Snap shoot

Snap shoot

Saturday, September 29, 2012

Ujian kedua

Benar kata orang-orang berpengalaman.
Membawa satu nyawa, anugerah Ilahi merupakan cabaran dan dugaan.
Masa ni lah kita tau betapa seksanya ibu kita dulu sewaktu mengandungkan kita.
Bagi anak-anak perempuan, inilah yg dipanggil hukum karma.
What goes around comes around... (mcm lagu Justin Timberlake pulak. hihi..)
Tapi itulah hakikatnya..
Kalau kita sebagai anak perempuan masih melawan lagi cakap ibu kita selepas ini...tak tahulah apa nak dikata lagi.
Bagi anak-anak lelaki, mungkin tidak merasa ujian dan dugaan sepanjang kehamilan. tapi, ada juga yang bertuah merasai apa itu morning sickness, apa itu mengidam..

Ujian kedua untuk kehamilan ini, aku demam dan seterusnya mabuk dan morning sickness
Hari rabu, bangun pagi nk solat, aku dh mula rasa badan panas. ikutkan aku, xde nyer aku nk g jumpa doktor. minum air masak byk-byk suda....tapi, kali ni aku mengandung. membawa satu nyawa anugerah Ilahi dalam kantung rahimku. aku tak boleh pentingkan diri sendiri. aku WAJIB jumpa doktor

Sampai ofis, aku terus amik GL dan terus ke bahagaian A&E. lepas doktor check, doktor bekalkan aku dengan PCM or panadol, ubat batuk, ubat kumur utk sakit tekak dan ubat selsema. lepas breakfast, aku terus mkn PCM dan ubat batuk.

Masuk waktu tengahari, aku dh mula rasa tekak xsedap. lebih-lebih lagi bila bau benda yg xsedap untuk dibau. berulang kali aku ke toilet. huhu....rakan-rakan mula gelak dan senyum. masing-masing bertanya 'dah berapa bulan?' aku sekadar mengangkat dua jari seperti tanda peace menandakan 2 bulan. ingatkan nk buat surprise. hihi..last-last, surprise dgn aku muntah-muntah. hihihi...

Malam tu, memang lepak habis. lepas solat maghrib, aku terus capai bantal dan baring n tido terus atas sejadah dengan telekung masih lagi di badan. sungguh tak larat. perut berkeroncong. aku cuma sempat makan pisang goreng yang ibu beli je.sungguh aku tak daya. terjaga tengah malam, aku solat isyak dan sambung tido.

Keesokannya, lepas solat subuh, aku cuba mkn roti sapu jem. memang xlarat. tp, gagahkan diri jugak. dalam hati, inilah yg ibu tanggung dulu...ibu pulak. bila tengok aku dah macam tu, terus ibu call office dia dan bgtau ibu EL.

Pagi tu, lepas berdaya sikit, aku ke hospital semula dan MO terus referkan aku pada O&G consultant. masa jumpa gynae, doktor buat scan nk tengok, baby kat luar atau dalam rahim. sbb? nak elakkan ectopic pregnancy.

Alhamdulillah, baby berada dalam rahim. dan kemudian...

gynae: eh! dah ada heart beat la...

aku rasa nk menangis time tu. bersyukur sgt-sgt. mudah-mudahan baby umi sihat, sempurna semuanya. cuma, kesian pada hubby. dia xde time tu.

sekarang ni, masih lagi loya..

Tempe dan santan bau masam...???

Ujian pertama untuk trimester pertama

Ari ahad lepas, aku tlg ibu masak di dapur. ibu masak kari dan sambal jawa. masa ibu masak kari tu, aku kat bilik. kemas-kemas bilik sikit. then turun pegi dapur, lauk kari dah siap masak. next dishes, ibu nak masak sambal jawa. sebelum masak sambal jawa tu, bahan-bahan seperti ubi kentang yg dihiris nipis, tauhu dan tempe yang dipotong kecil kena goreng dulu

So, aku tlg ibu goreng bahan-bahan tersebut. bahan pertama yg aku tlg goreng adalah tempe. Masa tgh goreng tu..Ya Allah...bau kurang enak. dah rasa bloated dah. tapi aku tahan. gagahkan diri untuk habiskan goreng tempe. lepas abis goreng tempe, goreng kentang pulak. masa ni, aku dh duduk kat meja makan. amik nafas. sekali...

uwek..uwek...

terus g bilik air. ibu panggil angah minta tlg urut belakang aku. lepas muntah, aku gagahkan diri tlg ibu sambung goreng kentang pulak. masa ni, aku berdiri sebelah ibu. ibu tengah perah kelapa. sekali lagi, aku bau masam. terus aku masuk bilik adik dan baring. adik tanya nape? aku jawab

mabuk...nk muntah bau santan masam

adik aku buat lawak pulak..dia ckp

medey..medey...ada org mabuk

ceh! smpi hati memainkan kakakmu ini...

angah dah gelak-gelak dah. incik suami kat bilik masa tu. tgh wat keje..ibu tanya, bau ape? aku ckp bau masam, basi. ibu ckp, santan tu baru je parut. camner leh basi..ntah ler..aku pun tak tau..

ibu ckp 'mula dah cerewet dia..'

hahahaha...aku doa, jgnlah cerewet or ngidam yang teruk-teruk. 

Dugaan...

Sabar..

The confirmation

12.2.12

Ada jemputan kenduri kawen kawan hubby di Cheras. balik dari kenduri kawen, singgah farmasi untuk beli pregnancy test. permintaan hubby sebab dia tgk aku lain mcm. cepat letih. so, balik tu, before solat, aku buat pregnancy test. Biasanya buat pregnancy test waktu pagi..aku buat waktu petang. hihi...

Its confirmed!

Alhamdulillah

bila tunjuk kat hubby alat pregnancy test tu, hubby mcm tak percaya. siap ajak pergi klinik for second test. 

hahaha...

aku ikutkan jer..bila tanya 'nape nak g klinik?

jwpn hubby: nk dgr perkataan tu..

aku tanya lagi..: perkataan ape?

jwpn hubby: congratulations..

hahahaah..hubby..hubby..mcm-mcm...

masa check-up, doktor kata kandungan dh berusia 4 minggu 1 hari. doktor bagi asid folik and multivitamin. hubby dh pesan, mkn setiap hari. jgn culas mkn ubat. hihihi..baeekkkkk..

cuma recall balik ape yang kwn aku kata pada aku dulu. kwn aku kata, biasanya 1st pregnancy agak sukar nk nmpk 2 line. kena buat byk kali. nak-nak kalau baru sebulan. kes aku pulak, terus nmpk 2 line. mengikut kata doktor 'tebal lagi line tu' 

hihi..

papepun Alhamdulillah...