Snap shoot

Snap shoot

Thursday, June 30, 2011

Pertama kali....

Entri khas untuk CEO Celcom.

Tuan CEO,

Selamat sejahtera buat Tuan CEO. Saya merupakan salah seorang pengguna post-paid Celcom sejak 1 tahun lebih yang lalu. tujuan saya menulis surat ini adalah untuk memberitahu Tuan sekaligus membuat aduan berkenaan dengan perkhidmatan yang pihak Tuan tawarkan.

Begini ceritanya....

Saya memdapat bil post-paid Celcom saya untuk bulan Jun pada 30/6/11. bila saya buka surat tersebut dan saya tengok pada total amount due, ianya berjumlah RM100++. Saya agak terkejut kerana saya tidak pernah lupa untuk membayar bil Celcom saya. (kalau saya tak bayar nanti, kena bar. susahlah nak berhubung dengan  Encik Tunang)

Sebelum saya terlupa, saya dan Encik Tunang menggunakan pakej 1+5 Celcom dan saya disenaraikan sebagai subline.

Apabila saya buat semakan dengan Encik Tunang, beliau mengatakan penyata bil saya yang berada dalam simpanannya benilai RM -80++. bermakna, saya sudah terlebih bayar kepada pihak Tuan. Dan bila Encik Tunang buat pengesahan dengan pihak Celcom, pihak Celcom kata, saya tak perlu bayar sebab dah bayar lebih.

Kemudian, saya telefon pihak customer service Tuan dan saya bertanyakan mengenai bil saya yg bernilai RM100++ tersebut. Jawapan yang diberikan kepada saya ialah 'Cik tak bayar 2 bil iaitu bulan April & May'. DAN SESUNGGUHNYA, SAYA AMAT TERKEJUT KERANA SAYA TELAH MEMBUAT PEMBAYARAN BIL UNTUK BULAN MAY PADA 10 MAY 2011(untuk bil April) DAN 6 JUN 2011 (utk bil May)!!!...saya buat pembayaran di mesin kiosk TM. Saya berikan sekali nombor transaksi tersebut. Staff Tuan kata 'tiada pembayaran dibuat' dan staff Tuan kata, 'kalau cik dah bayar, cik fax kan bukti pembayaran ke nombor XXXXXXXX. Esok juga saya akan fax kan bukti pembayaran saya ke pihak Tuan.

Tuan CEO,

Sebagai salah seorang pengguna Celcom, saya amat berharap pihak Tuan dapat meningkatkan sistem perkhidmatan Celcom. Kemaskinikan data secepat mungkin. Lihatlah apa yg telah berlaku. saya dah bayar bil pada 10 May 2011 dan 6 Jun 2011. Sehingga tarikh 30 Jun 2011, pembayaran saya tidak ada dalam senarai di pihak Tuan. System down or system error ni Tuan? bukan setakat Celcom jer...Maxis dan Digi pun sama juga.

Sekian.

2 comments:

  1. Celcom mmg suka menipu duit orang. bil broadband i pun sama,kadang2 tetibe je jd 2x ganda

    ReplyDelete
  2. Al ~ u cuba check dgn customer service. kdg2 msg yg dihantar kepada u, u yg kena bayar. minta diorg bar kn msg tu...

    ReplyDelete