Snap shoot

Snap shoot

Monday, January 16, 2012

Sepuluh tabiat mudah menabung

1. BERHENTI MEROKOK!!!! 
*kena bagi galakkan lebih pada Incik Hubby ni...fuh..fuh..
Berjaya menjimatkan RM20 seminggu. Usia lebih panjang dan dapat menjimatkan RM1,040 setahun hokeyyy...

2. Bawa bekalan ke tempat kerja
Bawa bekalan makan tengahari dari rumah 3 kali seminggu, dapat berjimat kira-kira RM30 seminggu dan anda boleh menyimpan RM1,560 di bank tahun depan.

3. Cuci kereta sendiri
Pengusaha tempat cuci kereta mengenakan bayaran RM9 sekali cuci - ini bermakna anda boleh menjimatkan RM36 sebulan dengan mencuci kereta sendiri. Ia juga merupakan satu riadah dan untuk senaman yang lebih baik, cubalah kilatkan kereta anda sendiri. Mengilat dan mencuci kereta anda sendiri membolehkan anda menabung RM1,872 setahun yang lama kelamaan menjadi lebih banyak.

4. Beriadah di rumah
Yuran keahlian untuk kelab kesihatan lebih kurang RM180 sebulan. (harga minima kot...xpasti sebab tak join pun..sebab? dilarang bersenam kerana nak naikkan berat badan. boleh? huahahahha). Untuk setahun, anda berjimat sebanyak RM2,160.

5. Bayar bil kredit kad pada masanya.
Sentiasa bayar kad kredit anda pada masanya untuk mengelakkan membayar denda RM5 kerana pembayaran lewat. Membayar bil pada masanya dapat menjimatkan kos RM60 setahun.

6. Ajar anak anda sendiri
Yuran tuisyen untuk seorang anak ~ RM120 sebulan. kalau 3 orang anak pergi kelas tuisyen, yuran sebulan adalah sebanyak RM360. sambil menyelam minum air. Ajar anak anda sambil habiskan masa berkualiti bersama mereka dan anda dapat mebaung RM4,320 setahun untuk perbelanjaan mereka di kolej nanti. *eerrr...bab ni, rasanya kalau ibu bapa tak boleh nak ajar anak, tuisyen itu perlu. terutamanya bila silibus pelajaran sekarang semakin berubah.*

7. Lepak di gerai teh daripada di restoran mahal
Lepak di restoran mahal, anda menghabiskan hampir rm50 setiap minggu. Lepak di gerai teh tarik, anda menghabiskan RM10 seminggu. Anda berjimat RM2,080 setahun. *ramailah yang ngopi, ngeteh lepas ni...hihi...YANG PENTING...KURANGKAN GULA DALAM MINUMAN, TAMBAHKAN MANIS DALAM SENYUMAN..

8. Kurangkan penggunaan elektrik
Gunakan jangka masa untuk alat hawa dingin dan matikan lampu dan barangan elektrik jika tidak digunakan. Anda berjaya mengurangkan bil elektrik daripada RM230 (paling minima) kepada RM120 sebulan. Gunakan bahan tenaga dengan lebih cekap dan tambah simpanan anda kepada RM1,320 setahun.

9. Rancang pembelian barangan dapur.
Senaraikan barangan dapur yang perlu dibeli. Sebagai contoh, jika anda membeli ikut suka hati, kos perbelanjaan anda untuk bulan tersebut adalah RM300. bila anda senaraikan barangan yang perlu anda beli, kos perbelanjaan ada untuk bulan tersebut adalah RM220. Anda berjaya menjimatkan RM80 sebulan. Ikut senarai beli-belah yang anda buat dan jimatkan RM960 setahun.

10. Jelaskan bil anda menggunakan kemudahan dalam talian.
Anda dapat menjimatkan RM5 duit pos, RM65 bayaran letak kereta dan minyak sebulan. Gunakan kemudahan membayar bil dalam talian dan jimatkan RM840 setahun. TETAPI berhati-hati ketika menggunakan internet.

Mengurangkan perbelanjaan boleh membantu meningkatkan tabungan anda. Mulakan berdikit-dikit da bersabarlah. Berikan masa selama 12 bulan dan lihatlah hasilnya. Ketika itu nanti, anda akan memiliki simpanan yang cukup untuk pelaburan masa depan.

Sumber: Berita Harian, Pelabur Malaysia (www.min.com.my)

No comments:

Post a Comment