Snap shoot

Snap shoot

Wednesday, February 2, 2011

Lappy ku sayang

Salam,,,

dh masuk tghari. cuaca masih sejuk walaupun matahari memancar.
*rasa mcm kt genting or cameron pulak. hahaha..cuma, xde theme park n strawberry jer..huhuk...

sambil-sambil menulis ni...dok flash back rutin harian.
pagi-pagi, sampai ofis, pegi cafe dulu utk breakfast
oh! cafe sudah berwajah baru.
*minta mahap...xde gambo.
dulu agak suram..kini berwajah ceria.

pas breakfast, mendaki anak-anak tangga (time rajin) or naik lif (time malas) menuju ke opis.
buka pintu opis, then g kt tmpt duduk.
buka beg, kuarkan lappy n setting up...pastu switch on lappy

rutin harian yg sama
cuma pagi td, masa nk switch on lappy, tgk skrin lappy berhabuk sudah..
amik kain, lapkan skrin.

sambil-sambil tu baca surat khabar arini..
ada pulak tips penjagaan komputer riba (laptop)

Waaaa..sudah bagus..
ada tips lg.
kali ini untuk lappy tersayang.
;)

TIPS PENJAGAAN KOMPUTER RIBA (LAPTOP)

1. Bateri
  • elakkan daripada penggunaan bateri dan digalakkan untuk menggunakan kuasa terus dari punca elektrik.
  • komputer lebih sejuk tanpa haba dari bateri
  • jika bateri sudah habis dicas, digalakkan menggunakan kuasa dari adapter.
  • pastikan bateri berada di bawah 10 peratus sebelum dicas semula. *erk! aku tggu warning bateri low baru cas balik
  • jika terlalu kerap dicas, bateri akan kehilangan keupayaan menyimpan tenaga di bawah 50 peratus.
2. Papan kekunci
  • letakkan sekeping kertas A4 untuk papan kekunci setiap kali tidak menggunakannya untuk menghindarkan papan kekunci dimasuki habuk.
  • sesekali apkan papan kekunci dengan perlahan-lahan. jangan terlalu kasar untuk mengelakkan butang kekunci rosak.
  • gunakan papan kekunci dan tetikus berasingan supaya kita tidak terlalu kerap menggunakan papan kekunci di komputer riba.
3.Skrin LCD
  • lapkan skrin selalu kerana ia mudah dimasuki habuk.
  • gunakan screen saver.
  • power management setkan pada 'Turn Off monitor in...minutes'.
  • elakkan menyentuh skrin dengan jari kerana kesan jari yang berminyak menyukarkan untuk pembersihan.
  • jangan letakkan jari di skrin kerana boleh menyebabkan 'Dead pixel'.
4. Haba Panas
  • pastikan komputer riba anda mempunyai ruang untuk mengeluarkan haba panas.
  • perlu diingatkan komputer riba mempunyai ruang simpanan kecil.
5. Surge Protector
  • fungsinya sebagai menjaga perisian dan perkakasan daripada rosak.
  • disyorkan untuk digunakan bagi menjaga perkakasan dalam komputer riba.
  • kelebihan lain Surge Protector ialah menjaga pemacu cakera keras (HDD) dan punca kuasa (Power Supply)
6. Port
  • sentiasa dibersihkan kerana mudah dimasuki habuk.
  • gunakan berus atau berus gigi lama.
  • pastikan suis dimatikan ketika membuat pembersihan.
Selamat menjaga laptop kesayangan anda....

No comments:

Post a Comment