Snap shoot

Snap shoot

Friday, November 18, 2011

Cegah dan terus cegah

Prevent is better than cure

Mencegah lebih baik daripada merawat

TOP 2

apa yang top 2 nyer?

Kanser menjadi pembunuh kedua selepas kemalangan jalan raya di negara kita. Namun begitu, kanser boleh dicegah. Antara garis panduan yang dikeluarkan oleh Institut Penyelidikan Kanser Amerika Syarikat dan Dana Penyelidikan Dunia untuk Kanser dalam usaha mencegah bahaya kanser adalah ~

1. Pilih diet berasaskan tumbuhan dengan sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang serta kurangkan pengambilan makanan ruji berkanji yang diproses. Makanan berasaskan tumbuhan dianggap diet paling baik untuk mencegah kanser. Para pakar membuktikan kandungan vitamin, galian, serat, fitokimia dan sebatian lain dalam sayur-sayuran dan buah-buahan mampu melindungi daripada serangan kanser. Makanan yang berasaskan tumbuhan juga rendah kalori dan membawa kepada pencegahan berlebihan berat badan yang merupakan salah satu punca kanser.

2. Dapatkan berat badan yang ideal. Elakkan daripada mengalami kekurangan berat badan atau berlebihan berat badan. ini kerana kegemukan boleh meningkatkan risiko endometrium (membran mukus yang melapisi rahim). ia juga bole meningkatkan risiko kanser payudara dan kanser buah pinggang. Selain itu, elakkan juga kenaikan berat badan yang mendadak selepas usia 18 tahun kerana ia berisiko kanser.

3. Jangan duduk shaja di tempat kerja. Lakukan 'latihan' berjalan selama sejam atau senama seumpanamnya setiap hari. Lakukan senaman sekurang-kurangnya sejam. Para pakar menyatakan aktiviti fizikal yang kerap membantu mencegah kanser kolon, kanser payudara dan kanser paru-paru. AKtiviti fizikal juga membantu mengawal berat badan dan mencegah kanser yang dikaitkan dengan kegemukan.

4. Dalam sehari, ambil lima atau lebih hidangan yang terdiri daripada sayuran dan buah-buahan. Pengambilan makanan begini dapat melindungi daripada banyak jenis kanser seperti paru-paru, kolon, perut, mulut, farinks, esofagus, payudara, hempedu, larinks dan pankreas 
*satu hidangan sayuran = 1/2 cawan utk sayuran yang telah dimasak atau 1 cawan sayuran yang tidak dimasak/ulam

5. Kurangkan pengambilan makanan dan gula yang diproses. Makan lebih daripada tujuh hidangan yang terdiri daripada pelbagai bijirin, kekacang, tumbuhan berakar dan berubi. Pakar pemakanan menyatakan bahagian terbesar diet sepatutnya datang daripada makan ini. Jika diproses secara mininum, makanan seperti bijirin dan nasi menawarkan lebih banyak serat dan zat makanan penting. Makanan berubi seperti kentang dan keledek, makanan berakar seperti lobak pulak dikaitkan sebagai pelindung kanser. Kekacang merupakan sumber tambahan dalam diet mencegah kanser.

6. Hentikan pengambilan alkohol. Ketahuilah, alkohol boleh meningkatkn risiko kanser mulut, farinks, larinks, esofagus, hati, kolon, rektum dan payudara.

7. Hadkan pengambilan daging merah kepada kurang daripada tiga auns (~90g = sebesar kotak mancis) sehari. Seelok-eloknya pilih ikan, ayam atau daging yang bukan daripada haiwan ternakan untuk menggantikan daging merah. Pengambilan daging merah (daging lembu, kambing, biri-biri dan seumpamanya) meningkatkan risiko kanser kolon, rektum, payudara, prostat dan buah pinggang. Malah kandungan lemak yang tinggi dalam daging merah juga boleh menyebabkan banyak kanser lain
*bukan tak boleh makan daging. boleh makan.tapi, pilih daging yang bersih tanpa lemak dan jarakkan masa makan daging. jangan tiap-tiap hari makan daging. mungkin 2minggu sekali or sebulan sekali.

8. Gunakan minyak sayur-sayuran yang sesuai secara sederhana. HAdkan pengambilan makanan berlemak terutamanya dari sumber haiwan. Diet yang tinggi lemak mendedahkan kepada risiko kanser paru-paru, kolon, payudara dan prostat. Jika ingan menambah lemak dalam makanan, gantikan penggunaan lemak dari sumber haiwan kepada lemak dari sumber tumbuh-tumbuhan
*untuk menggoreng, masih guna minyak kelapa sawit SAHAJA. kalau untuk menumis, boleh jugak guna minyak kelapa sawit atau pun minyak tumbuh-tumbuhan.

9. Kurangkan pengambilan makanan bergaram dan garam dalam hidangan. Gunakan herba dan rempah sebagai bahan perasa. Kandungan garam yang tinggi boleh menyebabkan kanser perut. Di AS umpamanya, garam dalam diet datang daripada makanan terproses seperti sup kering dan sup dalam tin, makanan dingin beku dan makanan berawet yang menjadi sumber makanan utama di banyak tempat.

10. Jangan makan makanan yang tercemar dengan kulat. Makanan yang tercemar dengan alfatoksin dan mikroorganisma kulat mengundang bahaya kanser hati. Ini mungkin kerana makanan itu disimpan terlalu lama dalam keadaan panas atau lembap atau kerana melebihi tempoh.

11. Simpan makanan yang cepat rosak dalam peti sejuk. Ada kajian membuktikan penyejukan dapat mengurangkan leperluan garam sebagai pengawet dan sekali gus mengurangkan risiko kanser perut.

12. Kurangkan makan makanan yang disalai. memadai ambil sekali sekala makanan (daging atau ikan) yang disalai atas api serta daging yang diawetkan dan diasapkan. Makanan salai terutamanya daging dan ikan boleh mengakibatkan pengeluaran sebatian heterocyclic aromatic yang boleh menyebabkan kanser. Makanan yang diawet dengan nitrit pula mempunyai nitrosamina yang juga berpotensi menyebabkan kanser. Sebatian lain yang berbahaya akibat pembakaran kayu ditemui dalam makanan yang diasapkan. Bagaimanapun kaedah memasak dengan suhu rendah seperti mengukus, merebus, mereneh, membakar dan memanggang dianggap baik untuk kesihatan.
pernah tak korang terfikir, kenapa bila kita order sate, bawang dan timun pun diletakkan sekali? bawang dengan timun tu abis x? sate, confirm abiskan? sebenarnya timun dengan bawang tu adalah agen antioksida untuk mencegah radikal bebas yang dikeluarkan oleh bahagian hangus pada sate yang dibakar. 

13. JANGAN MEROKOK atau mengunyah tembakau. Tembakau adalah penyebab utama kanser paru-paru dan berkemungkinan menyebabkan kanser mulut, kerongkong dan sistem penghadaman.


Sumber: Berita Harian

No comments:

Post a Comment