali aku dgr jerit2 kt umah jiran aku ni.
kesian pun ada, mrh pun ada...

kesian sbb...
jiran aku tu adalah pasangan suami isteri warga emas.

marah sbb...
cucu yg tinggal bersama mereka berlaku biadap terhadap atok dan neneknyer. asal xpuas hati jer..jerit2, marah2. bahasa toksah ckp la...mmg bahasa yg 'sgt cantik'.

masa kuar dr rumah td, aku nmpk cucu jiran aku keluar dr umah dgn 3 org kwnnya.
sambil jalan tu..masih lg marah2 n jerit2 kt atok dan neneknya.

aku rasa nk baling je stereng lock kete kt kepala budak tu..bg center skit. putus fius agaknyer..pagi2 dh jerit2. payah kalo xde kesedaran sivik ni. pagi2 dh mganggu keamanan jiran2 yg lain.

Thursday, February 10, 2011

Miss him...

Salam,,,,

RINDU....

itu yg aku rasa pada saat ini.
rindu nk tgk muka dia..
rindu nk dengar suara dia
rindu nk dengar celoteh dia psl kehidupan

RINDU SGT KT ARWAH ATOK

huhuk...

sedih

sbb?

aku xtau arwah atok sakit
aku xdpt jaga arwah atok masa dia sakit

sbb?

family pesan jgn bgtau aku psl arwah atok sbb time tu aku nk exam.
they want me to focus on my exam preparation.

cuma...

seminggu sebelum arwah atok meninggal, aku asyik teringat kt dia. dlm hati...nape ni?
rupa-rupanya, tempoh seminggu yg aku asyik ingat arwah atok tu..time tu la waktu-waktu terakhir arwah atok.

penghujung ramadhan tahun 2000, berita kematian arwah atok sampai ke telingaku tepat jam 4 pagi.

aku?

kelu, kedu, diam, senyap..
pasrah? redha?

aku harus redha....

cuma terkilan sbb di penghujung usianya, aku tidak dpt berbakti buat kali terakhir.

tak terbalas jasa arwah atok, menjaga dan mendidik aku dan adik-adik sejak kami kecil

adik-adik dan ibu ckp, mata arwah atok xtutup habis
org2 berpengalaman ckp, mata xtutup habis sbb dia xjumpa sume ahli keluarga dia.

Nota kaki: ibu ckp, masa aku kecik, aku suka naik motor vespa arwah atok. berdiri kt depan pegang handle motor, mcm aku yg bwk motor tu. Rindu nasi lemak ayam goreng yg arwah atok selalu beli utk kami masa kecik2 dulu. Rindu dgn kuih tepung torak. Arwah atok je yg pndi cari n tau kedai yg sedap jual tepung torak.


Monday, February 7, 2011

left handed mouse control...

Salam,,,,

sudah pukul 2 ptg....
mata agak berat...hihi..lps lunch kn...dh minggu lepas cuti pjg even aku kena keje ari Sabtu.

korang pernah tgk x org gunakan mouse komputer guna tgn kiri?
jarang jumpa kn?
kalo org tu tulih guna tgn kiri pun, dia still guna mouse tgn kanan kn?
tp, dr org yg guna mouse tgn kiri la aku pun terjebak sekali guna mouse tgn kiri.

terima kasih kepada kak JJ yg mengajar aku secara x langsung menggunakan mouse komputer dgn tgn kiri

sbb?

aku kena ganti tmpt dia masa dia coti bersalin dulu. duduk kt tmpt dia. (tmpt keje lama) so, aku xubah skit pun brg2 kt tmpt dia.

sbb?

xnak tuan tanah bising bila dia balik dr coti tgk barang2 dia dialih kuasa tmpt.

xsmpi sehari aku dh bulih guna mouse tgn kiri.... YES! YES!

yg membezakan kami,
dia menulis dan kontrol mouse guna tgn kiri,
aku, menulis tgn kanan dan kontrol mouse guna tgn kiri. hihi..

setakat ni aku dgn dia je yg aku tahu guna mouse tgn kiri.


aku rasa ada beberapa kebaikan guna mouse tgn kiri ni. ngeeee...

antaranya:

1. korang menggunakan kedua belah otak utk berfikir dan bekerja
2. confirm bos korg xpuas hati sbb dia lmbt nk godam komputer korg (time2 spot check. hahahah)
3. exercise tgn kiri sekaligus menguatkan jari-jemari dan tgn kiri korg.
4. KORG NMPK UNIK.
5. kelajuan berfikir meningkat.
6. xde sape nk sentuh komputer korg sbb, masing2 kekok nk guna mouse tgn kiri.

nota kaki: korg ada kenal sesape lg yg guna mouse tgn kiri?

Saturday, February 5, 2011

Cerita pagi Sabtu

Salam,,,

Hari Raya Ke-3 *raya cina*
macam raya aidilfitri pulak. hehehe...

Berita x best!

Aku KEJE.
huhuk...
org lain coti...aku KEJE.

sampai kt tmpt parking td, baru sedar yg aku tertinggal kunci opis kt umah

AIYOOOO....

camno leh tertinggal ni...

nasib baik jumpa senior yg sama floor dgn aku, dia yg simpan sume duplicate key.
nasib baik la ada.
kalo x, haruskah aku duduk di pintu opis sahaja? eemmmm...

dh dpt masuk opis, notice pulak yg wallet aku tertinggal kat umah

ERK!

nasib baik pakai seat belt. huhuk...
duit?
fuh! nasib baik ada duit yg aku letak dgn sepahnya dlm beg.

macam-macam hal..

Wednesday, February 2, 2011

Lappy ku sayang

Salam,,,

dh masuk tghari. cuaca masih sejuk walaupun matahari memancar.
*rasa mcm kt genting or cameron pulak. hahaha..cuma, xde theme park n strawberry jer..huhuk...

sambil-sambil menulis ni...dok flash back rutin harian.
pagi-pagi, sampai ofis, pegi cafe dulu utk breakfast
oh! cafe sudah berwajah baru.
*minta mahap...xde gambo.
dulu agak suram..kini berwajah ceria.

pas breakfast, mendaki anak-anak tangga (time rajin) or naik lif (time malas) menuju ke opis.
buka pintu opis, then g kt tmpt duduk.
buka beg, kuarkan lappy n setting up...pastu switch on lappy

rutin harian yg sama
cuma pagi td, masa nk switch on lappy, tgk skrin lappy berhabuk sudah..
amik kain, lapkan skrin.

sambil-sambil tu baca surat khabar arini..
ada pulak tips penjagaan komputer riba (laptop)

Waaaa..sudah bagus..
ada tips lg.
kali ini untuk lappy tersayang.
;)

TIPS PENJAGAAN KOMPUTER RIBA (LAPTOP)

1. Bateri
  • elakkan daripada penggunaan bateri dan digalakkan untuk menggunakan kuasa terus dari punca elektrik.
  • komputer lebih sejuk tanpa haba dari bateri
  • jika bateri sudah habis dicas, digalakkan menggunakan kuasa dari adapter.
  • pastikan bateri berada di bawah 10 peratus sebelum dicas semula. *erk! aku tggu warning bateri low baru cas balik
  • jika terlalu kerap dicas, bateri akan kehilangan keupayaan menyimpan tenaga di bawah 50 peratus.
2. Papan kekunci
  • letakkan sekeping kertas A4 untuk papan kekunci setiap kali tidak menggunakannya untuk menghindarkan papan kekunci dimasuki habuk.
  • sesekali apkan papan kekunci dengan perlahan-lahan. jangan terlalu kasar untuk mengelakkan butang kekunci rosak.
  • gunakan papan kekunci dan tetikus berasingan supaya kita tidak terlalu kerap menggunakan papan kekunci di komputer riba.
3.Skrin LCD
  • lapkan skrin selalu kerana ia mudah dimasuki habuk.
  • gunakan screen saver.
  • power management setkan pada 'Turn Off monitor in...minutes'.
  • elakkan menyentuh skrin dengan jari kerana kesan jari yang berminyak menyukarkan untuk pembersihan.
  • jangan letakkan jari di skrin kerana boleh menyebabkan 'Dead pixel'.
4. Haba Panas
  • pastikan komputer riba anda mempunyai ruang untuk mengeluarkan haba panas.
  • perlu diingatkan komputer riba mempunyai ruang simpanan kecil.
5. Surge Protector
  • fungsinya sebagai menjaga perisian dan perkakasan daripada rosak.
  • disyorkan untuk digunakan bagi menjaga perkakasan dalam komputer riba.
  • kelebihan lain Surge Protector ialah menjaga pemacu cakera keras (HDD) dan punca kuasa (Power Supply)
6. Port
  • sentiasa dibersihkan kerana mudah dimasuki habuk.
  • gunakan berus atau berus gigi lama.
  • pastikan suis dimatikan ketika membuat pembersihan.
Selamat menjaga laptop kesayangan anda....

Tolong ingatkan aku

Salam,,,,

Arini jalan raya lancar. xsesak mcm selalu. Yela..ramai dh cuti utk Tahun Baru Cina kn..
office pun dh agak lengang.
yg Chinese, of course dh mula cuti. mlm ni mkn besar maa...harus msk yg sedap2. hihi..
kwn2 Melayu dan India pun amik peluang utk bercuti pjg.
4 hari cuti...best btol.. *aku cuti 3 hari jer...sabtu keje sbb company ni keje 5 setgh hari dlm seminggu.

Anyway, wishing all my Chinese friends

HAPPY CHINESE NEW YEAR...
*ang paw plsss...i single lg. hihih..(but not available. hahaha..)

utk rakan2 yg lain

JOM CUTI-CUTI Malaysia.
yeayyyy...

haaa....ni ada tips utk mereka yg akan berumah tangga dan yang dh berumah tangga. aku baca kt surat kbr arini.

awal2 pg dh ada tips...

ngeeee...

jom..

PETUA MEMBINA RUMAH TANGGA BAHAGIA:

Tips: Berbicara dengan lemah lembut, memanggil dengan panggilan kesayangan serta memandang dengan penuh kasih sayang antara suami dan isteri.
Komen: setuju. bak kata org, ckp itu adalah doa. kalo suami pggl isteri 'sayang' ker..atau pun panggilan manja korang...insyaAllah, smpi bila2 rasa sayang tu melekat kt bibir dan hati. kn..kn..sbb tiap2 hari ckp syg. ckp itu kn doa. hihi..

Tips: Membersihkan diri, penampilan rapi dan bersih, berhias dan memakai wangi-wangian terhadap pasangannya.
Komen: aaaa...mmmm...no words to write. yg ini terpulang pada cita rasa masing2. ada isteri yg suka suami berjambang, ada isteri yg suka suami pakai t-shirt pagoda dgn kain pelikat je kt umah, ada suami yg suka isteri pakai bedak baby johnson jer, xyh pakai minyak wangi, xthn bau. pape pun terpulang pada individu dn psgn..

Tips: Jujur dan amanah, jangan memandang rendah pasangan, saling mengalah dan memaafkan dan paling penting perhatikan kelebihan pasangan malah sekiranya ada kekurangan segera tutupi ia daripada pengetahuan orang lain.
Komen: btol..btol..btol..(gaya upin dan ipin. hihi..) give and take. cuma, jgn sebelah pihak jer yg selalu megalah, sebelah pihak lg ego. hargai pasangan. masing2 ada kelebihan dan kekurangan. sebab itu Allah cipta lelaki dan perempuan utk saling berpasangan dan saling melengkapi.

Tips: Jangan mencela masakan isteri, berusaha meringankan beban kerja pasangan, tidak membandingkannya dengan orang lain serta menjauhi hal-hal yang menimbulkan kecemburuan pasangan.
Komen: Kata org2 lama, laluan ke hati suami adalah melalui perut. PRACTISE MAKE PERFECT. chaiyok! wahai kaum Hawa. sila buat latihan praktikal di dapur rumah masing-masing. ;)

Tips: Selalu berpegangan tangan, bergurau senda, saling membelai kerana dengan cara ini pasangan akan merasai dirinya sentiasa diperlukan.
Komen: Dalam ceramah seorang ustaz, beliau berkata ' suami yang memegang tangan isteri, luruh, jatuh dosa2nya'...maka...peganglah tangan psgn. Utk yg belum berkahwin, kena dpt lesen dulu yer...hihi..

Tips: Jadikan kamar tidur tempat peribadi, bersih harum dan masa yang menyenangkan pasangan.
Komen: letak aromaterapi atau pewangi bilik tidur.

Tips: Saling menasihati dan cuba meringankan beban yang ditanggung pasangan.
Komen: bak kata Tun Dr Mahathir...manusia mudah lupa. jadi ingat mengingati dgn kata2 yg elok dan baik.

Tips: Peruntukkan waktu khusus bersama pasangan seperti makan bersama, solat berjemaah pada waktu tertentu seperti maghrib dan isyak, bersiar-siar bersama dengan anak di taman.
Komen: Honeymoon & Family Day.

Tips: Saling mendoakan dan merindui bila berjauhan.
Komen: kalo ada button 'like' kt tepi tips tu..dh click 'like' byk kali dh...

ehsan: surat khabar Berita Harian...

Tuesday, February 1, 2011

500 pelajar mula dipindah

KUALA LUMPUR - Seramai 500 pelajar Malaysia berpindah secara berperingkat-peringkat dari kediaman masing-masing ke Rumah Melayu Abasiah Mesir (ARMA) di Abasiah, Kaherah mulai semalam.
Presiden Persatuan Pelajar-Pelajar Perubatan Malaysia-Mesir (Perubatan), Muhammad Husaini Saleh berkata, arahan perpindahan itu dikeluarkan oleh Kedutaan Malaysia di Mesir bagi mengelak mereka menjadi mangsa keganasan rakyat negara itu yang mengadakan demonstrasi menuntut Presiden Hosni Mubarak meletak jawatan.
"Kami masih tidak mengetahui jumlah pelajar yang dapat dipindahkan ke ARMA sejak 25 Januari lepas kerana kerajaan Mesir telah menguatkuasakan perintah berkurung bermula pada hari berkenaan," katanya ketika dihubungi Bernama semalam.

Semoga anda semua dilindungi oleh Nya.

*seorang anak kenalan keluarga yg menuntut di sana terperangkap di lapangan terbang Mesir akibat penerbangan dibatalkan.