Snap shoot

Snap shoot

Saturday, October 23, 2010

ZINA AKAN BERTERUSAN WALAU PUN DAH DI IJABKABUL..

salam
sambil-sambil check email, terjumpa email spt yg bertajuk di atas. 
renung-renungkan...dan selamat beramal (pinjam tagged line yer Ustaz yg selalu ckp kt HOT FM.)


BACA UNTUK PENGETAHUAN SENDIRI DAN PEDOMAN SEMUA...HIDUP
SEBAGAI SEORG BERNAMA ISLAM JGN TERUSAN DLM KEJAHILAN.


Sesungguhnya, permasalahan ini berat. Perhatikan soalan 1 - 5.


Perkahwinan  seumpama ini Hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga biasanya  memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat tahu anak
pregnant luar nikah, cepat-cepat kahwinkan.


Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak hidup dalam zina sampai bila-bila....

Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak persoalan lain timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya kongsikan bersama anda di  sini kerana ianya amat penting:

Soalan 1 : Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah?

Jawapan 1 : Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia  mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?
Jawapan 2 : Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.
Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?
Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakana ayah kepada bayi yang dikandung itu.
Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk memperbetulkan keadaan?
Jawapan 4 : Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.   
Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?
Jawapan 5 : Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan itu tidak sah!!!   
Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah?
Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.
 
Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya sendiri?
Jawapan 7 : Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.


Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim dan seorang wanita Muslim (atau bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang sewajarnya?

Jawapan 8 : Mereka mesti tinggal berasingan segera dan menunggu sehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.>


Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri?
Jawapan 9 : Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.

Kesimpulannya: Ibubapa, saudaramara, org2 kampung, tok2 imam, tok2 kadi Dan saksi-saksi yang tahu akan keadaan tersebut tetapi mendiamkan, membiarkan atau membenarkan pernikahan tersebut diteruskan maka mereka juga tidak terlepas daripada menanggung azab Dan seksaan samada didunia atau pun diakhirat....
 Tolong jangan abaikan email ini. Ini merupakan satu perkara yang serious jadi, fahami Dan dalami betul-betul Dan bincanglah dengan Imam/ustaz sekiranya perlu.   Mafhumnya:

Katakanlah: 'Sesungguhnya sembahyangku Dan ibadatku, hidupku Dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara Dan mentadbirkan sekalian  alam'.


WAHAI PARA SAHABATKU. .. .INSAFI LAH DIRI.


USTAZ ROSLI ALHAFIZ.

5 comments:

  1. Maaf kak haya..sdikit prsoalan di cni. setakat yg pnah sy blajar, seseorg prempuan yg hamil boleh brkahwin dgn lelaki yg mnghamili dia, dgn syarat, bayi trsebut dilahirkan 7bln lps itu, mknanya anak itu boleh dibinkan dgn bapanya. jika tidak, maka anak itu adalh anak tdk sah taraf atau anak luar nikah. cth, jika prempuan A brkahwin dgn llaki B ketika kandungan brusia 1bln (hasil mereka brdua), maka ank trsebut akan dilahirkan 8bln slps itu, jd blehlah dibinkan dgn B..jd, sy sdikit musykil bila mngatakn bhw prempuan itu tdk boleh mngahwini llki trsebut. mana tahu jika ada pnjlasan yg saya tdk tahu..wallahualam..

    ReplyDelete
  2. Farahi,
    Salam..
    bermacam2 pandangan yg diberikan. apa2 pun, rujuk pd Al-Quran. hukum yg telah dinyatakan di dalam Al-Quran. rasanya kena buka balik kitab dn baca serta fahami rukun, hukum dn syarat2 ijab kabul.

    ReplyDelete
  3. tapi apa yang yatie tahu...anak yang dikandungkan adalah tetap anak luar nikah dan tidak boleh di bin atau bintikan dengan nama bapa nyer...akan tetapi undang2 membolehkan namakan anak itu bersama2 dengan nama bapa nyer tanpa bin atau binti...dan pasangan tu tidak boleh bernikah sehingga anak itu dilahirkan.apa2 pun kene refer semula~!

    ReplyDelete
  4. didaftarkan dengan cth:Abdullah maulad Abdullah..

    ReplyDelete