Snap shoot

Snap shoot

Thursday, December 2, 2010

Calorie counting - The Carbohydrate

Salam,
lama x menulis. huhuhu...
arini, nk tulih pasal Kalori. 
sebenarnya, setiap jenis makanan yg kita makan, ada nilai kalori.
nilai kalori inilah yg memberi tenaga kepada kita utk melakukan aktiviti harian.

sebelum menulis lebih lanjut psl kalori ni, kita kena tahu berapa byk kalori yg kita perlukn dlm sehari.
mengikut RNI Malaysia (Recommended Nutrient Intake), 
utk lelaki SIHAT yg berusia 19-59 tahun, mereka perlu mengambil sebanyak
2000 - 2400 kcal

utk perempuan SIHAT yg berusia 19-59 tahun pula, mereka perlu menngambil sebanyak
2000 - 2200 kcal

selepas kita tahu berapa byk yg perlu kita ambil dlm satu hari,
kita kena tahu pula berapa byk kalori yg dibekalkan oleh setiap jenis makanan yg kita makan dlm satu hari.
kita mulakan dgn makanan kumpulan
Bijirin, Gandum dan hasilnya serta sayuran berkanji

Nasi / Mee / Mee hoon / Kuey teow
Setengah Cawan
75 kalori





Biskut
3 keping
75 kalori





Roti putih / jagung
1 keping
75 kalori








Bubur kosong
1 cawan
75 kalori




Oats
3 sudu makan
75 kalori






to be continue...

Thursday, November 25, 2010

Derma Darah - Chapter 3

Salam,

Keistimewaan Untuk Penderma-penderma Darah

Sambungan kepada topik yg dibincangkan semalam mengenai Derma Darah
Untuk individu yg sudi mendermakan darah mereka, antara keistimewaan yg diperolehi ialah:

1 kali menderma - FREE rwtn pesakit luar dn rwtn perubatan (tidak termasuk byrn x-ray & pembedahan) & wad kelas dua utk tempoh 4 bulan

2-5 kali menderma - FREE rwtn pesakit luar & rwtn perubatan & wad kelas dua utk 4 bulan.

6-10 kali menderma - FREE rwtn pesakit luar 1 tahun dan rwtn perubatan kelas dua 6 bulan dn FREE pelalian Hep B.

11- 15 kali menderma - FREE rwtn pesakit luar 2 tahun dan rwtn perubatan dan wad kelas dua utk 1 tahun.

16-20 kali menderma - FREE rwtn pesakit luar dan rwtn perubatan wad kelas dua utk 2 tahun.

21-30 kali menderma - FREE rwtn pesakit luar dan rwtn perubatan dan wad kelas dua utk 3 tahun.

31-40 kali menderma - FREE rwtn pesakit luar  dan rwtn perubatan dan wad kelas satu utk 4 tahun.

41-50 kali menderma - FREE rwtn pesakit luar dan rwtn perubatan dan wad kelas satu utk 6 tahun.

> 50 kali menderma - FREE rwtn pesakit luar dan rwtn perubatan dan wad kelas satu utk 10 thn.

bykkn keistimewaan utk penderma darah...

DONATE BLOOD, SAVE LIFE

Wednesday, November 24, 2010

Derma Darah - Chapter 2

JENIS-JENIS PENDERMAAN

Pendermaan darah tidak hanya tetrumpu kepada darah merah sahaja kerana, dlm darah kita terdapat komponen-komponen lain yg juga boleh didermakn.

Dalam Chapter 1 pernah tulih pasal penderma whole blood dan penderma aferesis kn...
mari kita lihat ape itu penderma whole blood dan ape itu penderma aferesis

PENDERMA WHOLE BLOOD

penderma mendermakan darah yg turut mengandungi komponen-komponen seperti berikut:
  • sel darah merah
  • sel darah putih
  • platelet
  • plasma
darah ini diperlukan utk kes-kes pembedahan, mangsa kemalangan, merawat pesakit leukemia, barah, thalassenia, penyakit jantung, komplikasi pendarahan semasa bersalin, haemophilia dll. 
isipadu darah yg biasanya didermakan adalah sebanyak 450ml iaitu kurang daripada 1 pain darah (568ml).
papepun, bergantung pada berat badan penderma.
kalo berat badan 45kg je dn layak menderma, xkn bwk kuar darah smpi 450ml kn..
so, ikut berat badan.

masa yg diambil utk menderma adalah di antara 7-10 minit je. tp, penderma di nasihatkan utk berada di tempat menderma selama lebih kurang 30minit - 1 jam.

sebelum menderma darah, penderma dinasihatkan makan sedikit sebagai alas perut.

Darah merah yg telah didermakan memerlukan masa selama 120 hari utk digantikan semula 
*sbb tu derma darah yg seterusnya dibenarkan selepas 3 bulan
manakala plasma pula selama 24 jam


PENDERMA AFERESIS

Merupakan pendermaan komponen darah iaitu plasma atau platelet ataupun kedua-duanya sekali,
di mana komponen darah yg tidak diperlukan dikembalikan ke dalam badan penderma semula.

Derma Darah - Chapter 1

Salam,
BLOOD DONATION
Last Saturday, Blood Donation activity were held at my work place, so...i've decided to share some information on Blood Donation. *speaking London?

Oo...TIDAK!!!! tukar siaran jap
Okes...

Sebelum seseorg individu tu nk menderma darah, mereka perlu tahu mengenai kriteria penderma. Antaranya ialah:

  • sihat tubuh badan pada hari menderma
  • berumur di antara 18-60 tahun (kalo umur 17 tahun kena minta kebenaran bertulis ibu bapa atau penjaga. kalo umur lebih 60 tahun, kena ada kelulusan bertulis daripada doktor mengenai tahap kesihatan badan).
  • berat melebihi 45 kg. *hehehe
  • tidur melebihi 5 jam pada malam sebelum menderma
  • tiada masalah kesihatan
  • tidak mengambil sebranag ubat-ubatan atau menjalani rawatan gigi
  • tidak berpuasa - kena makan skit sblm menderma. sat g pengsan pulak...
  • tidak terlibat di dalam sbrg kegiatan aktiviti sosial yg berisiko tinggi *fhm2 la yer...
  • pendermaan terakhir sekurang-kurangnya 3 bulan  utk penderma darah penuh (whole blood) dan 2 minggu utk penderma aferesis *ni pun baru tau ni...
utk penderma WANITA:

  • tidak mengandung
  • tidak datang haid
  • tidak meyusukan anak
JGN derma darah jika anda:

  • prnh tggl di UK (United Kingdom. *bukan Ulu Kelang) atau Republik Ireland dr tahun 1980 hingga 1996 utk tempoh 6 bulan atau lebih.
  • prnh tggl di benua Eropah dr tahun 1980 hingga sekarang utk tempoh 6 bulan atau lebih  
*aku pun xtau kenapa...nnti nk p tanya.

Tuesday, November 16, 2010

Lactose Intolerance

Salam,

Entry kali ini berkaitan dgn bayi. Semua ibu2 yg mengandung pasti inginkn bayi yg sihat dn cergas minum Milo anda jadi sihat dn kuat. Selepas melahirkan, bayi anda akan dibawa kepada anda utk penyusuan yg pertama iaitu susu ibu. kenapa? sbb susu ibu adalah susu yang terbaik kerana mengandungi kolostrom yg diperlukan utk perkembangan sistem imun bayi. Namun begitu, ianya bergantung kepada keadaan kerana, ada juga bayi yg tidak dpt minum susu ibu kerana sebab2 tertentu. antaranya, ibu tidak sihat selepas melahirkan atau pun susu ibu tidak terhasil. Jadi, bayi akan diberikan susu formula utk proses pertumbuhan dn perkembangan bayi.
Namun begitu, ada dikalangan bayi yg tidak boleh bertoleransi dgn susu formula kerana akan mengalami simptom spt cirit-birit, muntah, angin dn senak perut (time ni, bayi akan menangis). Keadaan ini bukan berlaku sekali shj. ianya berlaku berulang kali. 
Bila anda bwk bayi anda jumpa doktor kanak2, doktor akan buat ujian dn doktor akan ckp 'anak puan xbole minum susu lembu. dia kena minum susu formula lain sbb dia xbole tolerate dgn susu lembu.' Keadaan ini dipanggil Lactose Intolerance.

Jom, kita baca berkenaan Lactose Intolerance

Lactose Intolerance, juga dikenali sbg kekurangan enzim laktase bermaksud, anda atau bayi anda tidak bole mencernakan laktosa yang ada pd produk tenusu dgn sempurna. Ia tidak merbahaya tetapi, simptom yg dialami membuatkan anda atau bayi anda tidak selesa. 

Masalah utama yg menyebabkan Lactose Intolerance ini adalah kekurangan laktase - enzim yg dikeluarkan oleh usus kecil anda. Kebanyakan individu mengandungi paras laktase yg rendah tetapi kebanyakannya tidak mengalami tanda2 awal dn simptom2. Seseorg individu akan didiagnos sbg Lactose Intolerance apabila mempunyai paras laktase yang rendah dn menunjukkan tanda2 awal dn simptom kepada Lactose intolerance.

Dengan menghadkan dn berhati2 semasa memilih makanan yg berasakn susu, anda bole mengawal simptom Lactose Intolerance
Tanda2 awal dn simptom kepada Lactose Intolerance biasanya bermula 30 minit hingga 2 jam selepas anda makan makanan atau minum minuman yg mengandungi laktosa. Tanda2 awal dn simptom yg biasanya berlaku adalah:
  • Cirit-birit
  • Loya
  • Abdominal cramps
  • Senak perut
  • Berangin
Symptoms are usually mild, but they may sometimes be severe. 

Secara normalnya, sel-sel pada dinding usus kecil anda akan mengeluarkan enzim laktase. Enzim laktase ini akan bergabung dgn molekul laktose yg terdapat pd makanan atau minuman yg berasaskn susu dan dipecahkan kepada 2 gula ringkas - glukosa dan galaktosa - dan akan diserap ke dalam salur darah.

Untuk individu yg kekurangan enzim laktase, pemecahan laktosa tidak berlaku dgn sempurna dan makanan yg tidak diproses itu akan dibawa ke usus besar, di mana bakteria usus akan berinteraksi dgn makanan atau minuman tersebut. Ini menyebabkan Lactose Intolerance - angin, senak perut dan cirit-birit.

3 jenis Lactose Intolerance:
Penuaan (Primary Lactose Intolerance)
Kebiasaannya badan anda akan menghasilkan enzim laktase yg byk semasa lahir dan peringkat kanak2 semasa susu merupakan makanan utama anda. penghasilan enzim laktase akan berkurangan apabila anda mula makan pelbagai jenis makanan dan kurang makan makanan atau minum minuman yang berasaskn susu. penurunan yg berkala ini akan menyumbang kepada simptom Lactose Intolerance.

Akibat sakit atau cedera (secondary Lactose Intolerance)
Ianya berlaku apabila usus kecil anda mengurangkan pengeluaran enzim laktase selepas sakit atau pembedahan atau akibat kecederaan pada usus kecil. Ia berlaku akibat daripada penyakit usus spt penyakit Celiac, radang usus dn Inflammatory Bowel Disease spt Crohn's Disease. Rawatan terhadap penyakit ini akan mengembalikan paras enzim laktase anda, mengurangkan kesan dn simptom dn ianya mengambil masa.

Sejak lahir (congenital Lactose Intolerance)
Ianya mungkin berlaku, tetapi jarang berlaku utk bayi dilahirkan dgn ketiadaan aktiviti enzim laktase. Keadaan ini merupakan keadaan turun temurun dan diwarisi yg dipanggil autosomal recessive. Ini bermaksud, kedua2 ibu dan ayah menyumbangkn gen kepada Lactose Intolerance. Bayi yang mengalami Lactose Intolerance sejak lahir, tidak dpt bertoleransi dgn susu ibu dan mengalami cirit-birit sejal lahir. Bayi Lactose Intolerance memerlukan lactose-free infant formulas
 
Camner nk kurangkan tanda2 awal dn simptom?

Hadkan makanan dan minuman yg berasaskan susu dan tenusu

Untuk sekian lama, produk tenusu merupakan cara yg paling mudah utk mendapatkan vitamin dn mineral terutamanya Kalsium. apabila anda menghadkan makanan dan minuman yg berasaskn susu dn tenusu, ini bermakna ada kekurangan Kalsium. Selain drp susu, Kalsium bole didapati drp sumber makanan yg lain spt: 
  • Almonds
  • Bok choy
  • Broccoli
  • Calcium-fortified products, such as breads and juices
  • Canned salmon
  • Kale
  • Milk substitutes, such as soy milk and rice milk
  • Oranges
  • Pinto beans
  • Rhubarb
  • Spinach
  • Tofu
Berhati2 semasa memilih produk tenusu
Tidak semestinya anda menjauhi makanan tenusu. kebanyakan individu yg mengalami
Lactose Intolerance masih bole menikmati produk susu dn tenusu tanpa mengalami simptom dn sekaligus membantu meningkatkan toleransi anda dgn produk tenusu dgn pengambilan yg berkala.

Tips utk mengurangkn simptom Lactose Intolerance
  • Pilih hidangan produk tenusu dgn sederhana - Hirup sedikit demi sedikit susu utk sekali minum. Hidangan yg sederhana membantu mengurangkan masalah perut.
  • Minum susu bersama makanan.Minum susu bersama makanan, berbanding minum susu shj kerana, ia akan melambatkan proses pencernaan laktosa dan mengurangkn simptom Lactose Intolerance.
  • Ber eksperimen dgn produk tenusu. Tidak semua produk tenusu mengandungi kauntiti laktosa yg sama. Cthnya Swiss or cheddar, mengandungi kuantiti laktosa yg sedikit dn tidak menyebabkan simptom. Anda mungkin bole bertoleransi dgn produk susu spt yogurt kerana bakteria yg digunakan semasa proses kultur mnghasilkn enzim yg memecahkan laktosa
  • Beli produk rendah laktosa atau lastose free

Monday, November 15, 2010

Testing..testing....

Testing..testing 1,2,3 for adding social book marking button...
saya suka bunga lily....

BiLa Kita Boleh Menjadi TUNANGAN orang tanpa sedar

Salam,
Terjumpa an interesting article on engagement topic. Jom kita baca dn jadikan panduan...

Percaya atau x, kita boleh ber”tunang” tanpa sedar?? Yup, kita boleh bertunang tanpa kita sedar, bila seorang lelaki, berhasrat untuk mengambil seorang perempuan untuk dijadikan isteri. Eh, itu memang normal bukan? Tapi, yang anda mungkin x tahu, anda sebenarnya sudah bertunang bila situasi seperti berikut berlaku:


Lelaki menyatakan hasrat ingin menjadikan perempuan itu isterinya, dan perempuan itu bersetuju. Adakah dikira telah bertunang? Padahal tidak ada ibu bapa perempuan tersebut.

Pinang dari segi hukum fiqah, bererti pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin pada pihak perempuan. Itu dipanggil pinang. Bila perempuan menjawab setuju, maka jadilah perempuan itu tunang laki tersebut.

Situasi yang dianggap pinangan:


"Aku nak jadikan kamu sebagai isteriku"

"Kahwinlah dengan kita bila2"

Bila si perempuan bersetuju, dia akan jadi tunang. Sama ada bercakap dalam telefon, tetap dah jadi tunang.

Contoh:
"lelaki sebut dalam telefon, "I nak jadikan u isteri I lah"
Perempuan tersebut jawab, I sukalah, I setujulah, oraitt I’m fine, oklah, I redha atau apa2 yang menunjukkan dia suka dengan “pinangan” lelaki tersebut, maka ia sudah dianggap bertunang.

Jadi, bila dia dah jadi tunang orang tanpa sedar, bila ada lelaki yang meminang, hukumnya haram.




Kita orang melayu time nak tunang duk bawang rombongan 1 bas, bawak barang2 pinangan, itu sebenarnya adalah ADAT bukan dari segi hukum Islam. Dari segi hukum Islam, dah jatuh hukum tunang.

Persoalan ialah bila Ibu bapa xde. Mengikut hukum syarak, kalau perempuan itu sudah diizin pada syarak. Sebagai contoh, perempuan yang cerdik, yang baligh, yang blh berfikir, etc dia sudah dianggap bertunang.

Bila perempuan tu x menepati hukum syarak tersebut, contoh seperti x baligh lagi(baru darjah 3 mungkin), perempuan tu bodoh(x boleh berfikir), gila, dan sebagainya, makanya wali diperlukan untuk jawab “pinangan” tersebut.

Haaa, adakah anda ternganga bila tiba2 tau anda sudah menjadi tunangan orang tanpa sedar?? Haaa, ayokkk, x tau. Hehehe.

Sunday, November 14, 2010

World Diabetes Day

Salam,
14th November is the World Diabetes Day. For many years, each country, each hospital, and NGOs in the world did campaign for public on Diabetes. The campaign was done well with intention to provide information and awareness for the public. But, the numbers of people having diabetes grows over the year and a lot of money was spent for diabetes treatment.
Diabetes is a slow and silent killer. The complication of diseases due to diabetes takes long term period of progression. Diabetes cannot be cure and there's no single treatment or medicine to cure diabetes. But, diabetes can be control with a lifestyle therapy.
Complication of Diabetes

Lifestyle therapy for diabetes patient involve in maintain ideal body weight, control and maintain blood pressure, healthy eating and exercise. 
When patient was diagnosed with diabetes, the things that come across their mind are:
  • What can i eat after this?
  • How much that i can eat?
  • Can i take sugar?
For diabetes patient, the food that will trigger their blood sugar comes from Carbohydrate (CHO) foods. There's 2 types of  CHO:
  • Simple - will raise the blood sugar rapidly
  • Complex - will raise the blood sugar slowly with moderate amount of consumption.

 Simple CHO comes from refined sugar, honey, jem, sweetened foods and drinks, fruit and milk. While Complex CHO comes from Grain, Cereal & Cereal products and also from starchy vegetables.

Diabetic patients need to distribute their CHO foods equally throughout the day because it's help to keep the blood sugar patterns evenly. 
Fiber will help diabetic patient to keep their blood sugar evenly. Fiber can be found in green leafy vegetables, fruit and grains. It is encourage for diabetic patients to consume 1-2 cups of green leafy vegetables or ulam per meal.

Remember that, only 2 servings of fruits per day is allow for diabetic patient (1 serving for Lunch and 1 serving for Dinner) and same goes as milk. It is recommended to take Low Fat Milk or Skimmed Milk for diabetic patient.

For a good control blood sugar diabetic patient, a serving of sugar and products can be consider for them while for the poor control blood sugar diabetic patient, it is not advisable for them to consume sugar and products until they manage to control their blood sugar level.

For the simplest way to remember the concept of eating for diabetic patient, kindly see the picture below


Distribute CHO equally and have regular meal timing

3 major component in managing diabetes: healthy eating, exercise and medicine

Saturday, November 13, 2010

Tribute to Preggy Mummy 4 - last chapter

Salam,
So sorry for the delayed on the next chapter to Preggy Mummy. Blame it to courses and workshop. (hahahaha...abis kalo bos baca blog aku ni. kui..kui..kui..)
wokes...we proceed to our next chapter on Iron (Zat besi) and Vitamin C. (tetiba lk nk ckp London. hehe..)
Q: What is the function of Iron and the importance of it?
A: Is essential for formation of red blood cells, help carry oxygen around the body

Q: What happen to the mother who is lack in Iron consumption?
A: Mother will experience ANEMIA

Q:  What are the sources of Iron?
A: The sources of Iron are 

Other than that, Iron also can be found in green leafy vegetables
Q: Does Iron needs help to be absorb?
A: Yes. Iron needs help from Vitamin C for better absorption.

Q: Is there any foods that will inhibit the absorption of Iron?
A: Yes, there are foods that inhibit Iron absorption, such as tea, and coffee, should be consumed separately from iron fortified foods and iron supplements.

Vitamin C
Q: What is the function of Vitamin C?
A: Vitamin C promotes healthy gums, teeh & bones. And also helps iron absorption and it is important for healing.

Q: Where can we get Vitamin C?
A: Sources of Vitamin C are
 
End of Chapter.
 

Monday, November 1, 2010

Tribute to Preggy Mummy 3

salam,
huagghhh....sungguh xde mood mau buat keje. huhuk...pdhal ada tugas yg menanti. kena baca resepi lg in 2 weeks time. slides xbuat lg. idea x mari. huhuk... Oh! idea..marilh kamu...
ok. kita teruskan dgn next chapter utk preggy mummy.

Chapter: Kalsium

Q: Apakah kepentingan kalsium semasa mengandung?
A: Kalsium amat penting semasa mengandung. kalsium membantu membina tulang dn gigi yang kuat, membantu utk pembekuan darah yg normal dn membantu otot dan saraf utk bertugas demi negara berfungsi dgn normal dn memastikan jantung berdegup dgn normal..

Q: Kalau xcukup kalsium masa mengandung, camner?
A: Katakan YA pada Yakult pada kalsium, sbb? kalo xcukup kalsium masa mengandung, kemungkinan besar, tulang bayi akan lemah dn perkembangan bayi terbantut. dan lagi, kalo masa mengandung, ibu2 xsuka minum susu, ibu2 akan alami kekejangan yg selalunya org tua2 panggil tarik mengkarung (aku pun xtau camner rasa kejang tarik mengkarung tu. ngeee..) dn, utk jangka masa pjg, ibu2 mudah mdpt osteoperosis. (erk..!!!)

Q: Mana mau cari kalsium?
A: Kalsium...marilh kamu kalsium... ;p biasanya doktor akan bg pil kalsium pada ibu2 yg mengandung. (doktor dh bg tu...mkn. jgn buat pekasam) dan sumber kalsium yg terbaik adalah susu (sure ramai yg xminum susu ni...hihi..) kalo xbole minum susu, sumber kalsium yg lain ~
  
ikan bilis pun salah satu sumber kalsium. make sure basuh bersih2. buang yg kotor2 tu yer..

Q: Macamana kalsium diserap ke dalam badan?
A: Kalsium TIDAK BOLEH bertindak sendiri. kalsium PERLUKAN BANTUAN drp Vitamin D utk diserap ke dalam badan.

Q: Vitamin D? mana mau dapat?
A: Vitamin D sgtlh senang utk didapati. tgk gmbr ni


 haaaa..senangkan nk dpt Vitamin D? nk2 gmbr yg mula2 tu. free of charge.cuma, jgn la p berjemuq smpi ptg..itu dh lain namanya. itu saje menyerah diri pd sinaran UV. chy matahari waktu pg. smpi kul berapa? smpi kul 10 pagi cukup la..pastu balik. sat g mak marah. kalo mak xmrh, bos yg mrh sbb tuang keje. hihi..

Q: Berapa gelas susu nk minum? 
A: kalo ibu2 dibekalkn dgn pil kalsium, 2 gelas susu sehari dh mencukupi. kalo doktor xbg pil kalsium, kena minum 3-4 gelas susu sehari (4 gelas sehari? huhuk..xpela..demi baby kn..kn..)

to be continue...
 

Thursday, October 28, 2010

Tribute to Preggy Mummy 2

salam,
sambungan Nutrition During Pregnancy....
sorry..lmbt menghapdet blog. sensaja agak busy.
okes...aritu dh citer psl berat badan dn BMI.
kali ni nk tulih pasal...
eh..eh..xabis lg la psl berat bdn tu...
xpe..xpe..kita samb psl berat badan


Q: ok, kenapa pentingnya berat bdn semasa mengandung?
A: pertambahan berat badan penting semasa mengandung kerana, kalo pertambahan berat badan berlebihan, ibu akan mengalami sakit belakang, sakit kaki, letih dan kembang urat. kalo berat badan ibu tu xbertambah langsung atau naik sikit je (mayb ibu jaga mkn sgt), kesannya lbh kepada bayi. masa lahir, bayi akan mengalami low birth weight, jangkitan pd salur pernafasan dan telinga, asma, pertumbuhan yg terbantut dan IQ yg rendah.


Q: kenapa pentingnya pertambahan berat badan yg bersesuaian?
A: ianya penting sbb, memudahkan proses kelahiran (kalo xcukup berat badan, camner nk push kn...kn...) dan menambahkan pengeluaran susu.


Q: kalo mengandung kembar...camner?
A: haaaa..mesti ada yg ingat, kalo ngandung kembar, kena doublekn penambahan berat badan tu kn? ooo..TIDAK..!!!bukan double ek..kalo pregnant twins, cuma tmbh (3.5-4)kg je drp penambahan berat bdn yg kita dh bincang dulu (Tribute to Preggy Mummy)

okes, dh abis psl berat badan. skrg kita masuk new chapter lak. 
tajuk chapter ni adalah Chapter Folic Acid...


Q: ape itu folic acid?
A: kalo korg xbiasa dgr nama folic acid, cuba korg ingat, kot2 prnh dgr nama2 ni ~ folate, Vitamin B9. nama2 itu adalah seangkatan dan sewaktu dgn folic acid.


Q: kat mana nk dpt folic acid?
A: kt kedai farmasi la. biasanya, doktor akan prescribe ubat ni dn korg bole amik kt farmasi hospital atau p je kt kaunter klinik. nnti kakak / adik kt kaunter tu bg.


Q: apa pentingnya folic acid ni?
A: uih..!!!penting...amat penting. kalo org yg planning nk ngandung, sebulan dia kena mkn folic acid ni tau. kalo dh ngandung, lg la kena mkn sbb? untuk perkembangan saraf tunjang dn sistem saraf bayi. 2ndly, untuk pembentukan sel darah merah. 3rd, utk mengurangkan risiko kecacatan saraf tunjang bayi atau lbh dikenali sbg Spina Bifida (tgk gmbr bwh ni)


kesian kn...huhuk.jd, pastikan korg amik folic acid ni. jgn skip2. kalo plan nk preggy, leh cuba amik folic acid selama sebulan.


Q: makanan ape yg mengandungi folic acid?
A: tgk gmbr kt sebelah.




kalo yg internal organs tu, mkn biar berpada2. sat g kolesterol pulak yg naik. ;)


okes, chapter akan bersambung di lain hari. 




Wednesday, October 27, 2010

Tribute to Preggy Mummy

salam,
semalam, sorg sahabat bertanya 'tgh tulih blog ker?' sewaktu kami pause chatting ym. haha..
jwpn aku 'x..xde idea.' heheh...masa iron baju td, berdezup idea dtg. hihi...kali ni nk share psl Preggy Mummy.

bila seorg perempuan tu disahkan mengandung (xkiralah anak yg ke-berapa pun), few things come across their mind, especially for the 1st timer. macam-macam yg diorg akan fikir. 

antara perkara yang diorg akan fikir ~
  • ape nk mkn ek kalo muntah2?
  • eerrr..kalo bulu2 kucing ni, mdtgkn kesan x pd baby?
  • supplement ape nk mkn ek?
  • alamak! rumah tgh renovate..!!!aduh..habuk!
  • baby cukup mkn ke tidak?
  • bila la nk rasa baby gerak2?
tu antara soalan yg bermain di fikiran. byk lg soalan2 yg akan berdezuppp, timbul difikiran.
so, entree ini khas utk ibu2 yg mengandung (yg blum mgandung lg, kalo nk baca pun bulih ja...ilmu maaa)


tajuk utama entree ini adalah ~ Nutrition During Pregnancy
Q ~ kenapa pentingnya pemakanan yang sihat dn seimbang semasa mengandung?
A ~ untuk memastikan perkembangan bayi yg sihat, untuk memastikan ibu sihat sentiasa (kalo xsihat, cpt2 jumpa doktor) & untuk memenuhi keperluan nutrisi dan memastikan peningkatan berat badan yg bersesuaian sepanjang tempoh mengandung.


Q ~ apakah komponen utama utk memastikan ibu mengamalkan pemakanan yg sihat dan seimbang semasa mengandung?
A ~ peningkatan berat badan yg bersesuaian, mkn berpandukan kepada Piramid Makanan Malaysia (jgn pulak ikut Piramid Makanan overseas), pengambilan vitamin dan supplement spt yg diarahkan oleh doktor anda, elakkan perkara2 yg memudaratkan bayi dan diri anda spt minuman keras, rokok serta benda2 yg merbahaya & pengendalian makanan yg selamat.


Q ~ berapakah peningkatan berat badan yang bersesuaian semasa mengandung?
A ~ peningkatan berat badan semasa mengandung, bergantung kepada Body Mass Index (BMI) sebelum mengandung (sape xtau kira BMI, angkat tgn...) kalo ~
  • Underwieght: naik berat bdn sbyk 13-18kg / 9 bulan
  • Normal: naik berat bdn sbyk 11-16kg / 9 bulan
  • overweight: naik berat bdn sbyk 7-11kg / 9 bulan
  • Obese: naik berat bdn sbyk 5-9kg / 9 bulan
Q ~ camner nk kira BMI?
A ~ ni formula BMI


    
ok...dh tau formula BMI...ada lg soalan?
oo..pengkelasan BMI lk kn...sat2

ok..dh tau BMI classifiaction kn..kn..kn..
so, bole la agak2 berapa berat bdn yg dibenarkan spjg tempoh mgandung.
to be continue...(sudah ngantuk. huhu)

Tuesday, October 26, 2010

Penawar Hati

Salam,
Ada msg kt inbox facebook.
Click pd ikon msg n tgk ada msg dr group Ingat Mati.
Bila dh baca, perkara ini perlu dikongsi bersama ~

Hassan al-Basri r.a. berkata: "Ketika saya berkeliling di jalan-jalan kota Bashrah dan di pasarnya dengan seorang pemuda ahli ibadah, tiba-tiba saya melihat seorang tabib yang sedang duduk di atas kerusi."

Dia dikelilingi oleh laki-laki, perempuan dan anak-anak.

Di tangan mereka masing-masing terdapat gelas yang berisi air. Mereka meminta petua dan ubat untuk penyakitnya.

Kemudian, pemuda yang bersamaku maju ke depan tabib, lalu dia berkata:

"Wahai tabib, apakah kamu punya ubat yang mampu membersihkan dosa dan menyembuhkan penyakit hati? "

Kemudian, si tabib itu menjelaskan:

"Ambillah sepuluh macam ramuan:

1. Ambillah akar pohon fakir bersama akar-akar pohon tawaddhu' (kerendahan hati),
2. Campurkanlah padanya tumbuhan taubat,
3. Taruhlah ke dalam bekas keredhaan,
4. Tumbuklah dengan penumbuk qana'ah,
5. Masukkan dalam kuali taqwa,
6. Lalu tuangkanlah padanya air malu,
7. Didihkanlah dengan api mahabbah,
8. Tuangkanlah ke dalam gelas syukur,
9. Kemudian kipaslah dengan kipas harapan,
10. Lalu minum dengan sudu pujian.

Sesungguhnya jika kamu mengerjakan hal itu, maka akan menjadi ubat bagimu dari semua penyakit dan bencana di dunia dan di akhirat." - Dipetik daripada Kitab Nashaihul 'Ibad, Imam Nawawi

Sunday, October 24, 2010

Sebarkan lah ;)

salam,
dpt msg ni kat fb. ayat2 yg best n perlu dikongsi bersama ~ 

Jika isteri menangis dihadapanmu….
“hargai lah ia sblm terlewat…”
Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.
Wahai suami2, jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …
Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.
Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?
Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..
SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .
PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.
Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal…
Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…
Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg soleha dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mrk begitu berHARGA… Dan sangat berHARGA. 

credit to CE 

Saturday, October 23, 2010

ZINA AKAN BERTERUSAN WALAU PUN DAH DI IJABKABUL..

salam
sambil-sambil check email, terjumpa email spt yg bertajuk di atas. 
renung-renungkan...dan selamat beramal (pinjam tagged line yer Ustaz yg selalu ckp kt HOT FM.)


BACA UNTUK PENGETAHUAN SENDIRI DAN PEDOMAN SEMUA...HIDUP
SEBAGAI SEORG BERNAMA ISLAM JGN TERUSAN DLM KEJAHILAN.


Sesungguhnya, permasalahan ini berat. Perhatikan soalan 1 - 5.


Perkahwinan  seumpama ini Hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga biasanya  memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat tahu anak
pregnant luar nikah, cepat-cepat kahwinkan.


Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak hidup dalam zina sampai bila-bila....

Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak persoalan lain timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya kongsikan bersama anda di  sini kerana ianya amat penting:

Soalan 1 : Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah?

Jawapan 1 : Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia  mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?
Jawapan 2 : Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.
Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?
Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakana ayah kepada bayi yang dikandung itu.
Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk memperbetulkan keadaan?
Jawapan 4 : Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.   
Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?
Jawapan 5 : Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan itu tidak sah!!!   
Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah?
Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.
 
Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya sendiri?
Jawapan 7 : Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.


Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim dan seorang wanita Muslim (atau bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang sewajarnya?

Jawapan 8 : Mereka mesti tinggal berasingan segera dan menunggu sehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.>


Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri?
Jawapan 9 : Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.

Kesimpulannya: Ibubapa, saudaramara, org2 kampung, tok2 imam, tok2 kadi Dan saksi-saksi yang tahu akan keadaan tersebut tetapi mendiamkan, membiarkan atau membenarkan pernikahan tersebut diteruskan maka mereka juga tidak terlepas daripada menanggung azab Dan seksaan samada didunia atau pun diakhirat....
 Tolong jangan abaikan email ini. Ini merupakan satu perkara yang serious jadi, fahami Dan dalami betul-betul Dan bincanglah dengan Imam/ustaz sekiranya perlu.   Mafhumnya:

Katakanlah: 'Sesungguhnya sembahyangku Dan ibadatku, hidupku Dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara Dan mentadbirkan sekalian  alam'.


WAHAI PARA SAHABATKU. .. .INSAFI LAH DIRI.


USTAZ ROSLI ALHAFIZ.