Snap shoot

Snap shoot

Saturday, September 29, 2012

Makhluk Tuhan Paling Seksi

Assalamualaikum....

waaaaaaaaaaaaa....lama betul tak menulis. aku tak kecukupan masa nak tulis blog. balik rumah pun, letak je kepala atas bantal, terus hilang. kesian dgn Incik Suami. kadang-kadang terbangun tengah malam, check hand phone, ada message d rIncik Suami. Minta maaf Incik Suami... minta maaf yer kawan-kawan semua.

dalam tempoh ketidak penulisan aku (ada ke ayat gitu?hahaha) macam-macam perkara berlaku.

1. i'm pregnant with our1st baby. terkejut, teruja, gembira, takut...semua ada.
2. Kalau korang masih ingat, aku pernah tulis pasal perkahwinan KZ dan CE. Al-Fatihah kepada KZ yang telah kembali ke rahmatullah pada 12.7.2012. CE skrg tengah mengandungkan anak mereka yang sulung. nak menitik air mata aku bila terpandangkan wajah CE dan bila tgk perut CE yang makin membesar.

Apasal aku tulis tajuk macam happening sangat2 je ni?

ok

20.9.2012

tarikh keramat kerana dengan selamatnya telah melahirkan anak kami yang pertama. bayi lelaki seberat 3.02kg pada jam 1002pagi. sebenarnya, estimated deliver date yang diberitahu oleh doktor adalah 20.10.2012.

Awal sebulan!!!!

aku mula rasa sakit pada jam 3 pagi. sebelum tu, 3 kali aku ke toilet nk buang air kecil. kali pertama dan kedua tu..xde pape rasa lagi. bila kali ketiga aku ke toilet, sekali aku rasa macam ada benda kuar sekali dengan air kencing tu. bila aku tgk, rupa2nya darah.

Darah!

aku terus kejutkan ibu dan ibu minta aku baring dan rest. maybe sebab penat. pukul 3pagi, aku dah rasa tak selelsa. bahagian peha aku dah mula rass tak selesa. ibu terus minta aku mandi dan siap2kan beg untuk ke hospital.

pukul 4 pagi aku sampai hospital, ibu dengan angah yg hantar. pegi ke bahagian emergency nak amik GL tapi, diorg terus tolak aku ke labour room. sampai kat labour room, nurse terus pasang alat pendengaran contraction baby kat perut aku. mememang ada contraction. bila nurse check, dah buka 3cm. aku pulak dok urut peha aku sebab contractionnya di bahagian peha. pelik x?

disebabkan baby kami dah ada contraction sedangkan masa tu umur dia dalam perut aku adalah 35minggu, 5 hari, doktor arahkan nurse utk cucuk dexa nak kuatkan paru2 baby. baby kami menerima 1st dose dexa pada jam 4.45 pagi. 2nd dose pulak akan diberi dalam masa 12 jam kemudian. bila nurse ckp camtu, aku dh dok fikir macam2.

12 JAM!!!!!!

lama giler nak tunggu hokey...contraction di peha makin lama makin sakit. sementara nk tunggu 12jam tu, aku call Incik Suami, tanya dia boleh xlepas subuh dia balik kl? dia pun pelik...awat pulak kena balik kl? bila aku kata aku dh dlam labour room, terus segar biji mata dia. hahahahaha...dia pun terkejut. siap tanya..

bukan lagi sebulan ker?

baby dh nk kuar bang oooiiii....xkan nk tahan-tahan lagi...huhuhu..

menghampiri jam 8pagi, aku dah xmampu nak tahan contraction.aku minta pain killer. sebelum tu, aku ke toilet dulu.aku teringat, orang kata salah satu cara nak tahan sakit contraction adalah dengan mengalirkan air suam pada tempat contraction. memang lega sikit contraction di peha bila aku alirkan air kt peha. lepas tu, aku masuk bilik semula dan nurse dh ready nak cucuk pain killer. tp, nurse suruh baring dulu, dia nak check berapa dah bukaan sebab nurse kata, dia tengok sakit aku ni lain macam.

bila nurse check, bukaan dah 9cm. terus batal pain killer. aku pulak, terus call ibu bagitau bukaan dah 9cm. kesian ibu..xsempat jamah breakfast. dari old town yg berada di depan hospital, ibu terus stop makan dan naik ke labour room. nurse pulak sibuk uruskan barang-barang utk procedure bersalin. nurse bagi aku gas etanox untuk tahan sakit. masa ni kepala baby masih di bahagian  atas.nurse suruh aku push. aku push. tp, baby mcm xtak gerak sangat. kemudian, nurse suruh aku mengiring ke kanan dan push untuk turunkan baby. sesungguhnya aku suka teran dalam keadaan mngiring.

masa bukaan 9cm, aku dh terasa yg baby dh mula pushing. bila aku mengerang..nurse suruh sedut gas utk thn sakit. aku sedut...tp, serius lepas tu aku mcm mamai. ditambah pulak dengan kehilangan tenaga sebab menahan baby dr terus push(last aku makan pukul 8mlm) sebab doktor tak sampai lagi.

bila bukaan dah 10cm, nurse suruh push, aku try push sekuat mungkin. tp, serius aku tak larat sebab dh abis tenaga. kebetulan masa tengah push tu, Incik Suami pun sampai. dia terus beri sokongan kat tepi aku. tak lama lepas tu, doktor pun sampai. nurse dah ready dengan vakum. time ni aku rasa nak ckp jer dengan doktor, operate je la...aku betul-betul tak larat. 

nurse dan sister serta Incik Suami terus beri sokongan.doktor pun beri sokongan. tetiba, kaki aku kejang. fokus terus lari dari nak push kepada kaki kejang. Ya Allah...mcm ni agaknyer yang ibu aku tanggung dulu masa bersalinkan aku dan adik2. aku jerit yang kaki kejang. nurse dan sister terus uruskan kaki kejang sementara doktor urus baby. Incik Suami terus beradadi sebelah.

tepat jam 10.02 pagi,baby boy kami selamat dilahirkan. memang betul orang cakap..once anak dah keluar, semua rasa sakit hilang...even doktor cucuk bius dan jahit pun, still tak rasa.

lepas baby kami dibersihkan, nurse letak baby kami di dada aku. sesi pengenalan. 

Muhammad Uqail Faiq bin Mohd Fais...

itulah nama anak kami. disebabkan baby kami pramatang walaupun lagi 2 hari nak cecah 36 minggu, Uqail Faiq still kena letak dalam inkubator dan need to be observe 24hours.

Alhamdulillah..pengalaman yang sungguh tak ternilai...moga anak kami membesar dengan sihat dan cergas serta menjadi manusia yang berguna.

nanti aku boh gambo yer...

Pantangku telah bermula...tahan jela utk 44 hari..waaaaaaaaaaaa.......





1 comment: