Snap shoot

Snap shoot

Saturday, September 29, 2012

Ujian kedua

Benar kata orang-orang berpengalaman.
Membawa satu nyawa, anugerah Ilahi merupakan cabaran dan dugaan.
Masa ni lah kita tau betapa seksanya ibu kita dulu sewaktu mengandungkan kita.
Bagi anak-anak perempuan, inilah yg dipanggil hukum karma.
What goes around comes around... (mcm lagu Justin Timberlake pulak. hihi..)
Tapi itulah hakikatnya..
Kalau kita sebagai anak perempuan masih melawan lagi cakap ibu kita selepas ini...tak tahulah apa nak dikata lagi.
Bagi anak-anak lelaki, mungkin tidak merasa ujian dan dugaan sepanjang kehamilan. tapi, ada juga yang bertuah merasai apa itu morning sickness, apa itu mengidam..

Ujian kedua untuk kehamilan ini, aku demam dan seterusnya mabuk dan morning sickness
Hari rabu, bangun pagi nk solat, aku dh mula rasa badan panas. ikutkan aku, xde nyer aku nk g jumpa doktor. minum air masak byk-byk suda....tapi, kali ni aku mengandung. membawa satu nyawa anugerah Ilahi dalam kantung rahimku. aku tak boleh pentingkan diri sendiri. aku WAJIB jumpa doktor

Sampai ofis, aku terus amik GL dan terus ke bahagaian A&E. lepas doktor check, doktor bekalkan aku dengan PCM or panadol, ubat batuk, ubat kumur utk sakit tekak dan ubat selsema. lepas breakfast, aku terus mkn PCM dan ubat batuk.

Masuk waktu tengahari, aku dh mula rasa tekak xsedap. lebih-lebih lagi bila bau benda yg xsedap untuk dibau. berulang kali aku ke toilet. huhu....rakan-rakan mula gelak dan senyum. masing-masing bertanya 'dah berapa bulan?' aku sekadar mengangkat dua jari seperti tanda peace menandakan 2 bulan. ingatkan nk buat surprise. hihi..last-last, surprise dgn aku muntah-muntah. hihihi...

Malam tu, memang lepak habis. lepas solat maghrib, aku terus capai bantal dan baring n tido terus atas sejadah dengan telekung masih lagi di badan. sungguh tak larat. perut berkeroncong. aku cuma sempat makan pisang goreng yang ibu beli je.sungguh aku tak daya. terjaga tengah malam, aku solat isyak dan sambung tido.

Keesokannya, lepas solat subuh, aku cuba mkn roti sapu jem. memang xlarat. tp, gagahkan diri jugak. dalam hati, inilah yg ibu tanggung dulu...ibu pulak. bila tengok aku dah macam tu, terus ibu call office dia dan bgtau ibu EL.

Pagi tu, lepas berdaya sikit, aku ke hospital semula dan MO terus referkan aku pada O&G consultant. masa jumpa gynae, doktor buat scan nk tengok, baby kat luar atau dalam rahim. sbb? nak elakkan ectopic pregnancy.

Alhamdulillah, baby berada dalam rahim. dan kemudian...

gynae: eh! dah ada heart beat la...

aku rasa nk menangis time tu. bersyukur sgt-sgt. mudah-mudahan baby umi sihat, sempurna semuanya. cuma, kesian pada hubby. dia xde time tu.

sekarang ni, masih lagi loya..

No comments:

Post a Comment