Snap shoot

Snap shoot

Monday, December 19, 2011

Pening lalat? ke..mabuk?

Lama dah tak menulis. sorry yer kawan-kawan..busy tak hingat...dari bulan lepas sampai bulan ni..

eh!

lupa lak...

aku telah selamat dipuankan. hihik..kenduri 3 hari deret. belah perempuan dengan belah lelaki. bukan ape...kenduri deret terus, memudahkan sedara mara yang duk jauh. tak perlu nk berulang alik masa nak menghantar pengantin. penat pun sekali jer...pas habis kenduri, bole rest (bergantung pada individu yer....ini pendapat aku jer..) 

ok..tu citer 3 minggu yang lalu..

sekarang ni aku ada masalah lain...

2 minggu lepas, aku rasa nak melayang masa kat ofis. nasib aku sempat pegang dinding. pastu..aku tak nak makan nasi. tengok nasi, rasa nak makan. tapi tekak tak nak mkn...last week aku try jugak makan nasi...paksa diri!

semalam, ada hari keluarga belah mertua. sungguh la ramai orang. serius, aku tak ingat nama sorang-sorang yang MIL kenalkan. yang rapat2 tu aku kenal ler...hihik...on the way nak ke tempat hari keluarga, masa Incik Suami tgh drive, aku menggatalkan tangan membersihkan compartment kat tengah-tengah seat kete. selalu tu, aku tunduk ker..aku buat keje dalam kete ker..tarak hal punya..semalam, aku rasa pening yang nk melayang tu masa tengah bersihkan compartment tu. smlm mkn nasi. on the way balik umah ibu, aku rasa  macam pening-pening gitu. 

arini lak..tengahari td, aku lunch. amik nasi sikit. sekarang ni aku rasa nak melayang ada..nak mabuk pun ada..

lepas buat keje jer...nak baring

apakah....????

Thursday, December 1, 2011

Untuk kamu

Dedikasi untuk suami


Untuk kamu peneman jiwa
Perjalanan kita baru bermula
Pelajaran langkah pertama yang tak mungkin dilupa
Seperti bayi kecil yang bertatih serta jatuh bangunnya

Untuk kamu pelindung hati
Perjalanan kita masih jauh
Di hadapan sana ada cabaran, dugaan dan liku yang menanti
Semoga kita terus cekal dan tabah

Untuk kamu pemilik tulang rusukku
Seperti mana cantik dan wanginya musim bunga,
Begitulah juga ku doakan agar ikatan kasih sayang kita sentiasa mekar dan mewangi
Seperti mana togelnya dahan dan ranting sewaktu musim luruh
Di masa ini, ku doakan agar benteng kesabaran dan ikatan kasih sayang kita tetap berdiri teguh
Seperti mana sejuk dan dinginnya musim sejuk
Di saat ini ku pohon agar kita teguh mengutip kekuatan untuk menghadapi hari mendatang
Dan, seperti mana panasnya musim panas
Begitulah ku doakan kasih sayang kita sentiasa hangat sepanjang hayat kita

Kerana aku telah kau pilih
Lalu engkau setia ku kasih

Saturday, November 19, 2011

Brownny a.k.a Joyah

Hari ini kami menerima ahli keluarga baru..
sgt cute dan comel
gebu jer..
geram aku tgk

umur baru sebulan lebih.
keletah bukan main..
kerjanya..makan, minum, main..makan, minum, main...pastu baring, pastu tido.
haihhhh...geram...

ahli keluarga baru kami tu...

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Seekor ARNAB. 

hahahahah...

adik aku yang bongsu pelihara..adik bagi gelaran Brownny sebab bulu dia warna putih dengan coklat. eeemmmm..not sure baka jenis apa. kenapa aku eja nama dia 'Brownny' ? cer korang eja camni

Brownie

cer tambah 's'

jadi ape?

Brownies

hohoho...mcm kek American Brownies jer..terliur beb!

datang pulak ibu aku...bagi nama lagi best

Joyah

adoiiiii...menjoyah tang mana la budak kecik tu..

nnti aku upload gmbr Brownny yer..

Besenam secara betul dan selamat

Hari tu, aku ada buat entri berkenaan faedah bersenamkan TEKAN SINI.

Now, aku nak share dengan korang macam mana nak bersenam dengan betul dan selamat. 
aku bukanlah pakar senaman. sharing knowledge tu kan bagus..aku jumpa artikel yang mudah untuk kita semua faham. so, aku share dengan korang semua yer...

Bersenam secara betul dan selamat
Google

Garis panduan ini boleh melindungi anda dari kecederaan akibat senaman dan membolehkan anda bersenam secara seronok.

1. Dapatkan nasihat doktor atau pakar senaman sebelum memulakan program senaman kecergasan.

2. Mulakan senaman dengan perlahan dan tingkatkan secara beransur-ansur untuk beberapa minggu bila anda semakin lebih cergas
  • Mulakan senama berselang seli 2 - 3 minit, dengan 2 - 3 minit berehat selama 15 minit.
  • Aktiviti senaman perlu ditambah 2 - 3 minit setiap minggu sehingga mencapai 30 minit.

3. Mulakan aktiviti dengan memanaskan badan untuk mengelakkan rasa sakit dan kesakitan selepas bersenam.

4. Menyejukkan badan dengan membuat aktiviti ringan seperti berjalan atau melakukan regangan bagi mengelakkan pening dan sakit.

5. Perlahankan aktiviti anda jika anda mengalami kesukaran bernafas semasa melakukan senaman.

6. Berhenti dengan serta merta jika anda mengalami ~
* Ketidakselesaan
* Sakit
* Pening

7. Pakaian mestilah bersesuaian, longgar dan selesa serta pakai kasut yang sesuai.

8. Masa yang paling sesuai untuk melakukan senaman ~
* Setiap pagi (sebelum 9.30 pagi waktu Malaysia)
* Petang (selepas pukul 6 petang)

9. Persekitaran tempat senaman
* Permukaan yang rata
* Suhu dan kelembapan udara terkawal
* Kawasan redup/teduh
* Tempat yang cukup terang

10. Pastikan anda mengambil minuman yang secukupnya, sebelum, semasa dan selepas senama untuk menggantikan kehilangan peluh.

11. Amalkan senaman pernafasan di antara senaman.

12. Jika anda pengidap Diabetes ~
* Bawa gula-gula/manisan bersama anda. Makan sekiranya anda berasa pening kerana keadaan hipoglysemia (paras glukos rendah dalam darah. kurang daripada 4 mmol/L)
* Pakai kasut yang berlapik dan selesa, bersarung kaki  untuk megelakkan dari kecederaan kaki.
* Jangan melakukan senaman semasa lapar atau kenyang.

13. Jika anda mengidap Tekanan Darah Tinggi ~
* Berhenti bersenam jika pening, sakit dada dan sukar bernafas.

14. Jika anda Obese / Gemuk ~
* Jangan lakukan senaman yang terlalu agresif dan cuba minimakan pergerakan yang berimpak tinggi bagi mengelakkan kecederaan pada otot-otot.

Kemampuan Bersenam

1. Ujian Percakapan
Perlahankan intensiti anda sekiranya anda sesak nafas bila bercakap semasa bersenam. Tingkatkan intensiti adana sekiranya anda masih mampu bergelak semasa bersenam.

2. Kira Sasaran Denyutan Jantung anda
Formulanya ~
Untuk lelaki
(220 – umur – kadar nadi rehat) x sasaran (60%) + kadar nadi rehat = kadar denyutan jantung latihan
Contoh: Jika anda lelaki berumur 25tahun, mempunyai kadar nadi rehat 75
220 - 25 - 75 = 120
120 x 0.60 = 72
72 + 75 = 147
Maka, sasaran denyutan jantung anda semasa senaman adalah di antara 72 hingga 147

Untuk perempuan
(226 – umur – kadar nadi rehat) x sasaran (60%) + kadar nadi rehat = kadar denyutan jantung latihan
Contoh: Jika anda perempuan berumur 25 tahun, mempunyai kadar nadi rehat 75
226 - 25 - 75 = 126
126 x 0.60 = 75.6
75.6 + 75 = 150.6
Maka sasaran denyutan jantung anda semasa bersenam adalah di antara 76 hingga 151

Dapatkan nasihat doktor jika ~
* Denyutan jantung semasa berehat berdekatan atau melebihi sasaran denyutan jantung anda.
* Anda sedang mengambil rawatan ubatan yang boleh memperlahankan denyutan jantung.

* Untuk mendapatkan denyutan jantung, letakkan ibu jari telunjuk dan jari tengah di pergelangan tangan selari dengan pangkal ibu jari.
* Untuk mengira denyutan jantung anda, kira denyutan nadi selama 10 saat. keputusan didarabkan dengan 6 untuk mendapatkan bacaan nadi selama 60 saat.

Sumber: Berita Harian
Rujukan: Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan




Ooo..so SWEET...

Morning you alls....

tajuk macam nak bodek. kikiki...
sebenarnya bukan ayat bodek. 
cuba tekankan pada perkataan SWEET tu...

bila translate ke BM, banyak makna yang boleh diberikan pada ayat macam ni. contoh ~

1. Ooo..so sweet - Ooo...baiknyer awak / manisnya kata-katamu..
2. Ooo..so sweet - Ooo..manisnya makanan / minumam ini..

haaaaa....

fokus pada yang nombor 2 tu yer..

Dalam sehari, korang pernah kira tak berapa sudu gula pasir yang korang dah makan? ada tak yang terfikir, sebenar-sebenarnya, berapa sudu gula sehari yang dibenarkan?

Google
Untuk pengetahuan korang, dalam sehari, kita hanya disarankan mengambil sebanyak 6 hingga 10 sudu teh gula sahaja. Gula ni pula, bukan bermaksud gula pasir sahaja. ia juga termasuk dengan kuih manis, kek, aiskrim, coklat, kaya, jem, susu pekat manis, minuman kordial, minuman berkarbonat dll. Ramai di antara kita yang silap kefahaman. bila sebut sahaja GULA, ramai yang beranggapan, HANYA GULA PASIR SAHAJA. sebenarnya TIDAK. 

Percaya atau tidak, ramai di kalangan rakyat Malaysia mengambil gula sebanyak 20 hingga 30 sudu teh SEHARI! tentu ramai yang tak percayakan? tapi itulah hakikatnya. dan itulah jugak salah satu penyumbang kepada statistik Malaysia yang menjadi nombor 1 or nombor 2 untuk obesity di Asia dan antara top 10 kot tak silap aku untuk kencing manis di dunia.

so,

macam mana kita nak kurangkan gula dalam makanan atau minuman?

7 langkah bijak kurangkan gula

1. Minum air kosong berbanding minuman manis seperti air berkarbonat, air sirap dan kordial.

2. Hadkan penggunaan gula, susu pekat manis, susu isian pekat manis dan krimer manis kepada 1 sudu teh sahaja untuk setiap cawan minuman.

3. Elak atau hadkan penggunaan gula dalam masakan. Sediakan kuih dan kek yang rendah kandungan gula.
contoh: dalam resepi tulis 1 cawan gula, kita kurangkan kepada 3/4 cawan atau 1/2 cawan.

4. Elakkan mengambil snek dan minuman yang bergula di antara hidangan utama dan sebelum waktu tidur.

5. Gantikan pencuci mulut seperti kuih, kek dan bubur manis dengan pilihan yang lebih sihat seperti buah-buahan atau LESS SWEET, LOW Fat plain yogurt.
Google

6. Baca senarai ramuan pada label. Elakkan produk makanan dan minuman di mana gula dan gula tambahan tersenarai di bahagian awal.

7. Pilih produk 'kurang gula', 'bebas gula', atau 'tanpa gula tambahan'.

Sumber: Berita Harian
Rujukan: www.moh.gov.my www.infosihat.gov.my www.myhealth.gov.my

Friday, November 18, 2011

Cegah dan terus cegah

Prevent is better than cure

Mencegah lebih baik daripada merawat

TOP 2

apa yang top 2 nyer?

Kanser menjadi pembunuh kedua selepas kemalangan jalan raya di negara kita. Namun begitu, kanser boleh dicegah. Antara garis panduan yang dikeluarkan oleh Institut Penyelidikan Kanser Amerika Syarikat dan Dana Penyelidikan Dunia untuk Kanser dalam usaha mencegah bahaya kanser adalah ~

1. Pilih diet berasaskan tumbuhan dengan sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang serta kurangkan pengambilan makanan ruji berkanji yang diproses. Makanan berasaskan tumbuhan dianggap diet paling baik untuk mencegah kanser. Para pakar membuktikan kandungan vitamin, galian, serat, fitokimia dan sebatian lain dalam sayur-sayuran dan buah-buahan mampu melindungi daripada serangan kanser. Makanan yang berasaskan tumbuhan juga rendah kalori dan membawa kepada pencegahan berlebihan berat badan yang merupakan salah satu punca kanser.

2. Dapatkan berat badan yang ideal. Elakkan daripada mengalami kekurangan berat badan atau berlebihan berat badan. ini kerana kegemukan boleh meningkatkan risiko endometrium (membran mukus yang melapisi rahim). ia juga bole meningkatkan risiko kanser payudara dan kanser buah pinggang. Selain itu, elakkan juga kenaikan berat badan yang mendadak selepas usia 18 tahun kerana ia berisiko kanser.

3. Jangan duduk shaja di tempat kerja. Lakukan 'latihan' berjalan selama sejam atau senama seumpanamnya setiap hari. Lakukan senaman sekurang-kurangnya sejam. Para pakar menyatakan aktiviti fizikal yang kerap membantu mencegah kanser kolon, kanser payudara dan kanser paru-paru. AKtiviti fizikal juga membantu mengawal berat badan dan mencegah kanser yang dikaitkan dengan kegemukan.

4. Dalam sehari, ambil lima atau lebih hidangan yang terdiri daripada sayuran dan buah-buahan. Pengambilan makanan begini dapat melindungi daripada banyak jenis kanser seperti paru-paru, kolon, perut, mulut, farinks, esofagus, payudara, hempedu, larinks dan pankreas 
*satu hidangan sayuran = 1/2 cawan utk sayuran yang telah dimasak atau 1 cawan sayuran yang tidak dimasak/ulam

5. Kurangkan pengambilan makanan dan gula yang diproses. Makan lebih daripada tujuh hidangan yang terdiri daripada pelbagai bijirin, kekacang, tumbuhan berakar dan berubi. Pakar pemakanan menyatakan bahagian terbesar diet sepatutnya datang daripada makan ini. Jika diproses secara mininum, makanan seperti bijirin dan nasi menawarkan lebih banyak serat dan zat makanan penting. Makanan berubi seperti kentang dan keledek, makanan berakar seperti lobak pulak dikaitkan sebagai pelindung kanser. Kekacang merupakan sumber tambahan dalam diet mencegah kanser.

6. Hentikan pengambilan alkohol. Ketahuilah, alkohol boleh meningkatkn risiko kanser mulut, farinks, larinks, esofagus, hati, kolon, rektum dan payudara.

7. Hadkan pengambilan daging merah kepada kurang daripada tiga auns (~90g = sebesar kotak mancis) sehari. Seelok-eloknya pilih ikan, ayam atau daging yang bukan daripada haiwan ternakan untuk menggantikan daging merah. Pengambilan daging merah (daging lembu, kambing, biri-biri dan seumpamanya) meningkatkan risiko kanser kolon, rektum, payudara, prostat dan buah pinggang. Malah kandungan lemak yang tinggi dalam daging merah juga boleh menyebabkan banyak kanser lain
*bukan tak boleh makan daging. boleh makan.tapi, pilih daging yang bersih tanpa lemak dan jarakkan masa makan daging. jangan tiap-tiap hari makan daging. mungkin 2minggu sekali or sebulan sekali.

8. Gunakan minyak sayur-sayuran yang sesuai secara sederhana. HAdkan pengambilan makanan berlemak terutamanya dari sumber haiwan. Diet yang tinggi lemak mendedahkan kepada risiko kanser paru-paru, kolon, payudara dan prostat. Jika ingan menambah lemak dalam makanan, gantikan penggunaan lemak dari sumber haiwan kepada lemak dari sumber tumbuh-tumbuhan
*untuk menggoreng, masih guna minyak kelapa sawit SAHAJA. kalau untuk menumis, boleh jugak guna minyak kelapa sawit atau pun minyak tumbuh-tumbuhan.

9. Kurangkan pengambilan makanan bergaram dan garam dalam hidangan. Gunakan herba dan rempah sebagai bahan perasa. Kandungan garam yang tinggi boleh menyebabkan kanser perut. Di AS umpamanya, garam dalam diet datang daripada makanan terproses seperti sup kering dan sup dalam tin, makanan dingin beku dan makanan berawet yang menjadi sumber makanan utama di banyak tempat.

10. Jangan makan makanan yang tercemar dengan kulat. Makanan yang tercemar dengan alfatoksin dan mikroorganisma kulat mengundang bahaya kanser hati. Ini mungkin kerana makanan itu disimpan terlalu lama dalam keadaan panas atau lembap atau kerana melebihi tempoh.

11. Simpan makanan yang cepat rosak dalam peti sejuk. Ada kajian membuktikan penyejukan dapat mengurangkan leperluan garam sebagai pengawet dan sekali gus mengurangkan risiko kanser perut.

12. Kurangkan makan makanan yang disalai. memadai ambil sekali sekala makanan (daging atau ikan) yang disalai atas api serta daging yang diawetkan dan diasapkan. Makanan salai terutamanya daging dan ikan boleh mengakibatkan pengeluaran sebatian heterocyclic aromatic yang boleh menyebabkan kanser. Makanan yang diawet dengan nitrit pula mempunyai nitrosamina yang juga berpotensi menyebabkan kanser. Sebatian lain yang berbahaya akibat pembakaran kayu ditemui dalam makanan yang diasapkan. Bagaimanapun kaedah memasak dengan suhu rendah seperti mengukus, merebus, mereneh, membakar dan memanggang dianggap baik untuk kesihatan.
pernah tak korang terfikir, kenapa bila kita order sate, bawang dan timun pun diletakkan sekali? bawang dengan timun tu abis x? sate, confirm abiskan? sebenarnya timun dengan bawang tu adalah agen antioksida untuk mencegah radikal bebas yang dikeluarkan oleh bahagian hangus pada sate yang dibakar. 

13. JANGAN MEROKOK atau mengunyah tembakau. Tembakau adalah penyebab utama kanser paru-paru dan berkemungkinan menyebabkan kanser mulut, kerongkong dan sistem penghadaman.


Sumber: Berita Harian

Faedah Bersenam

Morning all....

Bersenam? berapa orang yang bersenam? 

A) Setiap hari
B) 2 kali seminggu
C) 4 hingga 5 kali seminggu
D) Sekali seminggu
E) Langsung tak pernah

Haaaa..jawab..jawab..

pernah tak korang terfikir, kenapa kalau pergi jumpa doktor, antara ayat feveret doktor 

jaga makan dan jangan lupa bersenam

tapi, ada tak doktor cakap, kenapa pentingnya bersenam? aku tak salahkan doktor kalau doktor tak beritahu kenapa pentingnya bersenam. kalau doktor terang satu persatu kenapa pentingnya bersenam, mau sorang pesakit makan masa 3 jam woooo....tak pasal-pasal, pintu bilik doktor kena baling dengan kasut sebab pesakit ramai yang dah menunggu.

ok

di sini, aku senaraikan beberapa faedah kesihatan kepada kita semua apabila kita bersenam

Faedah Kesihatan Aktiviti Larian

1. Mengurangkan risiko penyakit jantung
Larian yang teratur dapat mengurangkan kemungkinan mengalami serangan jantung dengan lebih daripada 50%.

2. Mengurangkan risiko kencing manis
Ia juga terapi yang mudah dan senaman yang sihat bagi orang-orang yang menangani penagihan bahan manis dan membantu dalam pencegahan penyakit yang berkaitan.

3. Mengurangkan risiko strok dan kanser
Larian membantu untuk mengurangkan risiko kanser kolon, payudara, prostat dan pankreas, serta kemungkinan paru-paru dan kanser endometrium

4. Meningkat sistem imun
Larian meningkatkan metabolisme dan sistem pertahanan badan anda dan melambatkan penuaan 
sape-sape yang nak nampk awet muda, bolehlah cuba cara ni..hihi

*cuma, bagi mereka yang BARU SAHAJA MULA untuk bersenam, BERJALAN adalah yang terbaik kerana, larian merupakan senaman untuk kardio (jantung) anda. bila dah lama tak bersenam, kita tak tau keadaan kardio kita macam mana kan? jadi, eloklah bermula dengan BERJALAN LAJU. bukan jalan makan angin hokeyyy..bila kita dah rasa selesa dengan berjalan, then baru kita mula dengan LARIAN PERLAHAN atau dalam bahasa omputihnya SLOW JOG

Faedah Kesihatan Berbasikal

1. Memperbaiki kawalan tekanan darah
Pengusiaan atau penuaan menyebabkan otot mengecut, oleh itu aktiviti senaman yang jerap membantu mengekalkan dan membina jisim otot dan kepadatan.

2. Kadar berehat jantung (diastolik) yang lebih rendah
Berbasikal digalakkan untuk latihan jantung bagi menjadikannya lebih kuat beserta kadar rehat jantung yang lebih rendah.

3. Mencegah penyakit jantung
Semua faktor-faktor risiko yang membawa kepada serangan jantung dapat dikurangkan beserta serangan jantung lebih daripada 50%.

4. Manfaat kesihatan kardiovaskular
Aktiviti berbasikal yang kerap menguatkan otot pernafasan, membawa kepada pengudaraan yang lebih baik daripada paru-paru dan dengan itu mempunyai kesan positif ke atas pertukaran oksigen.

banyak lagi faedah yang didapati daripada bersenam. yang utamanya, jaga pemakanan dan bersenam secara betul. pilihan di tangan anda...

Tuesday, November 15, 2011

ShoutMix

Hari ni banyak pulak entri untuk blog. hihi 
(perasaan betullah budak ni...cer kau lawan Makbed..Makbed, sehari je boleh sampai 5 6 7 entri tau! kau? huahahahha...)

oklah..aku sedar diri..

entri yg ketiga ni berkenaan dengan ShoutMix. ada sorang reader antar message kat box ShoutMix aku dan bgtau Shoutmix ada Version 3. so, aku menggodak dan menggodam internet nak cari ShoutMix Version 3. inilah hasilnyerrrr....

Ini yang lama

tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....

Ini yang baru
kalau korang notice, kat ShoutMix yang lama tu, ada reader nama Anna...haaaaaaaa..dia lah yang inform ada Version 3..

Thanks Anna for the info..

haaaaaa....cepat-cepat..sila tinggalkan message di ShouMix baru aku yer.... (perasaan glamer btol budak ni! huahahahha)

Nombor banyak ong meh???

Huahahahahah....

Ini bukan entri untuk nombor ekor yer kawan-kawan...

ini adalah nombor reader-reader blog Journey Called Life. hihi...


1717

even tak seramai Elia's Blog - jejariruncing.blogspot.com yang telah mececah 7,777,777 *tergeliat lidah nk nyebutnya... aku tetap nak abadikan nombor ni kat blog aku. hihihi...

Adios

Tips memilih bahan makanan secara selamat

Hallluuuuuuuuuuuu.....

hari ni sampai ofis awal. selalu tu 5 minit lg punch card nak merah, baru sampai. hehehe...since sampai awal, maka ada masa nak baca surat khabar. belek punya belek..baca punya baca, jumpa lak satu topik menarik kat surat khabar arini. even korang dah baca pun, aku tetap nak tulis kat blog. untuk tambah ilmu dan panduan. bukan apa...dulu ada sekali tu, ada topik pasal BERSENAM. info memang bagus untuk pemahaman yang segera dan mudah. tapi, disebabkan aku tak sempat nak ambik surat khabar time tu...maka, aku tak dapat nak share dengan korang pasal topik tu. cari kat surat khabar online pun nehi...huhuk..

so, untuk topik ni, aku cepat-cepat amik surat khabar ni dan koyakkan bahagian yang tulis pasal topik di atas. untuk kawan-kawan semua, marilah kita belajar memasak. hihi...

sebelum masak, kena pilih bahan-bahan dulu yer...ini panduan untuk memilih bahan makanan yang selamat *tu lah..dulu, masa arwah atuk nak ajar, kau lari...kan payah sekarang ni...kalau x, kau dah expert dah... ;p

Tips memilih bahan makanan secara selamat

Pilih bahan mentah yang segar

Sayur-sayuran dan buah-buahan
Google
  • Tidak layu, kecut, bertukar warna dan busuk. 


Makanan laut (ikan, udang, sotong, ketam dan seangkatan dengannya)
  • Kulit yang bersinar dan berwarna terang dan tidak diselaputi oleh lendir yang tebal.
  • Cerah dan matanya tidak tenggelam. Segar dan insangnya berwarna merah cerah (bukan perang atau kering)
  • Tidak berbau busuk
  • Isi yang kenyal
  • Udang tidak rosak, kulitnya lutsinar tanpa tompok hitam - bahagian belakang badan udang tu pun kena buang gak..kat situ pun kotor....

Google

Daging
  • Segar dan tidak berselaput
  • Tidak busuk


Ayam
  • Segar
  • Tidak busuk dan tidak bertukar warna
  • Lihat pada kegemukan di dada dan kelicinan kulitnya


Telur
  • Tidak retak atau bocor
  • Tidak terlalu tua atau terlampau banyak najis dan kotoran pada kulit telur


Bijirin / Kekacang
  • Tidak berkualiti
  • Tidak dicemari oleh serangga atau bahan asing
  • Tidak dicampur dengan bahan lain yang lebih murah


Pilih makanan yang selamat

Makanan dalam tin
  • Tin tidak kemek, kembung atau berkarat
  • Penutup tin tidak kembung
  • Tidak dicampur dengan bahan lain yang lebih murah


Makanan yang dibungkus
  • Tidak bocor atau kotor
  • Tidak menggunakan bahan bercetak (majalah dan surat khabar) untuk membungkus *yang ni, nenek-nenek kita selalu buatkan...sebenarnya tidak boleh sebab, bahan bercetak tu ada carbon (dakwat tulisan hitam). bahaya untuk kesihatan.


Pilih makanan yang telah dimasak dengan sempurna
  • Daging yang telah dimasak dengan sempurna, berwarna perang di bahagian dalamnya.
  • Ayam yang telah dimasak mempunyai jus yang berwarna jernih dan tidak berwarna merah jambu apabila dicucuk dengan garfu
  • Ikan yang telah dimasak mesti sudah dipisahkan isi dari tulang dan tidak berwarna merah jambu
  • Telur kuning dan putih tidak jernih atau lutsinar


Pilihan makanan yang baru dimasak
  • Elakkan daripada memakan makanan yang disediakan terlalu awal dari masa untuk dimakan.
  • Lebih baik makan sebaik sahaja selepas dimasak.
  • Panaskan dengan sempurna makan yang telah dihidangkan untuk beberapa lama.


Pilih makanan yang disimpan dengan betul
  • Bahan mentah yang mudah busuk (daging, ayam dan ikan) disimpan pada suhu yang betul *tengok kat suhu freezer peti sejuk mesti bacaannya negatif. contoh: -4 degree)
  • Makan yang telah dimasak tidak disimpan bersama dengan bahan mentah
  • Elakkan daripada membiarkan makanan terhidang pada suhu bilik terlalu lama (lebih 4 jam)
  • Bungkus atau tutup makanan untuk disimpan
  • Makanan yang sedia untuk dimakan yang dipamerkan harus ditutup dengan sempurna


Pilih tempat makan yang bersih
Google

  • Tidak terlalu hampir dengan jalanraya dan laluan yang sibuk
  • Jauh dari tempat ternakan haiwan, parit atau tangki septik
  • Ada keperluan asas seperti air yang bersih untuk membasuh, elektrik, tempat membuang sampah yang betul dan tandas yang bersih
  • Menyediakan gelas dan pinggan yang bersih dan tidak pecah atau retak
  • Elakkan gerai jalanan yang tidak bersih
  • Tempat penyediaan makanan yang selamat dan bersih
  • Bebas daripada haiwan seperti kucing, anjing, lalat, lipas, tikus, serangga, burung dan pepijat
  • Utamakan premis yang mempunyai pengesahan dari pihak berkuasa tempatan sebagai bersih dan selamat *biasanya pihak berkuasa akan bagi gred pada premis-premis perniagaan. contoh: gerai ini Gred A


Pilih premis makanan yang mengutamakan kebersihan diri dan pengendalian makanan yang betul
  • Memakai pakaian yang betul dan bersih
  • Memakai penutup kepala
  • Mengutamakan kebersihan diri (kuku yang bersih dan pendek), tidak merokok, meludah, batuk ke arah makanan, tidak menggunakan tangan untuk mengambil makanan, menggunakan tuala yang bersih, tidak menjilat atau menggunakan jari untuk merasa makanan.
  • Tidak menyediakan makanan yang berhampiran dengan tandas tau longkang

Sumber: Klassifieds Berita Harian

Thursday, November 10, 2011

Perginya seorang jururawat...Al-Fatihah

Sewaktu aku sedang menulis report di kaunter wad, kedengaran bunyi 'ding dong' yang menandakan akan ada pengumuman untuk 1 hospital. pengumuman tersebut berbunyi

'Code Blue..code blue..CCU 3' 
(Code blue adalah tanda untuk kes kecemasan yang kritikal)

dalam hati, bilik sebelah bilik pesakit aku...aku teruskan menulis report tanpa rasa apa-apa kerana sekejap lagi aku akan turun ke ICU jugak untuk follow up pesakit aku di katil CCU3A. sebaik sahaja aku sampai ke ICU, kelihatan ramai staff hosp berkerumun di bilik CCU 3A

Patient aku!!!!

tergamam sebentar bila lihat ramai staff nurse, ward clerk, Sister berkumpul di depan bilik CCU 3A sambil menitiskan air mata. rupa-rupanya code blue td untuk patient aku!

sedih

sayu

baru setahun lebih arwah kerja di hospital ni sebagai jururawat. aku tak kenal sangat dengan arwah. tengok muka aku cam. bila tgk nama, aku tak cam. arwah di masukkan ke ICU pada 6.11.11 bersamaan Hari Raya Aidiladha kerana demam panas dan arwah mengalami fits (sawan) yang teruk.

arwah dirujuk kepada dietitian untuk pemakanan melalui tiub. sewaktu hari raya aidiladha tempoh hari, aku ada terima panggilan telefon dari hosp. aku tak sempat nk jawab call kerana ada urusan lain di luar rumah. handphone aku tinggalkan di bilik. tak lama lepas tu, rakan sekerja menghantar message dan minta aku follow up kes sebab dia masih bercuti. naik cuti, aku follow up kes arwah sehingga hari ini.

sepanjang tempoh di bawah penjagaanku, arwah tolerate dengan feeding yang diberi. cuma arwah diletakkan dalam keadaan sedated sebab fits. semalam, sewaktu aku review feeding arwah, secara tiba-tiba tekanan darah arwah naik. aku panggil nurse yang bertugas dan sempat aku bisikkan pada arwah minta arwah selawat banyak-banyak dan aku sedekah ayat Kursi dan Fatihah untuk arwah walaupun aku tidak pasti cara itu berkesan atau tidak, dengan harapan ayat-ayat suci itu membantu untuk mengurangkan tekanan darah arwah.

dan hari ini, aku terkilan sebab tak sempat review arwah sewaktu arwah masih lagi bernyawa. arwah mula nazak pada jam 9.00 pagi. tekanan darah mula menurun dan tepat jam 12.20pm, arwah disahkan meninggal dunia pada usia 21tahun. ibu arwah pengsan 3 kali. bergenang air mata bila tengok abang arwah cium dahi arwah.

aku tak dapat nak fikir ayat ape yang aku nak tulis dalam fail arwah. akhirnya aku cuma tulis

Pronounced death at 12.20pm. Off Ryles Tube.

Al-Fatihah buat Nik Athirah bt Nik Mohamad. semoga kamu ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan tenanglah kamu di sana.



kepada rakan-rakan, jangan pandang remeh pada kesihatan korang. even setakat demam sahaja.

TOLONG MAKAN UBAT

kepada rakan-rakan yang ada anak kecil, jangan pandang remeh bila anak demam. bayi atau budak kecil lagi mudah kena fits.

Sunday, November 6, 2011

Restu...oh! restu..

Assalamualaikum...

Selamat Hari Raya Aidiladha...

untuk rakan-rakan yang melakukan ibadah korban..semoga pahala korban mengiringi perjalanan hidup kalian (eerrrr..betul ke ayat aku ni? huhu)

cuti sekolah dah nak dekat ni. SPM tinggal berapa minggu je lagi..eh! silap. beberapa hari je lagi. masa cuti sekolah ni lah banyak undangan perkahwinan dari rakan-rakan kan? tiap-tiap minggu penuh jer dengan undangan. dapur pun al-tutup lah. hihi..

Sebut pasal kahwin...aku nak share dengan kawan-kawan sebagai peringatan buat diri kita. Klik sini

Sebelum berkahwin, perkara utama yang perlu dicari adalah RESTU IBU dan AYAH...

kenapa?

1. dengan restu ibu bapa, insyaAllah kehidupan suami dan isteri diberkati Allah kerana, restu dan berkat ibu bapa adalah restu dan berkat Allah S.W.T

2. dengan restu ibu bapa, ikatan silaturrahim sentiasa harmoni. bukan setakat dengan family mertua, dengan family yang lain2 sekali. nak-nak kalau family yg ramai...ikatan silaturrahim tu lah yang nk dijaga. kalau tiada restu, macam mana ahli keluarga yang lain nak bereaksi bila berdepan sesama sendiri.

3. untuk isteri, bila mertua restu anda berkahwin dengan anak lelakinya, confirm, apa je resepi kegemaran anak lelakinya yang anda minta, sure dapat. hihi...untuk suami, bila mertua restu anda berkahwin dengan anak perempuannya, itu adalah bonus untuk anda kerana anda terpilih untuk menjaga kebajikan anak perempuan mereka. cuma, jangan ingat bila mertua dah restu, mertua akan lepas tangan camtu jer...

4. perkahwinan yang direstui mertua, andai kata ada salah faham antara salah faham, mertualah tempat rujukan. kalau tak de restu, kat mana kita nak ngadu? kawan-kawan? facebook? twitter? fikirlah sendiri yer...ada kawan-kawan yang boleh jadi tempat kita ngadu..tapi, sampai bila? kawan-kawan pun ada masalah mereka sendiri. menjadi pendengar yang baik, insyaAllah, itu kawan-kawan boleh lakukan.

andai kata tiada restu dari pihak ibu bapa even sejak dari berkawan atau bercinta, pilihan yang terbaik untuk anak ~ pilihlah ibu bapa dan untuk pasangan ~ undur diri

kita mengalah bukan bererti kita kalah. anggaplah Allah masih belum menyediakan kita untuk ke alam perkahwinan. ingatlah bahawa adalah yang lebih baik Allah dah susun untuk hidup kita di masa akan datang. ingatlah bahawa pandangan mata ibu dan ayah kita telah melihat jauh ke masa hadapan berbanding kita yang pandangan sekadar terhad semasa di alam percintaan sahaja. ini adalah kurniaan Allah kepada ibu dan ayah. pengorbanan anda insyaAllah akan dibalas dengan balasan yang lebih setimpal.

Ujian dan dugaan yang diberi menunjukkan Allah sayang kepada kita dan Allah tahu kita mampu menghadapinya. sabar dan tenang.

Thursday, October 27, 2011

Kecurian tak disedari

Assalam...

lama tak menuliskan...minta maaf banyak2 yer..agak sibuk dengan urusan peribadi. tambah sibuk lagi bila rumah tengah renovate. huh! penat tengok rumah kena renovate. mula-mula nak buat minor renovation jer. bila dah mula renovate, bukan minor lagi dah. major renovate even tak pecah dinding. hihi..

pada sesiapa yang nak buat house renovation, digalakkan buatlah renovation sebelum masuk rumah atau kalau dah masuk rumah, pindahlah buat sementara waktu. Habuk..tok sah cakap! hari-hari mop lantai pun, tapak kaki still rasa berhabuk jer...tension!

sekadar peringatan untuk kawan-kawan yg nak buat house renovation..sebelum kerja-kerja renovation bermula, SILA dan TOLONG PASTIKAN:

1. almari baju or almari meja solek berkunci dan simpan kunci ditempat yang selamat
2. sentiasa ada orang di rumah (tuan rumah or anak-anak kepada tuan rumah).
3. simpan semua beg laptop, handbag dan dokumen penting anda ditempat yang anda yakin selamat.
4. simpan kunci rumah, kunci kereta, ditempat selamat. lebih elok kalau kunci-kunci tersebut berada dalam poket seluar anda.
5. stok plastik sampah warna hitam dan surat khabar mencukupi kerana plastik sampah utk buang segala habuk-habuk dan sampah sarap hasil renovation dan surat khabar utk alas lantai sewaktu kerja-kerja mengecat.

Kenapa pentingnyer simpan semua barang-barang ni?

Sebab aku baru sedar duit baki bayar bil Maxis yang aku simpan 2 3 bulan lepas dah hilang! *sabar..sabar...

aku letak bekas simpan baki duit bil tu kat laci kedua meja study. laci tu jenis open drawer, takde kunci. so aku letaklah bekas tu ke dalam sikit. semalam masa aku nak tengok berapa duit baki yg ada dalam bekas tu..tengok-tengok bekas tu dah kosong. tinggal RM0.70 jer...huhu..seingat aku, sebelum renovation, dalam bekas tu adalah dalam RM40-50.

so, kawan-kawan, berhati-hati dengan orang yang datang untuk renovate rumah kita yer..

hari ni hilang RM50..mana tau esok lusa dapat pulak 5K kn..kn...hihi (motivasi diri sendiri ni...)

Thursday, October 6, 2011

Ilmu untuk yg bergelar kaum Adam...

Pesanan Buat Suami.. *untuk isteri pun boleh jugak sbg panduan kan....


1. Selalu menghargai usaha dan penat lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali - kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan atau cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau. (hormati seikhlas hati..kalau main wayang or bodek..akhirnya kantoi jugak nanti)

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami & lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal.

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah atau menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dgn isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbang rasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dgn ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati.. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau isteri rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Peringatan Untuk Semua Lelaki Muslim

ehsan: ambil di FB kawan

Heart attack and drinking cold or ice water

Sharing an information with friends...




A very good article which takes two minutes to read. Sent by a friend who had about 25 or 30 years in the field with such emergencies. I'm sending this to persons I care about. Why not do the same ?
Heart Attacks And Drinking Hot or Warm Water  



This is a very good article... Not only about the warm water after your meal, but about    Heart Attacks. The Chinese and Japanese drink hot tea with their meals, not cold water, maybe it is time we adopt their drinking habit while eating. 


For those who like to drink cold water, this article is applicable to you. It is nice to have a cup of cold drink after a meal. However, the cold water will solidify the oily stuff that you have just consumed. It will slow down the digestion. Once this 'sludge' reacts with the acid, it will break down and be absorbed by the intestine faster than the solid food. It will line the intestine. Very soon, this will turn into fats and can lead tocancer . It is best to drink hot or warm drink after a meal.

Common Symptoms Of Heart Attack

A serious note about heart attacks - You should know that not every heart attack symptom is going to be the left arm hurting. Be aware of intense pain in the jaw line.You may never have the first chest pain during the course of a heart attack. Nausea and intense sweating are also common symptoms... 60% of people who have a heart attack while they are asleep do not wake up. Pain in the jaw can wake you from a sound sleep. Let's be careful and be aware. The more we know, the better chance we have to survive.


A cardiologist says if everyone who reads this message sends it to 10 people, you can be sure that we'll save at least one life. Read this & send to a friend. It could save a life. So, please be a true friend and send this article to all your friends you care about.  

Wednesday, October 5, 2011

Kekwat lebey...

Peristiwa ini terjadi semalam waktu tengahari Malaysia...

Ring..ring...(tepon ofis bunyi)

Aku: Good afternoon, can i help u?
DIa: Afternoon. saya nak berjumpa dengan dietitian la. ari sabtu u all buka dari pukul berapa sampai pukul berapa?
Aku: (apasal mcm berlagak dia ni) oooo...ari sabtu kami buka klinik dari jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari je cik.
Dia: oo..ok. kalo i nak jumpa dietitian, i kena buat appointment or bole walk-in macam tu jer.
Aku: better cik buat appointment sebab takut dietitian kami busy di wad cik.. (ko nk jumpa bos ko pun kena buat appointment kn? gggrrrr)
Dia: Ok. Doktor yang mana lagi bagus ek?
Aku: Errr..cik nk jumpa doktor untuk ape cik? (apahal pulak dah ni..td nk jumpa dietitian..ni nk jumpa doktor pulak)
Dia: untuk weight loss.
Aku: ooo...cik bole cuba Slimming package' yg ada di sini cik. package tu nnti, cik akan jumpa doktor dan akan ada satu sesi dengan dietitian
Dia: ooo..i xnak jumpa doktor sebab bacaan darah semua i dah ada. i just nk jumpa dietitian jer. so, yg mana satu lagi bagus utk weight loss.
Aku: (ya ampunnnn..doktor tu = dietitian ker?) oo..dietitian mana2 pun bagus cik. yang utama keyakinan cik dan displin cik.
Dia: itu saya tahu la..u tak payah ckp benda tu...so, yg mana satu bagus?
Aku: (KEKWAT n BERLAGAK!!!!! sori aku nk jumpa ko even aku ni pun dietitian) yg bagus ialah Pn.R (nama samaran.hihik) cik bole tinggalkn nombor telefon cik? nanti saya minta dia telefon cik semula sebab hanya dia yang tahu schedule dia.
Dia: ok..nombor saya 01X-XXXXXXX
AKu: nanti saya minta dia telefon cik semula yer..
Dia: ok

p/s: jangan berlagak sangat bila bercakap tu. kadang2 kita tak tahu dengan sape kita bercakap. ntah-ntah bercakap dengan CEO syarikat ker...Pengarah Urusan ker..PM ker.. kn...
so, jgn KEKWAT lebey...mana tau satu hari nanti, orang yg ko tunjuk lagak lebih tu yg tolong ko..

Wednesday, September 14, 2011

Betulkan Ucapanmu


JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM" ketika SMS
• JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM"
بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَم...ُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??
Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".
Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (Surah az-Zukhruf ayat 89)

baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH WABARAKATUH...
Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.
Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz“Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”
dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”
Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,
saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.
Jawab salam yang betul ialah ;
WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;
“WAALAI KUM SALAM”
Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata
Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…
Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”
Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.
Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!
Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan“A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.
Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform“A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.
Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.
Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

* Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”
* Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.
* Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan “ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.”

ehsan: email