Snap shoot

Snap shoot

Saturday, February 12, 2011

Cuba Skuba uji kanak-kanak


AKTIVITI skuba mendisiplin, melatih dan meningkatkan keyakinan diri seseorang kanak-kanak.



KANAK-KANAK seringkali ditinggalkan ketika ibu, ayah, kakak atau abang mereka menyertai percutian selam skuba di pulau-pulau peranginan sekitar Malaysia dan di luar negara.
Alasannya, mereka masih kanak-kanak dan belum boleh menyertai aktiviti skuba yang mula dikenali ramai sejak tahun 1940-an ini.
Mengikut prasyarat untuk aktiviti itu, kursus selam skuba hanya dikhususkan untuk mereka yang berumur 13 tahun ke atas sahaja.
Selain itu, kurangnya pembabitan kanak-kanak menyertai hobi berkenaan kerana peralatan yang digunakan lebih untuk penyelam dewasa sahaja.
Hari ini, kekangan tersebut bukan lagi halangan. Agensi selam skuba antarabangsa, Scuba Schools International (SSI), berjaya mewujudkan satu program selam skuba untuk kanak-kanak yang berumur antara lapan hingga 12 tahun yang dikenali sebagai SSI Scuba Rangers.
Menariknya, program skuba SSI Scuba Rangers itu dikendalikan oleh jurulatih bertauliah khusus untuk melatih kanak-kanak melalui perjalanan program yang hampir sama dengan kursus dewasa.
Kuasai skuba
Cuma, program skuba SSI Scuba Ranger dipermudahkan dengan menyuntik nilai-nilai keriangan tanpa berkompromi soal keselamatan ketika pengendalian dan pengajaran program berkenaan.
Malah, program itu juga ditambah dengan beberapa aspek kepimpinan dan jati diri selain penguasaan persekitaran air yang baik.
Apapun, tidak semua kanak-kanak mampu untuk terus menyertai program berkenaan. Sehubungan itu, Kelab Skuba Water Kids akan mengadakan program Cuba Skuba bagi melihat kemampuan kanak-kanak menguasai persekitaran kolam dan skuba.
Melalui Cuba Skuba, kanak-kanak akan diberi penerangan asas mengenai alam sekitar dan selam skuba selain penggunaan peralatan selam sebenar.
Menurut jurulatih Water Kids, Faizal Jamat, 32, selepas selepas sesi penerangan berkenaan, mereka akan dibawa ke kolam dan berpeluang menikmati penggunaan sebenar peralatan selam skuba di dalam kolam.
"Mereka akan berada di kawasan cetek sebagai aspek keselamatan. Jika serasi, mereka akan dibawa ke kawasan sedalam empat meter.
"Empat meter itu masih dikira kawasan selamat selam skuba yang tidak melibatkan risiko kemalangan jika kanak-kanak itu membuat keputusan untuk naik ke permukaan secara mendadak," katanya ketika dihubungi baru -baru ini.
Bagi ibu bapa yang ingin membawa anak-anak mereka menceburi hobi baru selam skuba, mereka boleh membuat tempahan untuk menyertai program Cuba Skuba bermula esok atau setiap hari Ahad di kolam renang PJ Palms, Petaling Jaya.
Program di kolam renang yang dahulunya dikenali sebagai Kelab Syabas ini yang terletak berhampiran A&W PJ bermula pukul 10 pagi dan berakhir pukul 2 petang.
Sila hubungi talian 013-252 0109 atau e-mel buzzme@waterkids.info untuk tempahan menyertai program Cuba Skuba.
Maklumat terkini berkenaan program itu boleh dilihat di laman web www.waterkids.info atau menyertai mereka di facebook melalui http://on.fb.me/waterkidsgroup.

School holiday 2nd term nnti, dh tau dh nk how to fullfill your children time. mahal skit xpe. yg penting masa anak2 terisi, drpd mereka duduk melepak kt tmpt lain yg kita xtau kn....

Nota kaki: sgt menyesal sbb x amik lesen diving masa ada peluang dulu. sob..sob..

No comments:

Post a Comment