Snap shoot

Snap shoot

Saturday, April 30, 2011

Botox kah? Brontox kah?

Cewaahhhhh...

tak tahan...

ada cita-cita nak guna Botok. hahaha...

jgn keliru...yang aku maksudkan adalah blogspot ni..

tadi BW kt Makbed. Makbed tulih entry psl blogspot berubah wajah mcm ni ~ tekan dan baca

bila aku log in, blog aku masih pada ghupa yang asal macam ni


Apa yg telah berlaku?

Blogspot menggunakan Botox untuk menukar wajah 

atau...

Blogspot dah demam disebabkan serangan Brontox? memandai je aku ni.

Prince William and Kate's Big Day



JOHANNESBURG: Kate Middleton dikatakan menaruh hati kepada Putera William walaupun sebelum bertemunya di universiti.Cal Tomlinson, warga Afrika Selatan yang menjadi penyelia Kate ketika dia menjalani latihan musim cuti di syarikat kapal layar Challenge Business pada 2001 berkata, Kate memang menyimpan perasaan terhadap William sebelum memulakan pengajian di St Andrews.
“Kate tidak bercakap kosong ketika dia memberitahu ingin melanjutkan pengajian di Universiti St Andrews di Scotland dan menambat hati William adalah satu daripada impiannya,” kata Tomlinson kepada akhbar The New Age. Kate tidak mempedulikan pekerja lain dan Tomlinson berkata dia pernah menasihati mereka yang jatuh hati pada bakal puteri itu. “Saya terpaksa menasihati seorang rakan sekerjanya bahawa dia hanya membuang masa kerana Kate mempunyai sasaran yang lebih besar,” katanya. - AFP


Congratulations to Prince William and his wife

Gaun yg cantik. tak silap aku, 2 meter kot pjg gaun Kate. hihi..
Flower girls and boys yg cute.

Teringat Lady D bila nmpk cincin berbatu biru di jari kiri Kate. Prince William kan lamar Kate guna cincin mendiang ibu dia.

Berita hari, Kate pikat Prince William sejak remaja. giler lama dia pikat Prince William.

Thursday, April 28, 2011

Hari Askar Air

Happy Belated Navy's Day

to

my brother and ....

and

all the heroes out there



p/s: sorry baru ada masa nk menulis

Friday, April 22, 2011

Harus aku tunaikan permintaannya

Assalamualaikum,,,,,

Kursus sepanjang hari. agak letih yet, menambahkan ilmu. sampai rumah, setelah selesaikan kerja-kerja rumah, baru aku dapat duduk dgn selasa dan online.

Bulan ni agak sibuk. travelling around. kadang-kadang sampai ofis pun cuma utk letak beg jer. pastu amik fail dan kunci, 'jalan-jalan makan angin'. hohoho..

hari ni baru ada kesempatan jenguk blog kwn aku. CE
dan hari ni jugak aku baca psl kesihatan CE. 

Hari tu CE msg aku, ajak keluar. kebetulan CE ada berdekatan dgn ofis aku. tp, time tu aku sgt busy. handphone  pun aku main campak je atas meja. tak dan nak belek dah. balik rumah pun sama. letak barang, settle kn diri dan rumah, terus bummm...(tido). 

aku terjaga pukul 2 pagi, baru sedar yg handphone dah kehabisan bateri. cari charger jap. charge handphone. on hnadphone balik dan baru perasaan yang CE msg aku ajak keluar. huhuk...

sorry dear. betul-betul tak perasan msg u.

bila aku msg CE balik, dia ckp

~ it's ok ~

dan dia ada permintaan. dia minta aku ajar dia buat kek batik

HARUS AKU TUNAIKAN PERMINTAANNYA. 

menunaikan permintaan seorang sahabat, besar ganjarannyer kn? tp, bukan ganjaran yang aku pandang. keilkhlasan persahabatan, itu kunci utama. bila ikhlas, apa-apa pun kita akan buat utk kwn kita. lebih-lebih lagi bila kita tau keadaan kesihatan kwn kita mcm mane

CE, i pray for ur health and happiness. hope that you and your husband will be strong to face the challenge you've have now. i'm supporting you

CE, i sibuk mcm mana pun, i promise, i ajar u buat the healthy kek batik. 

sob..sob..

Wednesday, April 20, 2011

Nasi....lemak! Nasi...lemak (baca mcm budak-budak jual nasi lemak bwk dlm bakul)

Assalamualaikum.....

BW kt blog Makbed. asyik blog dia je aku baca yer. hahaha...ada hot topic pasal nasi lemak. hehehe...

Sekatan jualan nasi lemak di sekolah dibangkang18/04/2011 6:48pm
KUALA LUMPUR — Beberapa pertubuhan hari ini meminta kerajaan mengkaji semula arahan menghadkan penjualan nasi lemak di kantin sekolah kerana langkah itu kurang sesuai dan tidak menyelesaikan masalah.
Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan, Hashim Adnan berkata, sekatan penjualan nasi lemak kepada sekali seminggu tidak akan menangani isu obesiti pelajar jika kesedaran mengenai pemakanan berkhasiat pada kalangan ibu bapa masih rendah.
Sebaliknya kata beliau, ibu bapa sendiri harus memainkan peranan menggalakkan anak-anak mereka melebihkan pengambilan sayuran dan buah-buahan serta menekankan pemakanan seimbang.
"Tidak wajar penjualan nasi lemak dihadkan kerana ia makanan yang sinonim dengan masyarakat negara ini selain murah dan mengenyangkan,” katanya kepada Bernama ketika mengulas laporan media hari ini berkenaan peraturan tersebut yang berkuat kuasa serta-merta.
Mengenai cadangan agar Indeks Jisim Badan (BMI) dimasukkan ke dalam kad laporan prestasi pelajar, Hashim berkata perkara itu telah dilaksanakan menerusi subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK). — Bernama
Hot tak? hahaha....adakah lebih hangat dr Hot FM?

seperti yg aku tulis sblm ni, pendidikan dari rumah oleh ibu dan ayah tentang pemakanan adalah penting. kalau kerajaan dh jalankn usaha buat itu buat ini utk pastikan masalah obesiti di kalangan kanak-kanak berkurangan, tp, ibu bapa buat dek jer...tetap bagi anak-anak makan makanan yang Energy Dense, tak guna jugakkan.

Disebabkan tgh hot skrg ni psl larangan penjualan nasi lemak kt sekolah, aku nak share dengan korang nilai setiap tenaga makanan yang terpilih pd hari ini. Badan manusia memerlukan tenaga utk melakukan aktiviti harian dan tenaga didapati drp makanan. Namun kalau kita ambil tenaga makanan yang berlebihan dan TIDAK digunakan, ia akan disimpan sbg lemak dan penyebabkan peningkatan berat badan.

Nasi lemak biasa
Tenaga ~ (281 - 338) kcal





Nasi lemak + ayam goreng + telur mata
Tenaga ~ (800-1000) kcal






Mee kari
Tenaga ~ 702 kcal





Mee hoon sup
Tenaga ~ 355kcal





Roti canai, sekeping
Tenaga ~ 266kcal






Capati, sekeping tanpa kuah
Tenaga ~ 192kcal





Tosai, sekeping tanpa kuah
Tenaga ~ 210kcal





Popia basah, 1 biji
Tenaga ~ 74kcal





Popia goreng, 1 biji
Tenaga ~ 113kcal








pilihan makanan yg rendah nilai tenaga membantu memastikan berat badan kita berada pada BMI yg normal. bila dh makan, kita kena guna tenaga yg dah dimasukkan ke dalam badan ni dengan melakukan aktiviti harian dan senaman. bukan finger exercise. budak-budak zaman dulu, makan nasi lemak tp berat badan maintain jer.. kenapa?

dulu ada PS2, PS3?
dulu game kt komputer best mcm skrg?

sape-sape yg dh jwb soalan pd segmen 'Ketika Aku Kecil', korang tgk kt soalan permainan yang dimain semasa kecil...ada tak jwpn main PS2? or 5 jam duduk depan komputer main game? kalo ada pun bole kira dgn jari. selebihnya main ape?

teng-teng, konda kondi, aci ligan, bola cop, baling selipar dan mcm-mcm lagi. kebanyakan permainan yang kita main dulu, lps main confirm peluh. betul x? bila berpeluh tu, bermakna kita dh gunakan tenaga yg kita ambil dari mknn td. so, bdn kita maintain selim melim. kn..kn... hihi..

papepun, buatlah pilihan makan yg lebih sihat, kurang berminyak dan kurang gula.

sekian...

nota kaki: mcm rancangan 360 la pulak. hahahaha...

Monday, April 18, 2011

Menu baru cegah obesiti

SUBANG JAYA - Kerajaan menguatkuasakan serta-merta larangan penjualan makanan dan minuman tidak berkhasiat khususnya yang mengandungi gula serta garam berlebihan di kantin sekolah di seluruh negara bagi membendung risiko semakin ramai pelajar mengalami masalah obesiti.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai ketika mengumumkan perkara itu semalam menegaskan, pengusaha kantin juga hanya dibenarkan menjual nasi lemak sehari dalam seminggu.
Walaupun beliau menganggap nasi lemak mempunyai khasiatnya sendiri, pengambilan makanan itu secara kerap dan berlebihan akan mendorong seseorang itu mengalami obesiti.
"Peraturan melarang penjualan makanan tidak berkhasiat ini termasuk air bikarbonat bukan sahaja melibatkan pengusaha kantin tetapi juga penjaja lain di sekitar kawasan sekolah,'' katanya pada sidang akhbar selepas Konvensyen Panel Penasihat Klinik Kesihatan peringkat kebangsaan ke-5 2011 di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.
Komen aku ~
Satu usaha yg bagus oleh kerajaan. perkara ini bukan setakat di sekolah sahaja. pendidikan awal bermula dari rumah. Maka ibu bapa turut memainkan peranan penting dalam memastikan anak-anak mendapat makanan yang berkhasiat. bukan setakat 'mendapat makanan yg berkhasiat', malahan anak-anak tau mana satu makanan yang berkhasiat dan yg mana satu kurang berkhasiat kerana makanan sekarang lebih kepada 'Energy Dense' bukan 'Nutrient Dense'. 
Apa beza Energy Dense dgn Nutrient Dense?
Energy Dense ~ makanan tersebut mempunyai nilai kalori yang tinggi tetapi kurang nilai nutrien. Makanan jenis ini menyebabkan individu mengalami pertambahan berat badan. Kebiasaannya, makanan yang mempunyai kuantiti gula yang banyak, berminyak atau berlemak adalah makanan yang Energy Dense (sekiranya dimasak dengan kuantiti minyak atau lemak yang banyak). 
Nutrient Dense ~ makanan tersebut mempunyai nilai zat dan nutrien yang tinggi dan yang diperlukan oleh tubuh, tetapi nilai kalorinya adalah sederhana atau rendah. Makanan berserat spt sayur-sayuran adalah contoh makanan Nutrient Dense. sayur-sayuran kaya dengan vitamin, mineral dan serat. 
Kumpulan makanan yang lain seperti bijirin, buah-buahan, ikan dan ayam turut mempunyai kalori tersendiri.
Aku nk share, berapa sudu gula untuk minuman yang terpilih ni. Renung-renungkan

Berapa sudu gula yang disarankan dalam satu hari?
10 sudu teh je dalam satu hari

Friday, April 15, 2011

[Segmen] ~ Ketika aku kecil




BW kt blog Makbed. nampak satu segmen yang menarik dan jari jemari aku ni pun gatai nk buat segmen ni. hihi..lagipun dah lama tak update blog.

adik yang buat segmen ni, akak follow yer..

ok...mari kita jawab soalan exam yg diajukan

5 perkara nakal yang dilakukan ketika kecil

1. Picit anak ayam sampai anak ayam tu hembuskan nafas terakhir. hihih..yang ini arwah atok citer kat aku dengan adik-adik masa arwah atok sihat. arwah atok ckp ~ kakak korg ni, masa kecik, dia tangkap anak ayam, pastu lepaskan anak ayam dalam baldi yg ada air. lemas anak ayam tu. pastu, dia g picit anak ayam tu sampailah anak ayam tu meninggal.' aku sengih jer. hihihi..

2. main buaian adik sampai tercabut paku dan spring buaian tu kena kt muka aku. Sakit!

3. aku dengan angah turun ke padang permainan even ari hujan. sekali ada bas mini lalu and aku nmpk ibu ada dlm bas tu. kelam kabut lari balik rumah. hahahaha....sampai rumah, free-free dpt 'hadiah' dr ibu. grounded 1 week lepas tu. haih...

4. aku terpatahkan cermin mata aku. masa tu dh nk pergi sekolah dah. huhuhu...nasiblah aku tak jatuh tergolek-golek kat tangga sekolah. haih...takut!

5. main batu seremban dalam kelas masa kt sekolah agama. kantoi dgn ustazah. dan-dan tu jugak dpt 'hadiah'. hihi..

5 permainan yang dimain masa kecil dulu

1. teng teng
2. konda kondi
3. bola cop
4. main batu seremban
5. main tutup botol

Pengalaman pahit semasa kecil

ape ek..????haaa....ingat dah. aku kena pukau dan rantai yg arwah atok belikan utk aku dirampas oleh seseorang. serius aku tak sedar masa tu. yang aku ingat, dia ada bg aku makan gula-gula. pastu, bila dia minta rantai, aku main bagi je. moral of the story, hati-hati dengan orang yg tak dikenali. hensem or cantik mcm mana pun, berhati-hati.

Friday, April 8, 2011

Fibroadenoma

Want to share with you guys out there on one of female common conditions as sometimes might been notice and sometimes might not be notice by women. 



Fibroadenomas are solid, noncancerous tumors that often occur in women during their reproductive years. A fibroadenoma is a firm, smooth, rubbery or hard lump with a well-defined shape. It moves easily under your skin when touched and is usually painless. Fibroadenomas are more common among women in their 20s and 30s.
Fibroadenomas are one of the most common breast lumps in premenopausal women. Fibroadenomas range in size from less than 1 centimeter to several centimeters in diameter. They can get bigger during pregnancy and breast-feeding.
Treatment may include careful monitoring to detect changes in the size or feel of the fibroadenoma or surgery to remove it.

Symptoms


Fibroadenomas are solid breast lumps or masses that usually are:
  • Round with distinct borders
  • Easily moved
  • Firm or rubbery
  • Painless
A fibroadenoma may feel like a marble within your breast when you press on it. You can have one or many fibroadenomas. They usually grow to about 1 to 2 centimeters (cm) in size, but they can become even larger. A fibroadenoma that measures 5 cm or greater is referred to as a giant fibroadenoma.

Causes


The cause of fibroadenomas is unknown. However, fibroadenoma development is probably related to reproductive hormones. Fibroadenomas occur in greater frequency during your reproductive years, can increase in size during pregnancy or with estrogen therapy, and tend to shrink after menopause.

When to see a doctor
Normal breast tissue in healthy women often feels lumpy or nodular. If you detect the presence of any new breast lumps, however, or if a previously evaluated breast lump seems to have grown or otherwise changed, make an appointment with your doctor to get it checked out.

Mimpi atau dejavu?

Korang pernah alami tak keadaan camni?

Pada satu malam, waktu korang tengah nyenyak tido, secara tiba-tiba, korang mcm berada di satu tempat yg sedang berlangsungnya satu majlis. amik contoh majlis merisik dan bertunang sekali gus. yg pelik tu, korang tak kenal pun org-org yg menghadiri majlis tu. cuma korang kenal seorang je hamba Allah yang berada dalam majlis tu. itu pun dah lama giler tak bertanya kabar dan sikit pun tak ingat kat org tu. 

Majlis tu pulak, majlis meraikan hamba Allah yang korang kenal tu. kedua yang pelik nyer...tak de pertalian darah pun. bolehkah jadi begitu...???

the best part, mmg majlis tu akan berlangsung tak lama lg....

sungguh aku pening bila jadi kat aku.  hohoho...rasa mcm Nujum Pak Belalang pun ada gak ni. 

aiyoooo....

Tuesday, April 5, 2011

Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pulak tempat main masak-masak

yerrr,aku ndah gik sayuk ati ngenang suami di Tganu nun..gne tek b?dak hock kee seng,astaka msh cam besa?batu buruk?tok jembal?jgn lpk mk tomyam d bb2 k..rinduuuu!!!!!
Entry rindu dan sayu hati
copy paste dr seorang rakan, merangkap teman sebilik waktu main masak-masak dulu. huhuhu....

kwn aku asal dari sarawak. so, bahasa pun bahasa sarawak. meh aku terjemah sikit-sikit. kawan aku tulih ~

yerrr...sayu hati mengenang suami di Terengganu. hock kee seng (pasaraya), astaka masih macam biasa? pantai batu buruk? pantai tok jembal? jangan kupa makan tomyam kat kedai BB2 ok...rinduuuu!!!
lebih kurang gitu la bahasanyer. point kt sini, aku KANGEN BANGAT dengan tempat aku main masak-masak dulu. huhuk...orang suruh baca ABC, aku dok baca camner nk masak...hahahah...

Terengganu Darul Iman

Tempat kedua terjauh aku pergi pada usia awal 20-an. mula-mula sampai sana, rasa macam tak best. Watson pun tak de lagi time tu tau. McDonald pun tak de. yg ada KFC dgn A&W jer. hentam jela. janji leh makan burger selain dari gerai burger yg ada di depan tmpt tinggal kami dulu.

Setahun duduk di asrama, macam-macam kisah manis, pahit, suka dan duka yg aku lalui bersama rakan-rakan yang lain. bila time sifu-sifu mendera otak kami (exam), aku tinggal sendirian kt bilik. sebab? sorg balik umah...yela..dh umah kt negeri sebelah jer..balik jela kn. tak sampai 2 jam perjalanan. yg rakan dari Sarawak tu, baca ABC kt bilik kwn yg senegeri dengan beliau. yg lg sorg pun sama. baca ABC kt bilik kwn. last-last aku baca ABC sorang-sorang. hahaha..tak pela..layan je

Tahun kedua dan ketiga, duduk di rumah sewa, mengajar aku dan rakan-rakan erti berdikari. semuanya buat sendiri. tak bole lupa dengan plan spontan rakan serumah dengan budak rumah sebelah, nak pergi utara Pantai Timur. haaaa..korang fikir la..tempat ape kah itu...hihi...balik hari pulak tu. hohohoho...unsangkarable punya kerja kami buat.

Mandi air terjun Sekayu (plan kedua selepas jln ke Lata Chendering di tutup akibat tanah runtuh), makan keropok lekor, minum petang kat belakang airport, minum air gelas besar, main kayak kt Chendering....

Serius! aku rindu semua itu...

Monday, April 4, 2011

Cakap elok-elok tak boleh ker?

Assalamualaikum....

Sorry..lama tak update blog. busy dengan tugas yang tak pernah habis. cuti weekend pun kena buat keje jugak. huhuk. redah jela....malas nk semakkan otak dan hati dengan rasa tak puas hati. 

Haaaa.....dalam rasa sibuk memanjang tu, sempat jugak buat kek batik atas permintaan someone. hihi...dah alang-alang tu, aku bekalkan jugak untuk teman-teman di blok C. hihi...ucapan mereka pengubat rasa sibuk yg memanjang ni. teringat masa dulu-dulu, bila tension atau stress, aku suka drive kete. bwk la kete tu pusing-pusing satu bandar atau keluar dari daerah mastautin dulu. terubat tensi. la ni, nk drive jauh-jauh pun tak dan. huhuk...

Semalam, aku pergi cuci WSM. ada bau yg tak enak pada hidung aku. aiyooooo..masa sampai kt tempat cuci kete tu, ada sebuah kete yg sedang dilap kering dan bersedia utk di vacuum. aku relax je berdiri sambil tgk WSM kena mandi. kat sebelah aku tu berdiri tuan empunya diri kete yg sedang dilap dan bersedia utk di vaccumkn tu. 

yang tak best tu, empunya kete tu bole siap ckp lg dengan pekerja-pekerja kat situ, lap betol-betol kete dia. kasi kering sume tempat. yg tak tahan tu, tempat isi minyak tu pun dia suruh lap jugak. kalo dia suruh vacuum sekali tempat tu....aku tak tau la...

tu satu hal. bila pekerja dh siap vacuum, dia bole tanya lagi kat pekerja kt situ, kt seat belakang kete dia dh vacuum betol-betol ker? ayat pertanyaan lebih kurang cam gini ~

"kerusi belakang tu, you suda kasi vacuum bersih-bersih ke ha?"

aku rasa nak ketuk je kepala dia. bukan dia tak tgk dgn mata dia apa pekerja kt situ buat. lagi mau tanya. nasib la masa dia tgh ckp-ckp tu, WSM dh siap mandi. tinggal nk dikeringkan dan vacuum jer. so, lebih bagus aku layan WSM. 

pagi-pagi ni pulak, org atasan dh membebel. adoiiii...ni lagi sorg. kalo dpt marah, ayat mmg tak tahan. tak reti ckp elok-elok. Makbed, rasanya sama mcm Cik Pia kt tmpt Makbed tu la....hahahaha...hadoiiii..layankn je la...kalo melawan sat lagi, aku yg sakit. 

papo jela..

p/s: kak long, sorry...minta maaf banyak-banyak. tak dan nk tunaikan janji aritu. org cuba sedaya mungkin post kt blog psl perjanjian kita aritu ek