Snap shoot

Snap shoot

Sunday, May 29, 2011

Untuk kamu yang telah aku pilih.....

Lelaki dijadikan untuk perempuan, dan perempuan dijadikan untuk lelaki, agar hidup dlm kecintaan dan keharmonian, saling melengkapi antara satu sama lain.


untuk kamu yang telah aku pilih bakal menjadi sayap kananku,
aku bukan perempuan semulia Siti Khadijah. aku bukan perempuan setabah Fatimah. aku bukan perempuan secekal Siti Aisyah. aku hanyalah perempuan akhir zaman. yang sering terkhilaf dalam tindak tanduk dan bahasaku. aku hanyalah perempuan akhir zaman, yang kadang kala mudah terasa jiwanya dengan tingkah laku manusia sekeliling walaupun wajah dan ekspresi diri seperti menunjukkan yang aku tak kisah. aku hanyalah perempuan akhir zaman, yang cuba dan berusaha melengkapkan diriku untuk menjadi pelengkap rusuk kirimu. 


untuk kamu yang telah aku pilih bakal menjadi sayap kananku,
sebagaimana bengkoknya rusuk kiri itu, aku mohon biarlah ia bengkok sebegitu. kerana bengkok itu mewakili rasa kasih, cinta dan sayangnya kaum Hawa kepada kaum Adam. ia jugak mewakili sifat-sifat sebagai perempuan yang dilengkapkan dengan berjuta rasa dalam dirinya. jgn diluruskan tulang rusuk itu kerana bila ianya diluruskan, itu bermakna hilang dan lenyap sudah rasa kasih, cinta dan sayang serta berjuta rasa dalam hati dan diri kaum Hawa.


untuk kamu yang telah aku pilih bakal menjadi sayap kananku,
kekhilafanku dalam tindak tanduk dan bahasaku, perlu dinasihati dan diperingati kerana aku perempuan akhir zaman yang mudah terlupa. nasihati dan peringatilah aku selayaknya manusia dan selayaknya sebagai perempuan. 


untuk kamu yang telah aku pilih bakal menjadi sayap kananku,
cintai dan sayangilah aku seadanya. begitu juga dengan diriku...mencintaimu seadanya. tegurlah aku dan ingatilah aku andai aku mahu melihat mu melebihi dirimu yang sebenar. peringatkan aku bahawa kamu adalah lelaki akhir zaman, yang bukan secekal dan setabah Rasulullah SAW.


untuk kamu yang telah aku pilih bakal menjadi sayap kananku,
maafkan diriku andai 'terasa hati' ku membuatkan kamu berkecil hati dengan ku. Sesungguhnya 'terasa hati' ku tidak membawa maksud yang bukan-bukan. hanya untuk kebaikan dirimu kerana dirimu sudah ku letakkan di tempat yang sama dengan ahli keluargaku.

No comments:

Post a Comment