Snap shoot

Snap shoot

Wednesday, April 20, 2011

Nasi....lemak! Nasi...lemak (baca mcm budak-budak jual nasi lemak bwk dlm bakul)

Assalamualaikum.....

BW kt blog Makbed. asyik blog dia je aku baca yer. hahaha...ada hot topic pasal nasi lemak. hehehe...

Sekatan jualan nasi lemak di sekolah dibangkang18/04/2011 6:48pm
KUALA LUMPUR — Beberapa pertubuhan hari ini meminta kerajaan mengkaji semula arahan menghadkan penjualan nasi lemak di kantin sekolah kerana langkah itu kurang sesuai dan tidak menyelesaikan masalah.
Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan, Hashim Adnan berkata, sekatan penjualan nasi lemak kepada sekali seminggu tidak akan menangani isu obesiti pelajar jika kesedaran mengenai pemakanan berkhasiat pada kalangan ibu bapa masih rendah.
Sebaliknya kata beliau, ibu bapa sendiri harus memainkan peranan menggalakkan anak-anak mereka melebihkan pengambilan sayuran dan buah-buahan serta menekankan pemakanan seimbang.
"Tidak wajar penjualan nasi lemak dihadkan kerana ia makanan yang sinonim dengan masyarakat negara ini selain murah dan mengenyangkan,” katanya kepada Bernama ketika mengulas laporan media hari ini berkenaan peraturan tersebut yang berkuat kuasa serta-merta.
Mengenai cadangan agar Indeks Jisim Badan (BMI) dimasukkan ke dalam kad laporan prestasi pelajar, Hashim berkata perkara itu telah dilaksanakan menerusi subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK). — Bernama
Hot tak? hahaha....adakah lebih hangat dr Hot FM?

seperti yg aku tulis sblm ni, pendidikan dari rumah oleh ibu dan ayah tentang pemakanan adalah penting. kalau kerajaan dh jalankn usaha buat itu buat ini utk pastikan masalah obesiti di kalangan kanak-kanak berkurangan, tp, ibu bapa buat dek jer...tetap bagi anak-anak makan makanan yang Energy Dense, tak guna jugakkan.

Disebabkan tgh hot skrg ni psl larangan penjualan nasi lemak kt sekolah, aku nak share dengan korang nilai setiap tenaga makanan yang terpilih pd hari ini. Badan manusia memerlukan tenaga utk melakukan aktiviti harian dan tenaga didapati drp makanan. Namun kalau kita ambil tenaga makanan yang berlebihan dan TIDAK digunakan, ia akan disimpan sbg lemak dan penyebabkan peningkatan berat badan.

Nasi lemak biasa
Tenaga ~ (281 - 338) kcal





Nasi lemak + ayam goreng + telur mata
Tenaga ~ (800-1000) kcal






Mee kari
Tenaga ~ 702 kcal





Mee hoon sup
Tenaga ~ 355kcal





Roti canai, sekeping
Tenaga ~ 266kcal






Capati, sekeping tanpa kuah
Tenaga ~ 192kcal





Tosai, sekeping tanpa kuah
Tenaga ~ 210kcal





Popia basah, 1 biji
Tenaga ~ 74kcal





Popia goreng, 1 biji
Tenaga ~ 113kcal








pilihan makanan yg rendah nilai tenaga membantu memastikan berat badan kita berada pada BMI yg normal. bila dh makan, kita kena guna tenaga yg dah dimasukkan ke dalam badan ni dengan melakukan aktiviti harian dan senaman. bukan finger exercise. budak-budak zaman dulu, makan nasi lemak tp berat badan maintain jer.. kenapa?

dulu ada PS2, PS3?
dulu game kt komputer best mcm skrg?

sape-sape yg dh jwb soalan pd segmen 'Ketika Aku Kecil', korang tgk kt soalan permainan yang dimain semasa kecil...ada tak jwpn main PS2? or 5 jam duduk depan komputer main game? kalo ada pun bole kira dgn jari. selebihnya main ape?

teng-teng, konda kondi, aci ligan, bola cop, baling selipar dan mcm-mcm lagi. kebanyakan permainan yang kita main dulu, lps main confirm peluh. betul x? bila berpeluh tu, bermakna kita dh gunakan tenaga yg kita ambil dari mknn td. so, bdn kita maintain selim melim. kn..kn... hihi..

papepun, buatlah pilihan makan yg lebih sihat, kurang berminyak dan kurang gula.

sekian...

nota kaki: mcm rancangan 360 la pulak. hahahaha...

No comments:

Post a Comment