Snap shoot

Snap shoot

Monday, April 18, 2011

Menu baru cegah obesiti

SUBANG JAYA - Kerajaan menguatkuasakan serta-merta larangan penjualan makanan dan minuman tidak berkhasiat khususnya yang mengandungi gula serta garam berlebihan di kantin sekolah di seluruh negara bagi membendung risiko semakin ramai pelajar mengalami masalah obesiti.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai ketika mengumumkan perkara itu semalam menegaskan, pengusaha kantin juga hanya dibenarkan menjual nasi lemak sehari dalam seminggu.
Walaupun beliau menganggap nasi lemak mempunyai khasiatnya sendiri, pengambilan makanan itu secara kerap dan berlebihan akan mendorong seseorang itu mengalami obesiti.
"Peraturan melarang penjualan makanan tidak berkhasiat ini termasuk air bikarbonat bukan sahaja melibatkan pengusaha kantin tetapi juga penjaja lain di sekitar kawasan sekolah,'' katanya pada sidang akhbar selepas Konvensyen Panel Penasihat Klinik Kesihatan peringkat kebangsaan ke-5 2011 di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.
Komen aku ~
Satu usaha yg bagus oleh kerajaan. perkara ini bukan setakat di sekolah sahaja. pendidikan awal bermula dari rumah. Maka ibu bapa turut memainkan peranan penting dalam memastikan anak-anak mendapat makanan yang berkhasiat. bukan setakat 'mendapat makanan yg berkhasiat', malahan anak-anak tau mana satu makanan yang berkhasiat dan yg mana satu kurang berkhasiat kerana makanan sekarang lebih kepada 'Energy Dense' bukan 'Nutrient Dense'. 
Apa beza Energy Dense dgn Nutrient Dense?
Energy Dense ~ makanan tersebut mempunyai nilai kalori yang tinggi tetapi kurang nilai nutrien. Makanan jenis ini menyebabkan individu mengalami pertambahan berat badan. Kebiasaannya, makanan yang mempunyai kuantiti gula yang banyak, berminyak atau berlemak adalah makanan yang Energy Dense (sekiranya dimasak dengan kuantiti minyak atau lemak yang banyak). 
Nutrient Dense ~ makanan tersebut mempunyai nilai zat dan nutrien yang tinggi dan yang diperlukan oleh tubuh, tetapi nilai kalorinya adalah sederhana atau rendah. Makanan berserat spt sayur-sayuran adalah contoh makanan Nutrient Dense. sayur-sayuran kaya dengan vitamin, mineral dan serat. 
Kumpulan makanan yang lain seperti bijirin, buah-buahan, ikan dan ayam turut mempunyai kalori tersendiri.
Aku nk share, berapa sudu gula untuk minuman yang terpilih ni. Renung-renungkan

Berapa sudu gula yang disarankan dalam satu hari?
10 sudu teh je dalam satu hari

2 comments: