Snap shoot

Snap shoot

Thursday, January 19, 2012

Brownny a.k.a Bonnie.. si budak kecik

Ingat lagi tak, aku pernah tulis entry pasal seekor arnab?
kalau tak ingat, klik SINIl

Bonnie dah 4 hari berada di rumah selepas adik hantar balik ari isnin aritu. TAPI....

- Bonnie dah tak macam sebelum dia balik Klang (tempat adik aku bertugas)

- Bonnie tak aktif. Main dalam rumah pun, dia tak lari-lari macam dulu.

- Nampak orang macam takut-takut. Dulu,pantang letak tangan kat cage dia..bergegas dia dtg sambil cium-cium tangan. sekarang ni...letak tangan kat cage dia, lambat je dia dtg. kalau datang pun, bila dah diusap.

- Suka nyorokkan diri. Sekarang ni, dia suka main belakang kerusi, belakang rak tv. tempat yang orang tak mudah jumpa dia.

- Mudah terkejut *aku sangat notice yang ini sebab, aku letak baju untuk basuh kat lantai pun dia dah terkejut..

- Naik tangga dah tak berdesup macam dulu. dia naik satu-satu.

Kenapa dengan Bonnie???

Semalam petang, aku pegang badan Bonnie. nak check kot-kot ada lebam. bila aku pegang perut dia..menggelintin macam orang kesakitan. kenapa pulak dah ni..?

Masa dia balik ari isnin aritu, air kencing dia tak banyak. kuar sikit jer. Ari selasa, aku balik keje petang, surat khabar yg dilapik pada dulang kencing dan berak Bonnie kering. setitik air kencing pun nan ado. risau...ibu lagi la risau. angah pun risau. 

Bila Bonnie dengar suara ibu dan bau badan ibu, baru aku nampak Bonnie ligat and aktif and seems that she felt save when ibu ada dengan dia..

Malam ni WAJIB bawak g vet...

meh tengok gambar budak kecik ni..

Masa umur sebulan lebih

Makan daun tebu, lepas tu Bonnie pening. hahahah...

Minum yakult untuk sistem penghadaman. Seminggu sekali


Resting

Sleeping time..geram je tgk. rasa nk letak bantal kat kepala dia. Umur dah 3bulan lebih. badan makin panjang.

Minum air yang dicampur Scoot Emulsion. yang ni everyday dia minum

Gaya time dia nak nakal
Hopefully Bonnie getting better arini. Risau tengok dia tak lincah n notty mcm biasa.

No comments:

Post a Comment