Snap shoot

Snap shoot

Saturday, August 20, 2011

Apa pun tak boley....

Huhuk....

Dugaan di bulan Ramadhan...sob..sob...

bermula dengan isu cuti raya. panas hati dengan bos sebab dia cuti tanpa bincang dengan kami. dah la bukan raya dia hokeyyyyyy...aku tahan marah kt situ.

pastu selisih faham pulak. yang ni, aku pun tak tahu kenapa aku emo sangat malam tu. sampai aku terlanjur kata. sob...sob...sampai sekarang jiwa aku tak tenang. semangat hilang. kawan-kawan pun perasan. sememangnya aku amat tak pandai sembunyikan reaksi wajah di waktu aku hilang penyeri dan semangat hidupku...sob..sob...

aku mendiamkan diri bila aku marah. sebab aku tak nak bahasa yang keluar nanti melukakan hati orang lain. percayalah..ia pernah terjadi dan sakitnya sampai sekaranag aku rasa even sudah 7 tahun berlalu. itu sebab aku diam. bukan aku tak boleh berkata-kata. cuma aku tak pandai nak susun ayat dengan penuh sopan santun untuk menegur. apa yang terlintas dalam fikiran aku, itulah yang aku suarakan.

aku menangis bila aku terlalu marah (pelik tak?) sampai aku kena kutuk dengan ahli keluargaku. tapi, aku diamkan kerana itulah aku. aku pujuk diri sendiri. tapi bahananya...aku yang tanggung.

salah ke kalau aku menegur dengan cara ku? salah ke kalau aku rasa terkilan? salah ke kalau aku mendiamkan diri bila marah? salah ke kalau aku menangis bila aku terlalu marah?


No comments:

Post a Comment